Ubi kayu, salah satu bekalan dari kampung yang saya dapat bawa balik. Apa lagi, ada ubi kayu kita rebuskan je lah. Lepas tu buat sambal tumis ikan bilis campur belimbing.
baca juga : resipi sambal tumis ikan bilis belimbing buluh
Nikmat betul dapat makan ubi kayu rebus cicah sambal tumis. Haruslah sedap kalau suka makan ubi kayu dan sambal. Sempat lagi haritu saya ambil sepelepah daun pisang. Dapat juga buat props gambar. Ada lah beza sikit dari kebiasaan.
Ubi kayu putih yang besar isi dia. Sebesar lengan. Lama sangat membesar dalam tanah tu tak digali. Jenis ubi kayu putih biasa ni dia banyak serat berbanding ubi kayu kuning.
Nikmat betul dapat makan ubi kayu rebus cicah sambal tumis. Haruslah sedap kalau suka makan ubi kayu dan sambal. Sempat lagi haritu saya ambil sepelepah daun pisang. Dapat juga buat props gambar. Ada lah beza sikit dari kebiasaan.
Ubi kayu putih yang besar isi dia. Sebesar lengan. Lama sangat membesar dalam tanah tu tak digali. Jenis ubi kayu putih biasa ni dia banyak serat berbanding ubi kayu kuning.
Tengok pokok ubi kayu mak tinggi lampai. Nampak sangat dah lama membesar tak digali. Nak petik pucuk ubi pun kemain tinggi. Jadi, kita galilah ambil ubi kayunya.
Batang pokok besar dan susah nak cabut. Saya dan husband guna cangkul dan besi perejang tanah. Mula mula goyang pangkal batang pokok. Tengok gemburan tanah dia tang mana ada isi. Lepas tu cangkul sikit sikit supaya tak terkena isi ubi kayu tu.
Dah nampak baru di gali jauh sikit dari isi. Itupun ada yang terkena cangkul jugak. Adeh..Kerja orang tak pakar menggali ubi macam ni lah. Budak baru belajar. Mak abah tak dapat nak memantau. Kenalah gali pandai pandai sendiri.
Lepas dah ambil isi ubi kayu, boleh pulak terlupa nak ambil pucuk ubinya. Ko dah kenapa Fiza oiiii??? Sebab penat menggali ubi kayu, auto terlupa terus. Sayangnya..
Pokok ubi kurus tinggi melangit. Tengok pun boleh rasa susah hendak tumbangkan pokok. Hehe mesti sebab penat sampai lupa ambil pucuk paku. Lepas itu tiada orang yang ingatkan.
ReplyDeleteAgak mencabar jugak nak mencabutnya kak. Itulah, dah lama baru teringat.
Deletewahh memang sedapp ni
ReplyDeletepantang jumpa
blk baru ni penuh buah2 an bermusim. he hee ubikayu tak. sempat nk pandang.
Pantang jumpa pasti tak menolak, kan. Pasni boleh membelek lagi kalau ke kebun.
Deleteklu ubi kayu ni suka makan yg masak ngan gula melaka tu... x tau la kornag pernah makan ke x hehhee
ReplyDeleteBiasa juga nampak orang makan ubi kayu dengan kelapa parut dan gula melaka. tapi tak pernah rasa lagi sebab biasa makan dengan sambal je. Hihi
DeleteBestnya kalau dapat makan ubi rebus...akak ni semua x boleh...makan kang kembung, angin la...semput la..akak alah skit ubi
ReplyDeletekena jaga jaga tu kak. Jangan makan sembarangan.
DeleteHahaha mula2 seronok tengok gambar menyelerakan, ending dia lawak pulak 😂
ReplyDeleteHahaha..tak dapek nak nolong eh.
DeleteSaya biasa makan dengan kelapa parut atau cicah gula hehehe, kadang buat sira ubi punn sedapppp! Musim sejuk sekarang ni memang syok makan ubi panas panas :D
ReplyDeleteTak cuba lagi versi tu Atiqah. Sejuk sejuk makan ubi panas memang syok aihh
DeleteAlahai hujan2 ni memang awesome kalau dpt ubi kayu rebus..cicah nyior pun sedap...sambal bilis pun sedap..
ReplyDeleteYe betul kak..hujan hujan ni mengundang lapar. Dapat masakan panas panas memang sedap
DeleteEhhh. sayangnyaaaa terlupa kewujudan pucuk ubi tuu... Xpela.. lain hari.. Hahhaa... Saya suka jugak ubi... tapi jarang dah makan sekarang ni..
ReplyDeleteTulah pasalnya Nona. Boleh pulak terlupa nak ambik. aduhaiii...
Deletejarang jumpa lepas tu jadi jarang makan. Sesekali dapat makan okaylah.
Laaaaa...kita ads kimia la hari ni....masak sambal belimbing cili padi untuk iftar..tp belum publish
ReplyDeleteEh eh sama pulak ye. Telepathy tadi agaknya. Hihi.. boleh update entry nanti :)
DeleteWak panggil ni ubi kapok
ReplyDeletePokoknya memang besar dan tinggi.
Buahnya pun besar
Oh ye ke wak. Tak pernah dengar ubi kapok. Mungkinlah kot ubi kapok ni.
Deleteteringat pokok2 ubi di kampung di johor, dah lama tak balik kampung since pkp ni. orang kata ubi kalau lama dibiarkan tak cabut akan jadi kayu... betul ke kak...
ReplyDeleteeh sama pulak kampung kita Johor. Oh ye? Saya tak tahu pulak tu. kena tanya wak.
DeleteKemain tinggi pokok ubi tu. Tengok pun dah terasa susah nak cabut ubinya.
ReplyDeleteGambar2 Fiza memang dah lawa, tambah prop daun pisang..bertambah naik seri.
Memang tinggi pokok ubi kayu ni. Berjaya jugak cabut berdua.
DeleteAlhamdulillah. terima kasih kak :)
selalu makan dgn kelapa dan gula ja.. ni tak pernah try lg.. boleh cuba lepas ni.. nmpak sedap! pedas2 ikan bilis tuu
ReplyDeleteYang makan dengan gula tu tak pernah cuba lagi. Nanti Busyra cuba makan dengan sambal, saya cuba makan dengan gula pulak. hihi
DeleteSedapnya Fiza. Paling best bila nak gali ubi dari dalam tanah tu. Perasaan tu happy sangat.. Tak sabar nak tengok ubi besar mana.
ReplyDeleteMemang sedap dapat yang gali sendiri ni. Seperti dalam gambar besar ubinya yang dah digali dan dimasak.
Deleteyg best nya mkn ubi kayu rebus ni, judu dgn apa saja tetap laku kat tekak sy bi... kalau dpt mcm ni mau duduk tersandar kekenyangan����
ReplyDeleteHihi..kalau dah penggemar ubi memang sedap makan dengan apa pun kan Anies. Eh jangan tersandar sangat :p
DeleteSaya tidak pernah makan ubi kayu, tetapi sambal bilis hitam itu memang sedap uiiii
ReplyDeleteLepas ni kalau jumpa boleh cuba makan dengan ubi kayu pulak Nad.
DeleteBerapa tahun umur pokok ubi kayu tu Fizah?
ReplyDeleteDapat bayangkan susahnya nak cabut dengan batangnya yang nampak tinggi.
Biasanya ubi kayu ditanam selama 6 bulan, dan sudah boleh pungut hasil. Itu ikut pengalaman zaman berkebun di kampung. Mesti besar ubinya kan.
Tak pasti pulak Kak Amie. Tak pulak bertanya. Mungkin dah setahun sejak mak abah tak larat nak mencabut ni. Baru tahu tempoh hasil pungut tu. Memang besar Kak Amie. Besar lengan jugaklah ubi kayunya.
Deletefiza describe skit mcm mana rasa nikmat tu..sbbshida xpernah cuba lg..nyicah ubi kayu rebus dgn smbal..ape rasa dia ehh
ReplyDeleteKena cuba sendiri Shida. Lain selera lain sedap dia. hihi
DeleteUbi kayu fresh ni .
ReplyDeleteye, gali sendiri lagi tu.
Delete