Air Lai Chi Kang Penyejuk Tekak

Fuhh..lama betul tak minum air lai chi kang. Kalau dulu setiap kali beli tomyam dan nasi kerabu mesti akan beli lai chi kang. Sejak kedai favourite bertukar tukang masak, dah tak membeli kat situ. Tomyam pun dah tak sesedap dulu.

Beberapa hari lepas membeli makanan di food panda. Nampak ada pilihan menu air lai chi kang. Eh, macam sedap je kalau dapat minum air lai chi kang. Kita pun order sekali sebungkus lai chi kang.

Tengah musim panas atau panas badan memang sesuai sangatlah minum air lai chi kang ni. Bahan-bahan yang ada dalam air lai chi kang dapat menyejukkan badan. Sejukkan tekak juga. 

Air lai chi kang dipanggil air dengan nama air cikong. Dari mana dan maksud lai chi kang tu tidaklah saya tahu. Dari nama tu sendiri rasanya dah boleh agak ianya sejenis menu tradisi dari kaum Cina. Tapi tak adalah campur bahan-bahan haram ye.

Semua bahan-bahan tu mempunyai khasiat tersendiri. Mungkin juga pada zaman itu, minuman lai chi kang dijadikan ubat penyejuk badan satu masa dulu. 

Bahan-bahan dalam lai chi kang 

  • Kurma merah
  • Longan kering
  • Laici
  • Buah kundur
  • Kismis
  • Goji bery
  • Barli
  • Sagu 
  • Snow fungus
  • Biji selasih
  • Kacang Shandong
  • Gula batu
  • Gula perang

Air Lai Chi Kang

Itu antara bahan yang biasa dimasukkan dalam air minuman lai chi kang. Tapi selalunya tak lengkap pun semua ada. Yang biasa jumpa ada laici, biji selasih, sagu besar warna warni, cincau, kacang dan snow fungus.

saya suka jenis kacang lebih. Tapi yang saya beli ni tak ada pulak. Lupa nak letak note tambah kacang. Lupa letak note satu hal. Yang dapat ni pun satu biji kacang pun nan hado. Agak agak kena mintak baru dapat kot. Takpun peniaga habis stok kacang.

Khasiat lai chi kang

  • Mengurangkan panas badan
  • Membantu penghadaman
  • Sesuai diminum ketika demam atau lesu
  • Melegakan sembelit
  • Tingkatkan antibodi badan
  • Agen milkbooster
  • Menaikkan HB (hemoglobin) untuk ibu hamil
  • Awet muda

Bagus kan khasiat lai ci kang ni. Setiap bahan tu ada manfaatnya. Boleh minum selalu tanpa rasa bersalah. Sedap pun sedap.

60 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. sbot lai chi kang ingt kat bazar ramadhan..
    tp xpernah beli pon.. xpernah rs.. haha..
    mngkin lps ni sy kena rs..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Macam tu pulak ye. Kedai makan ada jual air lai chi kang jugak. Boleh cuba rasa. Nak tunggu bazar lambat lagi ๐Ÿ˜…

      Delete
  2. memang nikmat air lai chi kang sejuk ni bile minum time panas. susah gak nak dapat air ni. selalunya time blan ramadhan banyak le kat bazar ramadhan

    ReplyDelete
  3. meme sedap ler dapat minum time panas-panas ni..macam lama dah tak minum lai ci kang ni tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. syok je minum time cuaca tengah panas ni. Kena cari lah kedai yang ada jual air lai chi kang.

      Delete
  4. Rupanya bahan-bahannya banyak daripada biasa.
    Suka kacang juga dengan kembang semangkuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak. Macam macam boleh letak. Kembang semangkuk tu sedap mengunyah

      Delete
  5. Isi laici boleh tukar kepada isi rambutan
    Jadilah mok tan kang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. terhibur baca komen wak. Ada betul gak tu. musim rambutan pulak tu sekarang ni kan. Moktan buang biji buat air gitu

      Delete
  6. Nikmat cuaca panas pekena laichikang ni . Sejuk je tekak .

    ReplyDelete
  7. suka tengok mangkuk tu, klasik sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bekas kuih pesen lama. Tu yang nampak klasik ๐Ÿ˜Š

      Delete
  8. Kalau ikutkan bahan-bahannya memang ia minuman yang bagus untuk badan. Tapi tulah, kadang beli tak berapa ada isi sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada isi sangat pun biasa sangat tu kak. Ais je banyak kadang

      Delete
  9. Air ni kalau cukup lengkap memang sedap dan senyum lebar rasanya. dapat hilangkan dahaga dan pada masa yang masa ada banyak khasiat air ni. Lama dah naniey tak minum air ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat banyak isi dalam tu memang bestlah. Baru betul betul berkhasiat gitu kan. Itulah kan. Lama tak minum. Sekali nampak ada menu ni terus beli

      Delete
  10. Lai chi kang ala teh berbagai bahan didalam banyak khasiatnya, tak da kacang macam tak lengkap kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Tak ada kacang tak feel nak mengunyah tu. hihi

      Delete
  11. Aduhai, sedapnya... sejuk tekak sejuk badan kalau dapat minum ni ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, syok rasa sejuk tekak minum air lai chi kang ni. Kena membeli pasni kak Farrah ๐Ÿ˜Š

      Delete
  12. Replies
    1. Mungkin lepas ni boleh membeli lai chi kang pulak kak ๐Ÿ˜Š

      Delete
  13. air feveret mama ni. mama mmg suka versi sejuk. takyah letak gula letak gula batu aje dah sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..rasa manis manis buah tu pun dah cukup kan mamapp

      Delete
  14. sejuk nyamannn terasa menikmati air feberet ni
    lama jga x dpt mkn ni
    he hee biasa kat kedai baru best

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpe kak nur. sejuk tekak dapat minum air lai chi kang ni. Itulah, kalau dine in rasa macam selalu gak order kan

      Delete
  15. lama jg x mkn LCK ni... nak cari jugalah sebungkus

    ReplyDelete
  16. wah baru tahu adanya Air Lai Chi Kang nih, kak.. nampak banyak bahan makanan bergizi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin di sana ada tapi nama berbeza. Ya, bahan bahannya banyak khasiat.

      Delete
  17. mmg sedap ni kalau dapat minum time panas...
    tp kadang x puas sebekas, mesti nak order satu lagi... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe! Kalau share confirm tak puas minum. hihi
      Kena beli extra.

      Delete
  18. Rasanya sebab sudah dimelayukan, jadilah sebutan lai chi kang. Kak Amie pernah terbaca asalnya minuman ini namanya lin chi kang, minuman herba campuran biji teratai, white fungus, longan, laohan gau dan kundur untuk sejukkan badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh macam tu ye kak. Dah banyak kecelaruan maklumat sampai tak jumpa pulak nama lin chi kang tu. Yang ada lai chi kang je. Terima kasih kak Amie untuk info ni.

      Delete
  19. sedapnyaa. lama x mnum lai chi kang. mnum time cuaca panas mmg best ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan. Syok minum waktu panas panas ni. kalau ada jual, beli tau Syu

      Delete
  20. aaaaa. my favoriteeee.. hilang rasa dahaga seketika minum air ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..lega tekak dan sejuk badan minum air lai chi kang

      Delete
  21. Jarnag minum air ni.. tpai ada campur gula x ek.. ker semulajadi dari buah buahan jee.. hshs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya akan guna gula batu atau gula perang seperti yang ditulis dalam entri di atas.

      Delete
  22. Aduh.. Nyaman je bila air ini lalu di tekak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyaman amata lalu tekak ni. Sejuk sejuk pun sedap minum

      Delete
  23. Ada yang campur juga telur puyuh rwbus kan...
    Haaa..apa la rasanya kan..
    Minumam penyejuk badan ni...Coollllll

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar betul??? Pelik pulak campur telur puyuh rebus.
      Memang cool dapat minum air lai chi kang ni.

      Delete
  24. Aduhhh sedapnya minum waktu panas2 mcm ni..sejuk ja tekak..lagi banyak bahan2nya lg sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. air terpaling sedap dan berkhasiat untuk sejukkan tekak dan badan. Banyak bahan lagilah sedap

      Delete
  25. Minum time cuaca panas memang nikmat sungguh! Banyak gak bahan bahan dia eh, paling favorite saya gula batuuu hehehe. Baru tahu ada banyak gak khasiat minum air lai chi kang ni, ingatkan sekadar minum untuk hilangkan haus je hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air lai chi kang ni jenis tak muak. Laju je minum kalau tengah cuaca panas tu. gula batu tu wajib ada. Ye, bukan sekadar menghilangkan dahaga.

      Delete
  26. Lama betul xmkn.. bestnya kalau dpt buat sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh buat sendiri Nina. Kat shopee macam banyak je orang jual dalam pek. Banyak pilihan juga

      Delete
  27. Akak pun suka minum air laichi kang ni....dan lama dah rasanya x minum...tp nak minum kat kedai...hahahaha

    ReplyDelete
  28. tak minat lai chi kang ni. walaupuun tengok orang sebelah order, sekali pun tak rasa nak try..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

ู†ู…ูˆุฐุฌ ุงู„ุงุชุตุงู„