Kemudahan Untuk Individu Lengkap 2 Dos Vaksin

Semalam terjawablah sudah beberapa kelonggaran dan kemudahan untuk individu lengkap 2 dos vaksin yang diumumkan oleh abah, Perdana Menteri YAB tan Sri Dato' Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yasin yang dinantikan semua orang.

Pengumuman PKP fasa 2

Terpaling nak dengar lengkap 2 dose boleh rentas negeri. Ya, akhirnya boleh rentas negeri. Tapi...kemudahan yang diumumkan lebih fokus untuk negeri yang fasa 2 ke atas ke. Fasa 1 sila duduk diam diam. Yang Fasa 2 jangan seronok sangat. Jaga SOP. 

Okay fine, Negeri Sembilan masih fasa 1 lagi. Sebenarnya walaupun ada kelonggaran macam ni. Kita kena ingat sekarang virus dah delta plus, lambda bagai. Virus yang lagi ganas. Even dah cucuk vaksin pun bukan bermaknaa kita kebal. 

Cucuk vaksin pun ada tempoh keberkesanan dia. Selepas 14 hari. Dalam tempoh itu, imun kita masih di tahap rendah dan baru nak adapt dalam badan. 

Lebih baik kita ambil langkah berjaga jaga. Jaga SOP dan elakkan berjumpa orang lain atau berada di tempat yang sesak. 

Sebenarnya macam dah tak tahu sekarang PKP ke PKPD ke PKPB ke PKPP ke. Fasa apa pun tak tahu sebab sentiasa berubah. Rakyat pun confused. 

Negeri fasa 1 PKP

  • Johor
  • Kedah
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Selangor
  • WP Kuala Lumpur
  • WP Putrajaya

Negeri fasa 2 PKP

  • Kelantan
  • Pahang
  • perak
  • Pulau Pinang
  • Sabah 
  • Terengganu

Negeri fasa 3 PKP

  • Perlis
  • Sarawak
  • WP Labuan

Semalam dengar pengumuman pun panjang sangat intronya. Jadi ada infografik ni lagi mudah nak faham kemudahan bagi individu terima vaksinasi lengkap 2 dos.

Kelonggaran Untuk Mereka Yang Dah Lengkap 2 Dos vaksin

Save siap-siap gambar ni untuk rujukan. Semoga kita semua bersatu memerangi COVID-19 ni. Banyak nyawa telah terkorban akibat COVID-19 yang jahat. 

42 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Nak keluar takut, nak hidup pun takut... tapi kita cuba survive...

    ReplyDelete
  2. kes harian masih lg ribu2..ntah bila KL bergerak ke fasa 2..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. Kes baru banyak kes tak bergejala. Banyak juga kes sembuh sebenarnya kan

      Delete
  3. Astagfirullah.. Lambda dijumpai di jepun kan.. Berhati-hati ada negara sembunyi realiti.. Wallahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul tu kak. Risau kan masa tu Olimpik kat Jepun. Risau bila semua atlet balik negara masing masing.

      Delete
  4. Sebenarnya ada penurunan angka yang drastik baru rasa lega. Kalau tidak, tidak rasa hendak rentas negeri atau daerah sebab masih risau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau perhatikan kes sembuh banyak juga lebih kurang. Semoga cepatlah susut dan tiada kes baru. Aaaminn...

      Delete
  5. Selangor pun mcm jauh lg nak ke fasa 2,bertabah jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi sekarang dah banyak kemudahan dibuka even fasa 1

      Delete
  6. Replies
    1. Betul tu Kak Nor. Selagi kes masih tinggi tak berani nak keluar tanpa ada urusan

      Delete
  7. Kes masih tinggi memang menakutkan betul. Nak keluar pun rasa tak selamat lagi lagi anak kecil.

    ReplyDelete
  8. nama belum naik untuk vksin...tak aci betul

    ReplyDelete
  9. Allahu..udah ke fasa 2..tp shida satu dos pn x terima lg..sabar jerlah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shida dah dapat 1st dose dah kan. Tunggu second dose pulak

      Delete
  10. kes baru masih mencanak2 tinggi ni.,. huhuhu

    ReplyDelete
  11. Tingat dialog Apek dalam Madu Tiga..." Hidup susah,mau matipun susah"..
    Semoga kita semua dimudahkan urusan dunia & akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminnn...
      Teringat terus scene tu. Panjang umur apek tu.

      Delete
  12. risau jgk bila diberi kelonggaran mcm ni. kes makin bertambah..

    ReplyDelete
  13. Tengok orang dine in pagi tadi, pehh seram sejuk kita tengok >.<

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah. saya fasa 2. Lega sikit hati ni. Berpeluang saya nak beli barang preparation. Tapi apa pun SOP mesti dipatuhi. Kalau bukan sebab menguruskan persiapan, saya pun kalau boleh taknak keluar rumah. Nak duduk diam-diam saja.

    Semoga covid 19 diangkat Allah secepatnya amiinnn

    Stay safe semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminnn...
      Risau kan. Kalau tak ada urusan kalau boleh nak duduk rumah je time kes mencanak tinggi ni.

      Delete
  15. kami masih di fasa 1, kes baru pun byk dekat sekeliling timm ni, bhaya betul..

    ReplyDelete
  16. Semoga virus ini segera pergi dari bumi, lelah sangat dengar berita masih banyak korban karena covid ini, kak. hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaminnn...
      Semoga cepat terhapusnya virus COVID ni.

      Delete
  17. kes 5 angka mmg payah nk turun. tp tgk bil. kematian tu aduhhh... smpi sy terfikir. ckp ke nanti kawasan kubur nk tampung mayat2 mangsa covid ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan. Semoga ada kajaiaban tiba tiba turun mendadak. Tak sabar nak hidup normal semula.

      Delete
  18. Bila dah dengar PM umumkan kemudahan2 ni . Golongan antivaksin mesti terus2 daftar vaksin kan .

    ReplyDelete
  19. Kak Amie pun dah tak ambil tahu perkembangan semasa. Lama-lama pening kepala dengan segala SOP, perubahan itu dan ini. Cuma sentiasa berharap cepatlah Covid-19 balik kampung lamannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn...
      Kann..tak tahu nak hadam mana satu entah. Kejap kejap berubah.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال