Malaysia Merdeka Ke-64

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia Kali Yang Ke-64 Tahun. Pada tanggal 31 Ogos 2021 sambutan Hari Kemerdekaan atau disebut juga Hari Kebangsaan masih disambut dalam norma baharu sama macam tahun lepas juga.

Kedengaran jugalah sedas dua das bunyi mercun bunga api sayup sayup tepat jam 12:00 tengah malam tadi. Walaupun tak ada sambutan kiraan detik jam 12:00 tengah malam sambut merdeka ramai ramai seperti biasa. Bunyi bunga api mercun tu dah cukup meriah jugalah.

Lokasi sambutan kemerdekaan tahun 2021 akan diadakan di Dataran Pahlawan Negara Putrajaya. Yang menariknya ada pertunjukan udara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021.

Orang awam boleh meraikan sambutan Hari Merdeka Melaysia secara maya dan menyaksikan pertunjukan udara yang akan disiarkan secara langsung di televisyen. 

baca juga : lirik lagu tanggal 31

Mengenang zaman kanak-kanak dulu suka tengok perbarisan dan kereta berhias semua tu. Dalam TV je lah tapi. Tak pernah lansung tengok depan depan live kat mana-mana. 

Malaysia Merdeka Ke-64
Tepek gambar lama je lah mampu. ulang gambar yang sama. who's gonna know

Tema dan logo rasmi Hari Kebangsaan Kemerdekaan Malaysia 2021

Tema dan logo Hari Kemerdekaan Malaysia ke-64 dikekalkan sepertimana yang diperkenalkan pada tahun lepas, 2020.

baca juga : Logo Merdeka Ke-64 dan maksudnya disebalik logo

Tema Hari Merdeka Ke-64 adalah 'Malaysia Prihatin' sempena menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia dalam mengharungi cabaran dan dugaan disebabkan oleh pandemik covid-19.

Sambutan lain, semalam 30 Ogos 2021 satu program QuranHour juga telah diadakan selama 1 jam dari 12pm sehingga 1pm secara lansung di saluran TV Alhijrah.

Semoga sambutan Hari Kemerdekaan yang didahului dengan dengan Al-Quran dapat menjadikan masyarakat merdeka dan bebas berlandaskan Al-Quran. Serta berbekalkan kekuatan Al-Quran itu sendiri untuk kita menempuhi kehidupan yang lebih baik. 

Semoga kita juga akan menikmati hidup bebas tanpa COVID-19 tak lama lagi. Aaminn...

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan selamat bercuti semua.

34 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Selamat Hari Kemerdekaan.
    Akak pernah tengok perarakan Hari Kemerdekaan secara langsung. Seronok juga perasaan patriotik itu lagi kuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Merdeka :)
      Best tu ada pengalaman tengok live. Betul, lagi semangat tengok live.

      Delete
  2. Selamat Hari Merdeka dan selamat bercuti Fizah

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Kemerdekaan ke-64..semoga Malaysia aman makmur selamanya..

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut hari kemerdekaan buat kali ke 64. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

    p/s : Sini tak ada langsung bunyi bunga api. tahun lepas ada lah jugak even tak semeriah sebelum ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Merdeka ke-64

      Sini pun sekali dua tu je lah dengar. Lepas tu sunyi sepi je

      Delete
  5. Salam lemerdekaan juga . Walauoun mood tahun ni tak seperti mood2 tahun2 lepas, tapi sebagai rakyat malaysia tetap meraikannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Merdeka Lyana.
      Betul, semangat tu yang penting.

      Delete
  6. Salam Merdeka Azhafizah..
    Semoga kita semua,agama & negara kita dalam rahmat Allah.

    ReplyDelete
  7. Selamat menyambut hari kemerdekaan… merdeka!!

    ReplyDelete
  8. Selamat menyambut hari kemerdekaan Fizah! Semoga dapat merdeka dari Covid jugak

    ReplyDelete
  9. Selamat menyambut ulangtahun hari kemerdekaan Fiza. Alhamdulillah, kali ke-64.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semoga Malaysia tetaplah Merdeka. Aaminnn...
      Selamat menyambut Hari Merdeka :)

      Delete
  10. Selamat Hari Kemerdekaan MALAYSIA yang ke-64 tahun...
    Ntah bila la negara kita akan merdeka dari kobid ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Merdeka.
      Harapnya tahun depan kita dah bebas COVID dah. Aaminn...

      Delete
  11. Selamat hari kemerdekaan ke 64 tahun....semalan akak layan tido, masak...makan..tido lagi...bangun..makan lagi sampai la puas..hahahaha.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Merdeka.
      Layankan je makan tidur sampai puas. bukan selalu. Hihii

      Delete
  12. Walaupun lambat sehari, saya tetap nak wish 'Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke - 64'. Aamiin aamiin ya rabbal alamin, moga moga satu dunia bebas dari covid-19. Rindu sangat dah dengan kehidupan sebelum covid menjelma :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Mereka. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
      Aaaminn...
      Betul tu, teramat rindu kehidupan sebelum COVID.

      Delete
  13. mugo negara akan tatap aman damai sejahtera sentosa senantiasa., aminn

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah, Masih aman dari perang senjata, tapi perang ngam Covid tak menang menang pulak.. Apa pun, hargailah perjuangan merrka yang telah sedaya upaya berjuang demi Negara Malaysiaaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...Syukur Malaysia negara yang aman.
      Itulah tu, tapi masih belum aman denga COVID ni.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال