Drama Di Sebalik Kasyaf

Di Sebalik Kasyaf, mini drama bersiri 4 episod menampilkan pelakon Malaysia Elfira Loy bergandingan dengan pelakon Indonesia Baim Wong. Drama Di Sebalik Kasyaf adalah siaran ulang tayang bermula 19 Ogos 2021, Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3.

Maksud kasyaf dalam Islam
  • Perkataan kasyaf adalah daripada bahasa Arab (كشف). Ibn Manzur berkata: Kasyaf didefinisikan sebagai kamu mengangkat daripada sesuatu apa yang menutupinya atau melindunginya. (Lihat Lisan al-‘Arab, 9/300)
  • Dalam Kamus Dewan, kasyaf diertikan sebagai penyingkapan rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati; mengkasyaf membuka hati.
  • Di dalam kitab Mu’jam Mustalahat al-Sufiyah menyebut makna kasyaf dengan beberapa definisi:
  1. Kasyaf dengan maksud penjelasan apa yang tertutup dari kefahaman sehingga terdedah seperti melihat pada zahir.
  2. Kasyaf mata dengan penglihatan sedangkan kasyaf hati dengan hubungan.
  3. Kasyaf ialah terangkatnya hijab antara roh jasmani dengan yang tidak mungkin mendapatinya berdasarkan pancaindera zahir.
sumber : https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-afkar/3151-al-afkar-45-hakikat-kasyaf

Drama Di Sebalik Kasyaf TV3

DRAMA DI SEBALIK KASYAF

Jumlah episod : 4
Mula tayangan : 19 Ogos 2021
Waktu siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Siaran TV : Samarinda TV3
Penulis skrip : Eirma Fatima
Pengarah : Eirma Fatima
Produksi : Rumah Karya Citra

SINOPSIS DI SEBALIK KASYAF

Afiq, seorang jejaka Indonesia telah ditakdirkan bertemu dengan gadis buta yang bernama Diya. Semasa cinta mereka mula berputik, terbongkar pula segala rahsia yang mencetuskan segalanya.

Mungkinkah kisah silam tersebut akan menjejaskan hubungan mereka berdua?

PELAKON DI SEBALIK KASYAF

  • Baim Wong
  • Elfira Loy
  • Haliza Misbun
  • Azhar Sulaiman

8 comments:

  1. citer lama ni..elfira pn free hair masa ni..

    ReplyDelete
  2. Nampak promo drama ni. Macam menarik untuk ditonton. Kalau 4 episod je memang akan tengok la nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mini drama 4 episod okaylah nak follow kan. Selamat menonton

      Delete
  3. Tak pernah tonton.. maybe leh tgk ulangan pulak..

    ReplyDelete
  4. Patutlah macam pernah tengokk rupanya ulangan eh, banyak yang ulangan je sekarang ni kan sebab pkp dan sebagainyaaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, banyak cerita ulangan je. Sbb PKP xleh nak shoot. Layankan je lah drama ulangan tak ada cerita baru. hihi

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.