Filem Town Mall

Siapa dah tengok Filem Town Mall? Filem Town Mall dah ditayangkan tahun lepas di Astro First saluran 480. Tapi akan diulang tayang semula Sabtu ini 14 Ogos 2021 di slot Citra Exclusive saluran 108 Astro Citra HD.

Filem Town Mall difilemkan inspirasi dari kisah sebenar town mall yang diaptasikan daripada novel bergenre seram karya Harudi Jawawi terbitan Buku Prima. Town mall mana satu yang dimaksudkan tak tahu lah. 

Filem Town Mall Astro Citra

FILEM TOWN MALL

Waktu tayangan : 14 Ogos 2021, jam 11:00 malam
Siaran TV: Astro Citra HD (CH108) 
Penulis novel : Hasrudi Jawawi
Penulis skrip : Subroto Katimin
Produksi : Enuja Production Sdn Bhd
Pengarah : Datuk Seri Eizlan Yusof
Genre: Seram

SINOPSIS TOWN MALL

Mengisahkan tentang sebuah bangunan yang sedang dibina terpaksa dihentikan atas sebab sering berlaku gangguan halus. Sejak dari itu, pembinaan tersebut terhenti dan terbiar kosong selama 10 tahun.

Kemudian, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung kerja kerja pembinaan yang terbengkalai itu. Syarikat mahu menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebagai town mall, pusat beli belah terkemuka.

Rusdi, seorang pengurus projek ditugaskan untuk memantau segala prosese pembinaan projek itu. Pada mulanya, pembinaan projek berjalan dengan lancar sehinggalkan satu hari kejadian yang sama 10 tahun lalu berulang kembali.

Rusdi mula diganggu makhluk halus semasa dia mula memantau pembinaan yang terbiar 10 tahun lalu. 

PELAKON DAN WATAK

  • Datuk Seri Eizlan Yusof sebagai Rusdi
  • Reen Rahim sebagai Akma
  • Intan Ladyana sebagai Maria
  • Adam Shahz sebagai Malik
  • Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Tok Megat
  • Hafizuddin Fadzil sebagai Dato Saiful
  • Nor Albaniah sebagai Nek Melur
  • Erry Putra sebagai Hassan
  • Ku Faridah sebagai Mak Esah
  • Faradhiya sebagai Ariani
  • Nurul Hanynaa Bt Harizal sebagai Mazni
  • Hafsa Munir sebagai Misha
  • Wan Muhammad Logan @Elji sebagai En Roslan
  • Nynaa Harizal

38 comments:

  1. Tengok tajuk macam cerita omputeh huhu cerita seram melayu rupanya
    Belum tengok lagi. Rate sikit level seram dia kak fieza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita melayu tapi tajuk omputeh. Hebat lah sikit bunyinya kan. hihi..level seram kena tengok sendiri.

      Delete
  2. Macam pernah tengokkkkk, rasa tak seram mana punn hehehe. Tapi not bad lah filem ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh dah tengok ye sebelum ni. Tak seram okaylah. Risau seram termasuk dalam mimpi pulak

      Delete
  3. Ingtkn ceta omputih td pastu tgk nama dato eizlan ����

    ReplyDelete
  4. ingatkan cerita mall berhantu, lama tak bukak sebab PKP. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..tak dapat bayangkan mall berhantu tak bukak sebab pkp.

      Delete
  5. Besttt.. pernah tengok... kesian lorh pengakhirannya.... sedihhh

    ReplyDelete
  6. Cerita seram ala melayu ni,sy kalau cerita seram mmg tak tengok..sbbnya takut teringat2 ..walaupun dah tua tp mmg pnakut citer hantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau takut jangan tengok kak. Terbawa bawa dalam mimpi nanti.

      Delete
  7. Tajuk macam best. Ingatkan english movie rupanya melayu. Boleh tengok nanti bila keluar kat mana mana nanti. rumah xde astro

    ReplyDelete
  8. Berdasar kisah benar? Tertanya-tanya di mana lokasi town mall yang dimaksudkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, saya pun teringin nak tahu jugak kak. tapi tak tahu.

      Delete
  9. laa sy igt cerita psl mall terbengkalai ke apa... rupanya lain��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbengkalailah tu kiranya sebab tak dapat nak disiapkan.

      Delete
  10. ada juga yang kata movie ni flop. tapi saya pun belum tengok lagi. nanti nak cari masa juga nak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye? tak menepati apa yang penonton harapkan kot.

      Delete
  11. dok tgk kluar iklan dah dekt tv, tgk mcm best! esok nk ready depn tv nk tgk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berani ke tu mak buyung nak tengok. Jangan CikTimm. Terkejut nanti

      Delete
  12. Ada tengok trailer dia haritu. Seram mak aiiiihh, kita tak leh tengok cerita gini, nak move on dari scene dia akan ambil masa yang sangat lama. Dekat rumah ni takde adik beradik yang boleh layan ketakutan saya nanti. Nanti kalau kak kelapangan kak fiza boleh buatt content ceritakan tentang filem ini. Sama maca bila kak fiza ada cerita tentang drama seram yang adi putra berlakon tu. Saya tak berani tengok, saya baca akak tulis kat blog je. heheheheh sedikit banyak saya tahu lah cerita tu berlaku macam mana hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ada teman ye tengok cerita seram. Hehe..nak mengulas tu ambil masa juga. Kalau rajin bolehlah ulas panjang lagi. Terima kasih sudi membaca ulasan cerita.

      Delete
  13. Wah . Adaptasi dari kisah yg sebenar . Rasa macam wajib tonton la . CCL suka drama genre seram2 ni

    ReplyDelete
  14. seram ni wak pon takut nk tgk.. huhuhu

    ReplyDelete
  15. Menarik tajuknya, jalan cerita seram membuat penonton ternanti-nanti..tapi tutup mata hehe..

    ReplyDelete
  16. Tak tengok lagi. Tapi teringat satu banggunan terbengkalai kat klang yang diteruskan pembinaan selepas belas atau puluh tahun. Jadi hotel dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangunan terbengkalai kalau siap jadi bangunan pun akan rasa seram juga kan kadang tu

      Delete
  17. Macam menarik pula tajuknya. Peminat cerita seram jangan ketinggalan untuk menonton.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.