Responsive Ad Slot

Slider

Selamat Hari Kita Ke-8

doa ulang tahun perkahwinan dalam islam doa untuk ulang tahun perkahwinan doa untuk hari ulang tahun perkahwinan doa anniversary ucapan ulang tahun
8 Tahun dah kahwin? Semacam tak percaya je. Rasa macam baruuuu je kahwin. Ayat klise sangat kan. Bagi lah chance nak bermanis manisan di hari bahagia ke-8 tahun.

8 Tahun bukan satu tempoh yang sekejap. Lama tu! Kira dah masuk fasa kedua alam perkahwinan. Biar pun masih belum ada rezeki anak. Yakinlah, akan tiba masanya juga.

Andai kata kami pergi dulu tanpa ada rezeki anak. Siapalah kita nak melawan takdir Allah. Selama 8 tahun jugaklah berjaya menepis soalan soalan cepu emas, cepu perak, cepu gangsa dan segala cepu lah.

Ikut perkiraan perkahwinan seusia 8 tahun mungkin dah ada 2-3 orang anak. Anak pun dah masuk sekolah dah kiranya. Kita berangan je lah dulu. Berangan itu percuma, kan.

Di waktu usia yang semakin meningkat ni. Siapa je yang tak risau jika masih belum anak. Tipulah kan kalau tak risau. Nanti bila usia dah terlebih, berisiko pulak mengandung. 

Kadang rasa malas nak fikir dah. Nak happy happy dan tenang tenang je. Asalkan sihat. Bukan tak usaha, usaha tu biarlah jadi cerita kami saja. Panjang ceritanya. Nak buat IVF tak mampulah.

Tidak merancang pun. Jika ada rezeki Alhamdulillah. Allah maha mengetahui. Tak ada rezeki anak, kehidupan perlu diteruskan. Dapat suami baik dan keluarga yang memahami juga satu rezeki.

Wedding Anniversary 8th Years Fizaidil
baju nikah ni confirm tak muat dah! Cepatlah mengecil 


Bersikap positif. Saya pun jarang nak meluahkan 'perasaan' itu di media sosial. Dalam hati siapa yang tahu. Tak nak lah aura negatif melekat pada orang lain pulak. Biasalah kalau kadang tu teringat, dia jadi sedih tiba-tiba. Itu biasa.

Di hari ke lapan tahun ni. Doakan yang baik baik untuk kami. Terima kasih atas doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaaminn...

Marilah kita throwback!

Doa ulang tahun perkahwinan

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai
ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.
Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai.
Jadikan kami insan yang tenang dan menenangkan orang sekeliling serta teladan yang baik bagi manusia.
Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami
jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya.
Jauhkan kami dari keburukan yang tampak dan tersembunyi.
Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.
Aamiin Ya Rabbal Alamin...


Tahniah dan selamat pengantin baru untuk Remy Ishak & Ezza Yusof dan juga pasangan Elisya Sandha & Uzair Haqimy. Semoga bahagia sampai syurga. Aaaminn...
 

70
( Hide )
  1. Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan buat Fiza yang baik hati dan friendly ini.
    Insyaallah rezeki anak buat fiza akan tiba tak lama lagi, teruskan berdoa ;)

    ReplyDelete
  2. Tahniah Fiza
    Semoga kekal bahagia selamanya
    Semoga Allah rezekikan zuriat yang soleh dan solehah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Aaminn Aaminn Aamiin Ya Rabbal Alamin
      Terima kasih wak atas doanya.

      Delete
  3. selamat ulangtahun fiza..semoga dikekalkan kebahagiaan, ditambahkan rezeki dari pelbagai sudut.

    dont worry...ammi pun dulu lambat dpt anak gak. Nangis tu mmg jadi kawan (aterrr kat dalam mata suami ammi kata ada paip besar). Ammi pergi jumpa Doctor Hamid Arshat dan betulkan masalah yg ada dalam rahim ammi (tak sangka pun ada masalah ni sebenarnya). Alhamdulillah dengan izin Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminnn..terima kasih kak atas doanya.
      Aduh,sedih pulak bila cakap pasal nangis tu. Tak tahu kadang tiba tiba boleh nangis jugak.

      Alhamdulillah happy untuk akak. Semoga saya juga dapat rezeki akak. Aaaminn...

      Delete
  4. Happy anniversary Fiza, semoga kekal bahagia hingga ke jannah

    ReplyDelete
  5. Tahniah Fiza.
    Allah Maha adil dengan hambaNYA. In Shaa Allah, semoga Allah rezekikan zuriat buat Fiza Dan suami. Jangan putus berdoa ye Fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Aaaminnn..terima kasih doakan.
      Baiklah

      Delete
  6. Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 8 tahun Fizah dan suami.
    In syaa Allah. Banyak rezeki lan tak terhitung Allah beri. Yang terbaik hanya Dia sahaja yang mengetahui. Kalau difikirkan sangat sudah tentu akan meresahkan jiwa. Serahkanlah kepada-Nya. Bukan tidak berusaha cuma rezeki belum sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaminn... terima kasih atas ucapan dan doanya Kak Amie.
      Alhamdulillah..terima kasih Kak Amie. Ye, banyak rezeki lain yang Allah bagi. Syukur. Menanti dengan sabar.

      Delete
  7. 8 tahun yang telah dan sedang dilalui sekarang. Untuk 8 tahun seterusnya dan seterusnya lagi dan lagi selagi Tuhan izin, Kak PC doakan Fiza dan suami sentiasa di bawah kasih sayang Allah menjalani alam rumahtangga ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaminn..terima kasih atas doanya kak. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaaminn...

      Delete
  8. selamat ulang tahun perkahwinan yg ke-8 ye sis..kite doakan semoga jodoh sis berkekalan sampai ke jannah, mendapat rumahtangga yg diberkati, selamat dan insyaallah selagi ada rahim, akan ada zuriatnya nanti..cuma lambat atau cepat jer Allah nak bagi.. kite pun ttc 15thn.. sementara berdua, enjoy je the moment tugede2 tu...hihih Hugsssssssssssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaminn...Terima kasih banyak banyak kak. Thanks for the hug too! Appreciate it. Terus rasa nak nangis.
      Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaaminnn...

      Delete
  9. Tahniahh kak
    Happy aniversary kak semoga bahagia hingga ke jannah Kai
    InsyaAllah ada rezeki dpt cahaya mata soleh dan solehah aamiin
    Coming soon . InsyaAllah kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih Rabia untuk ucapan dan doanya.
      Mudah mudahan berkat doa Rabia. Aminnn...

      Delete
  10. Till Jannah kak! Moga Allah kurniakan rezeki zuriat buatmu dalam masa terdekat kak .. Teruskan berdoa, jangan mengalah lagi... Amin untuk semua doa dalam entri tu . Amin ... Sila kusu sampai muat baju nikah tu . next year leh gambar.. hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn...Terima kasih nona atas doanya.
      Alamak..cabaran tu. Kita tunggu tahun depan tengok camne. hihi

      Delete
  11. selamat ulang tahun dear!
    8 tahun tu bukan sekejap..insyaallah AD doakan ada rezeki anak..insyaallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn..terima kasih Ad untuk doanya.
      8 tahun yang sangat lama. Semoga ada rezeki anak judga. Aaminn...

      Delete
  12. Happy anniversary...😍😍
    Semoga bahagia hingga ke Jannah...

    ReplyDelete
  13. Wah tahniah.. Diam x diam dh 8 thn ye.. Hepi anniversary fizah n husband.. Semoga insyallah akan ada rezeki anak masa akan dtg.. Aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. diam diam dah 8 tahun dah. Kejap masa berlalu. Alhamdulillah..terima kasih KakRet untuk doanya.
      Aaaminn...

      Delete
  14. hepi anniversary
    alhamdulillah
    Allah adalah sebaik baik perancang, insyaallahhh

    ReplyDelete
  15. wah..8 tahun bukannya sekejap. Hepi Anniversary Fizah. Gambar atas tu, pandang dari tepi macam Abby Abadi. Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
    Kadang-kadang kita memang selalu positif dan boleh happy, tapi orang sekeliling yang buatkan kita rasa susah hati, faham sangat. Fizah kapal lain, saya kapal lain, tapi lautnya sama...penuh dengan orang suka mengata. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, lama tu Sal. Aaminnn..Terima kasih sal atas ucapan dan doanya. Eh eh tetiba macam kembang kuncup pulak. Jauh sangat tu rupa macam Abby Abadi.

      Ye, itu apa yang saya rasakan jugak. Kadang orang cakap sikit pun boleh terguris hati. Tahan tahan dan senyum je lah. Itulah, lautan yang sarat dengan manusia yang tak lekang dengan mengata. Sabar je lah.

      Delete
  16. amin yarabbalalamin....
    happy anniversary yang ke 8 buat fizah dan suami... moga kekal bahagia hingga ke syurga

    ReplyDelete
  17. happy anniversary fiza & suami!
    semoga bahagia selalu.. =)

    insyaAllah ade rezeki utk fiza nt. =')

    ReplyDelete
  18. selamat hari ulang tahun perkahwinan yang ke 8. semoga dilimpah kurniakan sega rezeki untuk kak fiza dan suami. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  19. Sudah 8 tahun. Alhamdulillah. Semoga tercapai untuk mendapat cahayamata. Amin. Semoga diberi ilham dan kemudahan untuk dapat anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..

      Aaaminn..semoga makbul doa akak.
      terima kasih kak doakan

      Delete
  20. Happy anniversary sis fiza dan suami . Semoga rumah tangga yang di bina sentiasa dalam lindungan Allah Taala dan semoga bahagia sehingga akhir hayat . Aamiin

    ReplyDelete
  21. Happy anniversary! Dah wish dekat ig, tapi tetap nak wish dekat sini hahaha.
    Part anak tu takpe kak fiza, anak tu semua rezeki Allah, pemberian Allah, siapalah kita nak melawan kuasa Allah. Kakak saya pun 10 tahun menunggu, akhirnya Allah makbulkan jua. Apa apa pun dongibap kak fiza!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..terima kasih Atiqah berkali kali doa dan wish..
      Aaminnn...semoga ada rezeki anak juga nanti.
      Terima kasih sekali lagi Atiqah.

      Delete
  22. Happy Anniversary ke-8 Fiza. Semoga sentiasa berbahagia hingga ke Jannah.
    Rezeki anak, inshaAllah akan tiba. Kita tak tahu bila kan. Yang penting rezeki dapat suami yang baik, dapat family yang memahami. Alhamdulillah..
    Semoga kalian dikurniakan anak soleh dan solehah.. Aamiin..

    ReplyDelete
  23. Happy anniversary SMJ...moga kekal hingga ke jannah...be positive always..

    ReplyDelete
  24. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke - 8 buat Fiza dan suami. Semoga terus saling mencintai dan menyayangi. Akak doakan kalian akan dikurniakan mestika hati yang bakal lebih menceriakan hari-hari kalian pada masa akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminnn...
      semoga makbul doa akak. Terima kasih doakan kami.

      Delete
  25. amin yrba utk doa ulangtahun fiza dan suami. happy anniversary semoga kekal bahagia til jannah. mama doakan agar beroleh cahayamata dengan mudah dan segera.insya allah dgn izin allah

    ReplyDelete
  26. mama pun rezeki sorang alhamdulillah

    ReplyDelete
  27. barakallahulakuma
    happy 8th anniversary💏🎉 buat fiza dan suami...

    saya tolong amin kan...

    aminnn yaarabbal alaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaminn...Terima kasih Anies
      وَ فِيكَ بَارَكَ اللَّهُ

      Delete
  28. Happy Anniversary kak Fiza, semoga terus berbahagia, segala impian dan harapan segera dikabulkan oleh Allah. Aamiin..

    ReplyDelete
  29. Happy Anniversary kak Fiza..
    semoga sentiasa bahagia..

    ReplyDelete
  30. happy anniversary akak! busyra doakan akak dan suami bahagia hinggah jannah… Allah lebih mengetahui segalanya. sesungguhnya Allah menyayangi akak! loveeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaminn...
      Terima kasih banyak ii Busyra atas doanya.
      Alhamdulillah.

      Delete
  31. Alhamdulillah.. Selamat ulang tahun yang ke lapan ye Fiza..
    semoga sentiasa dalam rahmat Allah.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Aaminn... terima kasih doakan kami KakSha.

      Delete
  32. Kejap je dh 8 thn.. semoga allah limpahkan rezeki yg tak terhingga ke dlm rumahtangga fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat masa berlalu.
      Aaaminnn...Terima kasih Nina doakan untuk kami.

      Delete
  33. Happyyyy Anniversary ye kak and hubby! Moga Allah pelihara, moga Allah kabulkan permintaan yang ada dalam hati kalian .. Amin ya Rabb.. Till jannah ok ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...Aaaminn...
      Terima kasih nona atas doanya.

      Delete
  34. happy Annversary fiza, semoga dimurahkan rezeki fiza dan suami :)

    ReplyDelete
  35. Walaupun saya lambat, saya nak wish juga Selamat ulang tahun perkahwinan kak Fiza. ! Saya nak cakap part rezeki anak tu , Allah nak bagi, Allah akan bagi. saya percaya ada sebab kukuh kenapa kak fiza tak dikurniakan anak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak-banyak Nad. Ye, betul tu Nad. Fikir positive. Honeymoon setiap masa :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu