Ubi Getuk atau Ubi Ketuk?

Sebelum saya membebel panjang, nak tanya dulu. Ubi getuk ke ubi ketuk sebenarnya. Confused tau! Siapa tahu silalah jawab. Kalau tak tahu takpe, sama sama lah kita confused gitu.

Tak pernah terfikir pun nak ubi getuk. Dah bawa ubi kayu terlebih dari kampung. Lepas tu pening tak tahu nak buat apa. Buat ubi kayu rebus cicah sambal tumis ikan bilis yang makannya saya sorang je. Encik suami tak makan sangat. Sesuap dua je lah.

Yang dah rebus, 2 bekas dah bagi anak buah dengan sambalnya sekali. Yang selebihnya dah makan berulang. Tiba-tiba encik suami cakap, buatlah ubi getuk. Ehhhhhh ubi getuk dia makan pulak. Kita ni dah lah tak pernah buat ubi getuk.

Maka mencarilah resipi ubi getuk. Nampak macam mudah je cara membuat ubi getuk. Kebetulan ada kelapa muda parut. Apa lagi, ON terus lah buat ubi getuk. Ubi getuk jawa orang panggil sebab ubi getuk ni sejenis kuih yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu Jawa.

Resepi ubi getuk

Resepi ubi getuk

Ubi kayu rebus *dilenyek
1 cawan kelapa parut
3 sudu gula pasir
Garam, hujung hujung sudu je. 

Cara penyediaan
Satukan semua bahan, kemudian kepalkan jadi bebola. Susun atas loyang/dulang.

Bahan salut
tepung gandum
tepung beras
serbuk kunyit sikit je untuk naikkan warna kuning tu
secubit garam
Air sejuk secukupnya

Sukatan agak agak tapi tepung beras kurang sikit dari tepung gandum. Tepung beras ni fungsi dia untuk lebih rangup.

Campurkan semua bahan. Adunan jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat. Kalau pekat sangat nanti dia jadi tebal macam saya buat. Pertama kali buat kan. Tapi okay je pada saya.

Resepi ubi getuk

Asalkan rasa dia mencapai KPI tekak suami kira lulus lah kan. Lain kali boleh cuba buat lagi kalau rajin. Nak buat bentuk bulat cantik dan tepung salutan nipis sikit. Sekali pandang macam cempedak goreng pun ada.

Ubi getuk ni pun jarang orang jual. Susah nak dapat ubi kayu. Kalau beli pun harganya mahal juga. Jadi, janganlah complaint kalau harga ubi getuk ni mahal seketul pun.

Standard lah harga kuih sekarang. Tak lima posen sebiji tak sah. Tapi ada jugaklah yang murah. Lain peniaga lain harganya lain juga rasanya.


47 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. biasa sebut ubi ketuk..tkpernh dgr ubi getuk..ujan2 skarang dpt mkn menu ubi ni sodap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ubi ketuk pulak ye. Lain tempat lain panggilannya. Makan ubi panas panas memang sedap time hujan ni

      Delete
  2. Rasa pernah makan tapi tak tahu namanya, mesti sedap sebab suka ubi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkinlah tu pernah makan tapi tak tahu namanya. Kalau suka ubi mesti suka ubi getuk ni.

      Delete
  3. Kecik-kecik dulu Bonda selalu buat getuk untuk sarapan pagi. Rasanya kami panggil getuk saja (gethuk.... susah pula ejaan Jawa) tak ada perkataan ubi di depannya. Orang kampung kami kalau disebut getuk, memang fahamlah maksudnya ubi kayu yang ditumbuk, bubuh gula merah atau gula putih dan kelapa parut. Dimakan begitu saja, tak perlu dicelup tepung dan digoreng. Mungkin versi getuk modern tu yang digoreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh macam tu cerita dia. Tak perlu disalut dan digoreng rupanya. Agaknya kot versi moden. Mungkin juga. Kalau ikut tradisional tu kena jual dalam bekas macam susah pulak. Itu yang buat versi moden agaknya.

      Delete
  4. aah kan, akak pun selalu confuse nama dia yg betul

    ReplyDelete
  5. setahu saya ubi getuk jawa lain bentuknya... saya pernah buat ubi getuk jawa..

    ReplyDelete
  6. Ubi Getuk boleh, ubi ketuk pun boleh.. Rasanya dan bentuk sama, nama saja disebut lain, mungkin faktor geografi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..rasa macam tu jugak. Lain tempat lain panggilannya kan

      Delete
  7. Tak pernah shida msak n mkn ubi getuk ni fiza..sedap x? lawan dgn ape gu diaa hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang orang jual kot Shida. Sedap je kalau suka makan ubi kayu. Takde gu dia. makan gitu je.

      Delete
  8. kalau kami, ubi getuk tu ubi rebus dilenyek dan makan dengan campuran garam, gula dan kelapa. Kalau yang goreng macam fiza buat tu kat sini panggil kuih Isabella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh sama macam Kak Amie terangkan kat atas tadi. Kuih Isabella ye namanya. Sedap pulak nama kuihnya. Tq kak

      Delete
  9. sekali pandang ingatkan cempedak, rupanya ubi dan kelapa.. hihi

    ReplyDelete
  10. Saya pun first time dengar ubi getuk ni hahaha. Nampak sedappp pulakk. Dia makan dengan kelapa parut tu ke kak fiza? Ke itu hiasan je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..kuih dah jarang orang buat kot. Kelapa parut hiasan je. Kelapa parut dah campur siap siap dalam bebola ubi getuk tu

      Delete
  11. sy pgl ubi getuk jee..
    sama mcm sy jgk.. xsuka sgt ubi kayu tp kalo ubi getuk mkn je..
    febret sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng ubi getuk ni. Tengok husband pun suka makan ubi getuk ni.

      Delete
  12. Kalau jaman wak kecik2 dulu,
    ubi getu ni tak goreng pun,
    Lenyek2 kat loyang, lepas tu potong2 terus makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh macam tu ke wah. Ubi getuk moden agaknya macam Kak Amie cakap. tq wak Share.

      Delete
  13. Selalu dengar ubi getuk tak pernah dengar ubi ketuk.
    Dan hari ni baru tau rupa ubi getuk tu macam ni. Nampak macam sedap. Tak pernah rasa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain tempat lain panggilan dia. Sedap. kalau ada ubi kayu, kelapa parut boleh cuba buat naniey

      Delete
  14. Rupanya ubi getuk ada salutan. Selalu beli itu goreng kosong (goreng ubi) mungkin itu bukan ubi getuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun confused kak. Dari yang Kak Amie, wak dan Afeezz terangkan lain pulak.

      Delete
  15. Saya panggil ubi getuk..!
    Err..kurang minat kuih ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay baik. lain tempat lain namanya. Tak suka ubi eh?

      Delete
  16. ok x makan... ehehhe tp suka goreng2 tu :D

    ReplyDelete
  17. org kelantan pggl tapai... kalau x silap sy laa sbb sy penah tersalah beli. igt kn cempedak goreng bla mkn rs ubi. 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh lain pulak ek sebut tapai. Kalau tapai yang biasa jumpa tu dibungkus dengan daun pisang.

      Delete
  18. Tak pasti di utara panggil apa tp memang sedap mkn panas2

    ReplyDelete
  19. Waktu dekat rumah lama kita dulu selalu makan ubi ketuk ni, sebab jiran jual. Sekarang ni dah pindah rumah baru tak pernah dah nampak orang jual kuih ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah jugak kan nak jumpa orang jual kuih ubi getuk ni. Tengok tempat juga.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال