Header Ads

Telefilem Ara

Ara, sebuah telefilem 2020 yang pernah bersiaran pada raya ketiga tahun 2020 lepas. Telefilem Ara akan diulang tayang pada Sabtu ini 7 Ogos 2021, jam 10:00 malam di slot Cerekarama TV3. Menampilkan lakonan Mimi Lana, Adam Lee, Ruhainies, Aida Aris, Hafidz Roshdi dan ramai lagi.

Telefilem Ara

Telefilem : Ara
Waktu siaran : 7 Ogos 2021 ,jam 10:00 malam
Siaran TV : Cerekarama TV3
Idea Asal DFKL : Wan Izar Haizan
Penulis Skrip : Syiella Annuar & Tam Shuhaimi
Pengarah : Tam Suhaimi
Produksi : Padi Pictures Sdn Bhd

SINOPSIS ARA

Ara (Mimi Lana) seorang gadis yang membesar di rumah anak yatim.  Dia merupakan seorang personaliti sebuah program TV. Satu hari Arman (Adam Lee) bawa kekasihnya Ara berjumpa dengan ibunya, iaitu bakal ibu mentua Ara, Puan Adibah (Aida Aris). 

Puan Adibah senang  menerima Ara dalam keluarganya walaupun tidak mengetahui latar belakang Ara yang dibesarkan di rumah anak yatim.

Semasa di rumah Puan Adibah, Ara telah diperkenalkan dengan Raudhah (Ruhainies) yang merupakan pembantu peribadi Puan Adibah.  Sebenarnya Raudhah dan Ara pernah saling mengenali sebelum ni. Raudhah pernah menjadi intern di tempat kerja Ara.

Konflik bermula apabila Raudhah ingin merampas Arman dari Ara. 

Puan Adibah ingin tahu tentang Ara daripada Raudhah. Raudhah menceritakan hal buruk tentang Ara. Sedangkan apa yang Raudhah pernah terdengar tu hanya separuh cerita. Terjadilah fitnah sehinggakan Puan Adibah dan Arman pun percaya. 

Puan Adibah mula membenci dan tak dapat terima Ara. Hidup Ara diuji disebabkan fitnah yang dibuat oleh Raudhah. Puan Adibah dan Arman menghina Ara. Wartawan dan netizen turut mengecam Ara. 

Ara juga diturunkan posisi menjadi wartawan lokasi daripada pengacara program. Ara kemudiannya mahu berubah. Dia mula mengenakan tudung dan berazam menjadi lebih baik walaupun orang ramai masih skeptikal tentang kebaikannya. 

Ara telah bertemu dengan seorang pendakwah bebas, Taufik (Hafidz Roshdi) untuk satu temuramah. Taufik seorang yang tidak suka ditemuramah dan mengelak untuk bertentang mata dengan perempuan. Sikap Taufik membuatkan Ara rasa kurang senang dengannya.

Selepas bertemu dengan Taufik, Ara telah belajar sesuatu dan belajar untuk jadi lebih baik. Apakah kesudahan antara Ara dan Arman? 

PELAKON ARA

Mimi Lana sebagai Ara
Adam Lee sebagai Arman
Hafidz Roshdi sebagai Taufik
Ruhainies sebagai Raudhah
Aida Aris sebagai Puan Adibah
Adik Cassia
Fatin Afifah
Josiah Hogan

36 comments:

  1. Best cerita ni ^^ saya suka tengok sebab ada mimi lana hehehe cantik la mimi lana ;))

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Ye, rasa macam lama dah dia jadi pengarah sejak tak berlakon :)

      Delete
  3. Tak pernah tengok.. Heronya adam lee atau Hafidz Roshdi.

    Hehe ain nak tgok drama tengok siapa actornya dulu taktau kenapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adam Lee heronya. Biasanya macam tu lah. Tengok pelakon dulu baru ada mood nak tengok ceritanya, kan.

      Delete
  4. kerana fitnah
    Ya Allah
    kalauh faham fitnah lebih besar dosa dari membunuh tentu takut kan
    he hee cerita menarik juga ni

    ReplyDelete
  5. Menarik jalan cerita. Ada cerita pasal hijrah bertudung dan jumpa pendakwah bebas. Macam ikuti kisah semasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perubahan yang baik dan ada pengajaran dalam cerita ni.

      Delete
  6. Tema ceritanya sebenarnya common, tapi tetap saja suka nak liat film seperti nih :D. Tapi kalo ini serial, saya tak terlalu mau nonton karena tak sabar nunggu akhir cerita hahahaha. Lebih enak film, tak payah nunggu lama endingnya. Berharap happy lah, jangan pula sad ending :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul. Saya juga suka tengok telefilem/filem berbanding drama. Sekali tengok terus habis. kita geng!

      Delete
  7. Belom pernah tengok, baca kak punya reviu macam sedih je kalau jadi Ara. Kerna fitnah dia hadapi semuanya. hUrm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, ceritanya Ara ni memang sedih disebabkan fitnah tu.

      Delete
  8. mcm best jer...leh try layan ni. tq for sharing!

    ReplyDelete
  9. betapa bahayanya fitnah...
    sy rs lately mcm kerap jg mimi lana ni berlakon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe. Besar dosanya dan meninggalkan kesan pada orang yang kena fitnah. Itulah, rasanya macam tu juga. Banyak juga lakonannya sekarang.

      Delete
  10. rasanya saya tengok cerita ni. Ruhainies tu kalau berlakon jahat, jadi betul

    ReplyDelete
  11. Boleh tengok nanti. Pernah tengok tapi ingat ingat lupa..

    ReplyDelete
  12. baca sinopsis rasa sakit hati haha..

    ReplyDelete
  13. Dah tgk, tapi xtgk lastnya cmna, hehe boleh tgk balik ni bgi faham sikit..

    ReplyDelete
  14. Pernah tengok cerita ini, tapi dah lupa dah ending dia macam mana. tapi confirm ending dia dengan pendakwah bebas tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Dah terlepas pulak tengok ulangan. Jodoh yang lebih baik :)

      Delete
  15. Baca sinopsis macam best. Disebabkan fitnah, kesian Ara jadi mangsa fitnah.
    Sekarang ni banyak drama or telefilem ulangan je kan kak fiza, nak shooting sekarang ni memang susah kan huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian kalau jadi mangsa fitnah. Sampai ke sudah orang dok cakap padahal tak betul pun. Itulah, tengok ulangan je lah selagi tak ada cerita baru

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.