Cara Buat Char Kuetiau Sedap Tanpa Pes

Kuetiau bukan kuey teow ye. Berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka, ejaan kuey teow yang betul adalah kuetiau.

[kué.tiau] | کوءيتياو

Definisi : (kuétiau) C sj makanan dibuat drpd tepung beras (dimasak atau digoreng spt mi).
(Kamus Dewan Edisi Keempat)

Maka, marilah kita guna ejaan yang betul. Haritu masa balik kampung, kakak ada buat char kuetiau. Saya tukang sediakan bahan bahan sikit sikit je. Chef besar nak masak, kita duk tepi perati je. 

Tapi tak perati sangat pun. Ada je keje lain nak buat kat kampung tu. Dah balik rumah rasa teringin pulak nak masak char kuetiau sendiri. Whatsapp kakak tanya resipi char kuetiau yang sedap tu. Resipi char kuetiau paling mudah sebab tanpa pes.

Cili kering
Cili sos
Sos tiram
Bawang putih
Gula
Telur
Kucai
Taugeh
Air kene banyak
Kicap pekat
Tumis bawang putih cili cili sos sos tiram gula sampai garing
Pecah telur
Letak air kicap pekat kucai
Air dah menggelegak letak kuey teow letak taugeh last
Guna secukup rasa garam takyah

Macam tu je dia bagi resipi. Macam tertinggal bahan udang je tu. Sukatan guna kaedah agak agak dan faham sendiri cara masak paling ringkas tu. 

Dengan menggunakan skill memasak yang ada. Menjadilah char kuetiau. Tak berapa padu sebab tak ada kerang. Ada kerang lagi sedap makan char kuetiau kerang. Next timelah buat lagi.

Cara Buat Char Kuetiau Tanpa Pes

baca juga :

Saya tulis semula nak bagi faham lagi. Masak ikut cara saya. Lain orang lain langkah dia.

Resipi Char Kuetiau Tanpa Pes

Bahan-bahan
1 paket kuetiau halus (basuh dan toskan)
udang * ikut suka nak letak berapa pun
2 ulas Bawang putih * diketuk
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar gula pasir
2 biji telur
Kucai 
Taugeh
2-3 cawan air
Minyak untuk menumis
serbuk secukup rasa

Cara penyediaan
  • Panaskan minyak
  • Tumis bawang putih sampai naik bau. Masukkan cili kisar, cili sos, sos tiram dan gula. Kacau dan sampai garing.
  • Masukkan udang
  • Pecahkan telur
  • Masukkan air, kicap pekat dan kicap manis.
  • Setelah air mendidih, masukkan kuetiau dan serbuk secukup rasa. Kacau rata dan masukkan kucai. 
  • Agak agak kucai dah layu sikit baru masukkan taugeh akhir sekali. Kacau sikit sikit je untuk kekalkan kerangupan taugeh.

Taugeh tu kena rangup baru sedap. Betul tak peminat taugeh sekalian. Letak taugeh banyak je sebenarnya. Semua menyorok pulak disebalik kuetiau. 

Malas nak melawa kan food plating nak cepat makan. Lambat makan nanti kembang tak sedap. Kena makan panas panas.

44 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Replies
    1. Sedap! Boleh cuba buat char kuetiau sendiri pulak kan

      Delete
  2. Oo..nice sangat! Selalu guna perkataan Kuew Tiew hehe

    ReplyDelete
  3. Nampak menyelerakan. Ada bawah sedikit.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya...ada cili jeruk memang akan layan kan...akak nak beli la cili hijau tu nak buat cili jeruk..hehehe....CKT kena makan panas- panas baru sedap...letak plak tauge banyak and kerang kalau ada..huiiiii.....sedap!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah ada cili jeruk lagi sedap. Tapi tulah tak ada stok sebab tak membuat cili jeruk pun. Ini yang rasa nak buat jugak ni. Betul betul, CKT kena makan panas panas. Ada kerang tu lagilah sodap haihhhh

      Delete
  5. cik. nor suka. kueteau. tp somi x mmkn. jdnya memang nk mkn. kena. beli. je lah he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau camtu kena membeli je lah kan. senang nak makan pun sorang je.

      Delete
  6. Huyooooo . saya x berapa minat la pulak... ckt ni.. Mak je memang minat.. kalau dalam rumah ni.. hoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh kalau camtu beli je lah kan. Kot rajin nak masak untuk mak, boleh cuba masak macam ni.

      Delete
  7. lama x mkn char kuewtiew.. tngok gmbar akak ni brselera pulak..

    ReplyDelete
  8. Tak ada kerang, ada udang pun dah cukup sedap.
    Kak Amie suka char kueytrow tapi jarang buat, sebab selalu tak menjadi hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kerang lagi mantap betul sedap dia. Nanti boleh cuba lagi Kak Amie. Kot menjadi pulak

      Delete
  9. kaella tengok pun dah sedap rasa, belum lagi rasa. kena buat jugak ini, teringin pulak dah nak makan kuetiau ni. kalau ingatkan, dulu-dulu kaella tak pandai sangat makan kuetiau ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba nanti kaella. Boleh buat anytime teringin.

      Delete
  10. Lama tak makan kuetiau. Mudah juga buat tanpa pes. Selalu guna pes je sebab tak reti. Boleh cuba tanpa pes la bila pes sedia ada ni habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah je tanpa perlu pes. Kalau ada pes, lagi senang masak. in case habis, boleh guna cara ni.

      Delete
  11. Nampak sedap char kway teow . Lama ccl tak makan . Selalu makan dengan telur mata separuh masak tu . Memang sedap tambah2 lagi ada cili jeruk . Memang ngammm laa rasa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap juga even tak guna pes ready made tu. Pasni boleh buat sendiri je kalau ada bahan bahan dan rajin nak buat. Itulah cili jeruk tak ada pulak. Tak berapa pandai nak buat cili jeruk dan buat stok.

      Delete
  12. Nanti bole lah saya try resepi ni. Tak pernah masak kuey teow goreng sebelum ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan mencuba. Kalau menjadi dan kena selera Alhamdulillah.

      Delete
  13. kue teow x nak basah, x nak kering sangat...
    eh camne tu ek??
    hahhah ok tgk gmbr kue teow fizah buat rasa masih bole telan lagi tu.

    OK pass kat tekak kita! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa camne nak explain tu.. sedang sedang je macam tu kan.
      Ini kalau hantar kat KakRet berdebar nak tunggu komen macam masuk masterchef. hehehe
      Mujur lah pass

      Delete
  14. sedapnya nmpk. lama syu xmkn char keutiau. dlu tu kerap jgk buat kuetiau goreng basah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim PKP ni kalau dah teringin, terpaksa rajin kan jugaklah. Mujurlah kena dengan selera. Pasni Syu boleh cuba. kot menjadi, settle masalah teringin nak makan.Boleh makan anytime.

      Delete
  15. nampak senang sangat, tapi saya takut nak buat takut tak jadi haha

    ReplyDelete
  16. Saya walaupun dah tahu ejaan betul dia apa, tapi tetap eja kueh teow, terbiasa mungkin hahaha. Part tak de kerang tu setuju, kuetiau kalau letak kerang lagi superb rasanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham faham..dah terbiasa dengan ejaan tu kan. Itulah...kalau letak kerang pasti mengancam lagi sedap dia.

      Delete
  17. Nanti nanti boleh cuba ni. Thanks, Fiza sudi kongsi resepi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan kak. Kalau menjadi kena dengan selera Alhamdulillah.
      sama ii

      Delete
  18. uiiii rupa dah ada dah tu. tggl nk cari tapak gerai je ni👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. uii jauh sangat cita cita nak cari tapak gerai. hahaha

      Delete
  19. Apa salahnya meniaga suatu hari nanti. Hehehe. Alhamdulillah baru mkn tak la kempunan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak memasak ni bukan kepakaran sangat Nina. Kita serahkan pada yang lebih pakar. Susah nak puaskan selera makan orang ni.

      Hihi..mujur baru makan kan.

      Delete
  20. Ok kita kena simpan resepi ni dalam nota masak - masak kot kot teringin terus boleh belek haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa share kalau menjadi nanti :) Selamat mencuba dan harap menjadi Char Kuetiau Nad.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال