Header Ads

Laksa atau Asam Laksa

Alang alang dah keluar dan membeli durian murah murah. Pesan kat husband juga beli kuih muih atau laksa kalau ada. Sebungkus je sebab saya je yang makan. Dia tak makan. Itu yang malas nak buat sendiri sebab makannya sorang je.

Saya pulak jenis makan sikit je. Asalkan dapat merasa semangkuk cukuplah kan. Sikit ke macam tu? Haha…

Laksa atau Asam Laksa

Happy lah kan dapat makan laksa yang dah lama tak makan. Terpandang kuah tu macam asam laksa pulak. Eh, ni laksa ke asam laksa? Ke sama je dua-dua tu?

Terus kecelaruan identiti laksa sebenar. Kuahnya warna macam asam laksa, agak cair dan kemerahan sikit. Tak macam kuah laksa yang pekat warna kecoklatan sikit.

Rencah dan bahan bahan macam sama je. Rasa dia macam laksa versi kuah tak pekat. Tak rasa isi ikan macam kuah pekat tu. Tapi masih boleh rasa sedap tu. Habis juga semangkuk. Maknanya sedap lah tu.

Biasa juga jadi bila nak makan sesuatu yang dah lama teringin nak makan, tapi bila dapat tak seperti yang kita harapkan. Kecewa bukan? Kecewa tu memang kecewa tapi itulah rezeki yang ada untuk kita. Alhamdulillah.

Semangkuk laksa ni berharga RM5.00. Tak ingat pulak husband beli kat mana. Dulu ada kedai jual laksa favourite tapi sejak pandemik baru baru ni macam tak bukak pulak. Kat situ sedap dan murah RM2 je.

Laksa atau Asam Laksa

Cili tu kena potong sendiri. Cili api merah jenis pedas berapi tu. Saya potong 1 je. Tak berani nak potong dua dua. Potong 1 tu pun tak habis. Pedas lain macam cili merah ni. Lebih pedas dari cili api kampung.

52 comments:

  1. Terliurrnya baca. Kalau dapat asam laksa ni perghhhh. Dapat yang mi segera tu pun okay hehehe. Saya pun tak tahu beza laksa. Tapi kalau laksa utara ni menang macam-macam variasi kuahnya. Ada yang suka buat pekat, ad yang suka buat kuai ceroi2 sikit. Ikut citarasa masing-masing gituu.

    Pss: Sama! Makan laksa mesti nak cabai melaka. pedas2 fuhhh dapp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laksa ke asam laksa ke memang buat kecur air liur. Itulah tak tahu beza gak. Saya suka jenis kuah pekat dengan isi ikan banyak.

      Delete
  2. Mcm asam laksa je kn? Kalau laksa isi ikan kena byk br aummm.. kalau ada nenas lg lah kan? Kakmim dpt hirup kuahnya yg pekat dgn isi ikan pun jadilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dari warna macam nampak macam asam laksa. Kuah pun tak pekat. itulah pasalnya kuah laksa kaya isi ikan baru sedap. Tak pernah lagi makan laksa ada nanas kakmim. Kuah pekat semestinya sedap!

      Delete
  3. Alhamdulillah..
    Tapi lain macam kuahnya tu.. cair..
    Lamanya tak makan laksa penang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..nampak kuahnya cair. Laksa Penang biasa tu sedap.

      Delete
  4. Eh ada pula kuah laksa tidak pekat. Macam kekeliruan identiti kuah soto dan kuah sup. Pernah beli kaya soto tapi rasa macam nasi impit kuah sup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah kak. Saya pun confused. Soto dan kuah sup pun pelbagai juga. Tapi macam sama je cuma rencah yang membezakan. Kaya soto saya tak pernah dengar pulak.

      Delete
  5. Lawaklah akak ni, makan sikit , dapat rasa semangkuk ppun jadi. Comel je. hehe saya jenis kurang suka laksa tetapi boleh je hadam kalau hanya laksa sahaja pilihan saya untuk survive ketika itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tak tahu nak guna mana satu macam me dan also me gitu. Laksa ni kalau dapat yang sedap best lah. Okaylah macam tu, kategori boleh makan laksa.

      Delete
  6. nampak macam asam laksa. kalau laksa, kuahnya pekat sikit kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..macam asam laksa tapi rasa macam laksa versi kuah cair. Entahlah kak

      Delete
  7. Betul keliru jap kan asam laksa, dengan laksa utara yang kuah ikan pekat, bila makan laksa sempurna dengan telur, asam laksa tak letak rasanya, yang tertanya kari laksa pun nak letak laksa haha.. Order je.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh asam laksa takde accesories semua tu ye. Kari laksa pun ada jugak eh. Tak pernah makan lagi. hihi. Semua nak claim perkataan 'laksa' :)

      Delete
  8. sangat menyelerakan tekak saya nie..

    rasa nak cuba beli pun ada

    ReplyDelete
  9. Sedapnya laksa...selalu akak beli laksa kat area yang jual kuih muih petang2 tu..laksa situ sedap...nanti la kalau lalu nak singgah beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat simpang masuk petronas tu ke? Situ banyak pilihan juga. Dah tak kesana dah sebab pernah lalu tak bukak.

      Delete
  10. Wah mantap, saya belum pernah coba laksa Malaysia. Tampaknya berbeda isi dengan laksa Betawi, kuahnya pun berbeda warna, kak Fiza. Saya jadi teringin mencuba laksa Malaysia nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba cari resipi laksa Malaysia nanti Naia dan cuba buat. Boleh rasa versi Malaysia pulak :)

      Delete
    2. iya kak, lepas PPKM nak cari bumbu-bumbu di market

      Delete
    3. Semoga berhasil menjadi laksanya nanti Naia :)

      Delete
  11. sedapnyaaaaa laksaaa��������lazim mcm tu laa fiza. kuah mmg x berapa pekat. tp rasa ada. tau2 habis semangkuk������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu sedaplah jugak. Habis semangkuk kan. Cuma kurang pekat je lah kuahnya dan agak kepada asam laksa cair gitu.

      Delete
  12. Tu laksa..kalau asam laksa lain sikit kuahnya..cili padi tu org panggil coli padi vietnam..pedas berdesing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay baik kak. Laksa. ehh macam typo tu kak. cili vietnam eh. Memang pedas berdesinggg

      Delete
  13. Pedas, masam, lemak ikan fuhhhhhh memang mantap kuah laksa bila dapat hirup.

    ReplyDelete
  14. Wak pun tak minat laksa
    sebab daripada kecik tak pernah jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu kecik kecik pun tak pernah makan laksa wak. Mungkin jarang jumpa kat Johor. Dah besar study pulak kat penang dulu, baru belajar makan laksa :)

      Delete
  15. Cantik kuah laksanya tu. First time nampak cili bulat begitu dalam laksa yang dijual. Tapi bagus jugalah, sebab rasanya sangat pedas, terpulang kepada pelanggan dan potong banyak mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuahnya merah sikit dari biasa. Kann..tak pernah juga jumpa laksa cili merah ni. Biasa cili api hijau merah :)

      Delete
  16. Sama kita kak fiza, husbnd xmkn pun, so klu teringin mmg beli jer habuan teringin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah pulak. Itulah pasalnya. Beli je lah senang :)

      Delete
  17. KAlau tanya CCL laksa or laksam , kedua2 menu ni CCL suka . Tapi paling CCL suka adalah laksa . Mudah nk dibuat . Kalau teringin nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua dua memang sedap. Tapi prefer laksa lagi sebab kuah pekat sikit

      Delete
  18. kak yu pun x pandai bezakan, main makan jer...

    ReplyDelete
  19. Sambil baca setiap satu patah kata Fiza, sambil meleleh air liur. Akak suka laksa. Kuah pekat ke kuah cair ke, kuah lemak ke semua akak ON. Janji masam-masam tu ada dan kena lawan dengan cili baru syokk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..sabar sabar. Ini baru peminat laksa sebenar ni :)

      Delete
  20. btol tu kak fizah, kalau sorg mkn je, baik beli. senang.

    ReplyDelete
  21. Saya pun tak reti bezakan kak fiza hahaha, janji sedap kita makan. Kalau makan sorang, baik beli je kan, tak berbaloi nak masak sendiri hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..samalah kita. Itulah lebih baik beli je nak makan sorang sorang.

      Delete
  22. Pas pertama tinggal Kat Penang, saya diajak temen college untuk coba laksa Penang. Awalnya honestly tak sukaaa sangat. Aroma ikannya terlalu strong buat saya. Tapi ntah kenapa, coba lagi di tempat lain, dan lama2 jadi sukaaaaaa hahahahah. Tapi rasanya laksa nih di tiap kota di Malaysia beda2 yaaa. Krn pernah juga coba laksa di Johor, beda rasanya dengan yg di Penang. Tapi suka semua laaah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba banyak kali lain rasanya. Mungkin waktu pertama kali rasa dapat yang kurang sedap. Laksa Johor sangat berbeza dengan laksa penang. Semua jenis laksa ada rasa sedap tersendiri.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.