Drama Ghaib

Ghaib, drama seram melayu tonton original series akan disiarkan di TV3. Ghaib episod 1 akan mula bersiaran pada 10 Ogos 2021, jam 10:30 malam. Siapa suka layan drama hantu TV3, boleh layan drama Ghaib lakonan Shukri Yahaya, Siti Elizad, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Drama melayu seram Ghaib ini adalah adaptasi daripada novel Projek Seram Terowong.

Drama Ghaib TV3

DRAMA GHAIB

Jumlah episod : 10
Mula tayangan : 10 Ogos 2021
Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 10:30 malam
Siaran TV : TV3
Penulis skrip : Siti Solehah, Aida Aida
Pengarah : Ng Ken Kin
Produksi : Orangtree Production

SINOPSIS GHAIB

Kisah berlatarbelakang sebuah kolej yang belakangnya ada gua terbiar. Pada satu malam, 4 pelajar kolej iaitu Mimie, Jessica, Nina dan Suzi cuba masuk ke dalam gua untuk bermain spirit of coins dan menyeru roh penunggu gua muncul.

Maka, muncullah satu lembaga, dikenali dengan nama hantu Mona. Mereka terkejut lalu berlari keluar dari gua. Kemudian mereka menyedari Mimie tiada bersama mereka.

Detektif Riza dan Sarjan Anita diarahkan menyiasat kejadian tersebut tapi mereka tidak percaya dengan kewujudan hantu Mona itu.

Pengetua kolej pula, Puan Maurice meminta pihak polis merahsiakan perkara itu demi menjaga nama mereka yang terbabit. Dalam masa yang sama, mereka sebenarnya tidak suka dengan kehadiran detektif di kolej tersebut.

Malangnya selepas kejadian tersebut Jessica sering diganggu oleh hantu Mona dan tiba-tiba menghilangkan diri dari kolej. Apakah sebenarnya yang terjadi dan apakah yang berlaku seterusnya?

PELAKON GHAIB

  • Shukri Yahaya
  • Siti Elizad
  • Eyka Farhana
  • Joanna Bessey
  • Erynne Erynna
  • Scha Elinnea
  • Qara Lyana
  • Neera Azizi
  • Chacko Vadaketh
  • Chandni Kaur
  • Doria Rachel
  • Emelda Rosmila
  • Munir
  • Ramli Saleh

34 comments:

  1. Perghh genre favorite ni. Kena tengok niiiii. Thank you info kak! hari ahad ni kann cunn

    ReplyDelete
  2. Hahaha adoi sebut spirit of the coin ni mmg zaman k ret sek slalu main oii hehhe.. Tingat zaman sek siap main tepi longkang hujung bnagunan.. Konon nak sembunyi dr cikgu tkut diorg nmpk..

    Main bole la percaya idok le hehhe.. Mcm2 antu kluar 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishh berani betul. Zaman saya dok asrama pun ada yang main sampai jadi pesta histeria KakRet. Lepas tu kena brainwash dengan ustaz/ustazah baru insaf dorang tu.

      Delete
  3. Dah lama tak nonton drama
    Apatah lagi drama bersiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham wak. Kalau tengok tu mungkin tertengok time rehat kan wak.

      Delete
  4. ada syukri Yahya mestiii tengok ni
    he heee
    suka setiap lakunan Syukri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..peminat Syukri Yahya ni. Selamat menonton kak Nor

      Delete
  5. Ok. Yang ni kena tengok sebab Syukri Yahya dan Siti Elizad berlakon

    ReplyDelete
  6. Kalau lah start pukul 10... kadang kadang 10.30 dah nak tido. huhu

    ReplyDelete
  7. Isk main spirit memanglah khurafat dan menimbulkan masalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. khurafat dan tentunya berdosa besar. Memang memudaratkan

      Delete
  8. mcm best ni.. ada satu telemovie shukri brlakon dgn siti elizad jgk.. cerita pun sma, genre horror..

    ReplyDelete
  9. 2,3 org ja pelakon yg akak kenal mcm shukri yahya..siti elizad..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..faham kak. sekarang ramai sangat pelakon baru memang tak kenal

      Delete
  10. Akak pernah main spirit of the coins tu sampai kitorang ada yang kena histeria..itulah sekali main...akak kalau bab citer hantu ni memang rekod je la..lepas tu tengok sikit2..hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. beraninya kak. sama macam zaman sekolah saya, ada student main sampai pesta histeria jadinya.

      Delete
  11. Ganti drama mata tiga kan . ? CCL suka drama seram2 ni ..

    ReplyDelete
  12. Seram bermisteri.. dulu bila tengok cerita seram, off volume sebab bunyi background tu over :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sound effect tu mainkan peranan kalau tengok seram. Off volume kurang sikit rasa seram tu kan

      Delete
  13. Wahhh ada shukri yahya lah! Pelakon favorite! Orang kata wajib tengokk, harap harap bestlah hahaha

    ReplyDelete
  14. Saya sukaaa dengan eyka Farhana tuh, sejak liat dia main di pretty little liars di VIU. Sayang tak bisa nonton drama nih. Tapi rasanya seruu yaa :). Fav sayapun drama ato movie dengan genre horror atau action :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh patutlah kenal Eyka Farhana. Dalam season 2 pretty little liars dia tak berlakon pulak kan. Cerita seram dan aksi best tengok kalau faham jalan ceritanya.

      Delete
  15. Aaa drama begini saya tak boleh nak tonton. Takotttt

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.