Header Ads

Buah Durian 4 Biji RM30

Dengar-dengar harga durian sekarang murah-murah.  Ada yang sampai RM3/sekilo. Masa murah ni memang lagi untung lah membeli. Masa mahal, berkira kira jugalah nak membeli. Melainkan teringin sangat ,terpaksa juga beli.

Tiba-tiba macam nak makan durian. Maka, mencuba nasib beli durian. Dapat 2 biji cukuplah lepas teringin kononnya. Husband pun tak makan sangat durian. Sekadar merasa seulas dua je pun dah cukup.

Balik-balik husband bawa 4 biji durian. Banyak betul dibelinya. Minta beli 2 biji dapat 4 biji. Katanya 4 biji RM30. Tokey kedai bagi murah murah dan durian campur campur. Ada durian kampung dan durian kahwin.

Buah Durian 4 Biji RM30

Agaknya nak habiskan stok durian yang ada lah tu. Beli kat kedai berdekatan Petronas jalan Jelebu.

Buah duriannya elok lagi tak merekah lagi. Bau buah durian sudah semestinya bau harum semerbak even beli sikit pun. Warna kulit buah durian hijau hijau coklat macam tu. Tak hijau sangat.

Jangan ditanya mana satu durian kampung, mana satu durian kahwin. Memang tak tahu nak menjawabnya. Tak pakar tentang buah durian ni.

Dalam 4 biji buah durian tu, ada sebiji warna isinya putih kelabu sikit. Rasa buah durian dia manis betul tapi kurang lemak. Saya buat tempoyak terus. Dapatlah 1 bekas taufu fa comel tu. Walaupun tak tahu bila nak makan tempoyak tu.

Masakan campur tempoyak ni saya suka orang yang lebih pakar masak. Nak masak sendiri macam tak selera nanti. Lagipun saya bukan penggemar tempoyak sangat. Makan tu boleh tapi tak berapa gemar.

Saja buat, kot ada sesiapa datang nanti-nanti boleh bagi je. Daripada membazir kan. 

Ada 1 biji durian yang warnanya kuning betul. Sedap rasa buah durian lemak manis isi duriannya. Saya simpan siap-siap dalam bekas untuk makan esok esok. Kalau dibiarkan, nanti durian merekah masam tak sedap pulak. 

Paling suka dapat isi buah durian kucing tidur ni. Dulu masa kecik kecik kucing tidur ni lah jadi rebutan. Dipanggil kucing tidur sebab rupa dia seakan akan posisi kucing tidur.

Isi buah durian kucing tidur

Jadilah beli durian murah murah untuk lepas teringin makan. Nak beli durian mahal harga kayangan tak lah. Cukup sekadaran merasa je lah.

Buah durian ni pun kena makan sekadaran ni. Makan lebih lebih panas badan dan adakala boleh pening. Kena berpada pada lah. Buah durian bukan sekadar enak dimakan. Ada khasiat buah durian yang lain kita tak tahu. 

Buah durian bukan sekadar enak dimakan. Ada khasiat buah durian yang lain untuk kesihatan dan kecantikan yang kita kurang ambil tahu.

Manfaat Buah Durian

  • Mengubati insomnia
Bagi anda yang sering mengalami insomnia, anda dapat mengatasinya dengan memakan buah durian. Buah durian mengandungi tryptophan yang berguna untuk menenangkan fikiran dan tubuh.

  • Menguatkan tulang dan gigi
Buah durian mengandungi vitamin B1,B2 dan kadar kalsium yang tinggi. Komponen-komponen tersebut memperkuatkan tulang dan gigi dan tentunya menjaga kesihatan tulang dan gigi anda.

  • Mengawal keseimbangan gula dalam darah
Buah Durian juga berfungsi untuk mengawal keseimbangan gula di dalam tubuh sehingga kadar gula di dalam darah menjadi normal.

  • Merawat tekanan

Durian mengandungi vitamin B-6 yang mampu menghasilkan serotonin yang berguna untuk mencegah tekanan. Jadi buah durian dapat menjadi ubat tekanan secara semulajadi.

  • Merawat anemia
Kandungan folat, dan zat besi dalam durian dapat mengatasi penyakit kekurangan darah dalam tubuh (Anemia). Bagi anda penghidap anemia, anda dapat mengambil durian sebagai ubat semula jadi Anemia

  • Mencerahkan kulit
Kulit cerah menjadi dambaan kebanyakan wanita Malaysia. Buah Durian ternyata dapat membantu mencerahkan kulit. Ini kerana buah durian mengandungi Vitamin C yang mampu mencerahkan kulit.

  • Mencegah dan menghilangkan jerawat
Antioksidan yang terkandung di dalam durian dapat melawan bakteria penyebab jerawat.

  • Memudarkan bintik hitam
Bintik hitam pada wajah akan dapat diatasi dengan rawatan menggunakan buah durian. Cara penggunaan buah durian untuk rawatan wajah adalah dengan mencampurkan isi buah durian yang kuning dan matang dengan dua sudu madu. Jadikan campuran tersebut sebagai masker wajah.

sumber : www.manfaatbuahan.com


60 comments:

  1. Ah sedapnya durian. Haritu pun beli dua biji je sebab nak merasa rasa gitu gitu je. Baru tahu buah durian ni boleh mencerahkan kulit dan hilangkan jerawat.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nikmat kalau dapat durian sedap. Samalah kita beli untuk merasa je. kann..tak tahu pulak ada fakta begitu. Sayang pulak nak guna untuk kecantikan. Hihi

      Delete
  2. Ya, betul tu beli durian setakat nak makan sikit jew. Kelmarin kami beli banyak sebab tak pasti bila akan datang stok lagi. Boleh bahagi-bahagi kepada keluarga. Selebihnya Kak Amie buat tempoyak. Dapat banyak tempoyak pun boleh bagi keluarga yang pandai makan tempoyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sampai juga durian kat sana. Okaylah tu beli banyak sekali. Tak tahu bila akan dapat lagi. Rezeki dikongsi bersama :)

      Delete
  3. dapnye durian.. tapi dah senior2 ni, x leh nak makan byk sgt... sama...kak ayu pun x pandai tgk jenis2 durian, tau makan je... he he..byk gak manafaat makan durian ni yer, tq for sharing info!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kan, kena makan sikit sikit je. Itulah, kita pun tahu makan je. Ye, banyak manfaatnya.

      Delete
  4. Durian dah mula jual murah kan? Sini sampai segunu RM70, penuh sekarung... tapi Sis tak beli dah.. hrtu makan dah sampai jelakk huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sis. Dah boleh membeli bila harga mampu beli. Wahh dah makan banyak eh..Kena stop tu :)

      Delete
  5. Samala jadi rebutan kucing tido tu, istimewa sangat durian ni, tengok ja dah teringin, biasa keluarkan isi simpan dalam bekas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jadi rebutan ramai kucing tidur ni. Ya, durian ni buatkan penggemar durian teringin nak makan bila tengok. Mudah nak makan simpan dalam bekas. Tahan lama sikit daripada tak berbelah dan masam.

      Delete
  6. Rumah kak Amie citer durian..umah fiza pun citer durian..x leh jadi ni...tetiba rasa teringin ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..pasni entah entah rumah akak pulak cerita durian lagi :)

      Delete
  7. Alhamdulillah .4 biji rm30 bokeh dikatakan murah jugak tu . Rezeki kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. itulah murah juga. Cuma ada 1 jelah yang kurang okay.

      Delete
  8. Sedapnya buah durian tu.. Murah betul..
    Rezeki Fiza minta 2 dapat 4.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang sedap kira okaylah dengan harga tu. Alhamdulillah dapat lebih :)

      Delete
  9. Sekarang ini durian dah jual dalam longgok. memang murah.boleh makan puas-puas hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, banyak dah jual longgok. kena pandai pilih yang okay. Tahu takpe, boleh makan lebih.

      Delete
  10. Replies
    1. Boleh beli masa murah murah ni Rabia. Semoga ada rezeki Rabia merasa buah durian juga. Aaminn...

      Delete
  11. Betul, harga durian tahun ni jatuh habis. RM1/kg pun ada hari tu. Nia belum sempat merasa lagi makan durian tahu ni T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi murah tu Rm1/kg. Boleh beli tu Nia bila harga tengah murah ni.

      Delete
  12. Durian kawen pun sodap!! Aritu beli 5 biji duriannkawen.perghh mmg tebal fan manisnisinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye KakRet. Ada yang sedap. Isi memang tebal dan lemak manis.

      Delete
  13. lawa isinya
    ok la 30 4 biji
    kalau kat kg beli dgn tuan pokok baru sekilo rm2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isi dia tebal dan warna pun menawan juga. Rasa dia boleh tahan juga. Kira okaylah dengan harga tu. Untung lagi tu kalau boleh kat kampung dengan tuan punya dusun.

      Delete
  14. tapi orang cakap durian kat N9 memang murah.

    ReplyDelete
  15. sekarang harga durian dah murah kan, boleh borong buat pulut durian..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul. Boleh borong buat macam macama selain dimakan begitu.

      Delete
  16. murah tu. Samalah saya pun tak kenal buah duriansangat, so makan jelah durian kampung buat lepas craving. Buah durian boleh membantu penghsailan serotonin ye. patutlah bila makan durian rasa hepi je. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan, samalah kita makan je mana yang sedap. Hehe..auto happy makan durian :)

      Delete
  17. wow berbaloi la tu rm30 utk 4 biji. durian mmg tgh meriah skrg ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berbaloi. Sekarang dah meriah harga murah murah. itu yang beli jugak.

      Delete
  18. Ada durian dalam peti sejuk. Suka yang segar yang belum kopek.
    Tidak sangka khasiat durian boleh elakkan jerawat dan putihkan kulit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lagi sedap makan yang selepas dikopek. Tapi itulah risau buahnya merekah masam. Kopek siap siap simpan dalam bekas.
      Ya, tak sangka jugakan. Selama ni kita fikir untuk makan je.

      Delete
  19. sedapnya durian. tak dpt lg merasa tahun ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ada rezeki Syu merasa juga buah durian nanti. Aaminn...

      Delete
  20. Kucing tidur orang besar pun berebut nak hahaha

    Pss : siapa geng dengan saya kalau makan durian angin kerap betul keluaq bawah ( kentut 😂😂 )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..jadi rebutan sepanjang zaman gitu. Memang angin kot kalau makan durian. Selalu sendawa jugak. Tapi awas kena jauh jauh kalau sendawa ke buang angin tu. hehe

      Delete
  21. Takut nak beli yang harga kayangan huhu... teringat 10 tahun dulu beli durian siam sebiji RM40 tapi dalam mengkal.. kecewa sangat tertipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe kak. kalau tertipu tu nak menangis rasa. Dapat merasa yang biasa pun jadilah :)

      Delete
  22. Selagi musim x habis, mkn habis habisan! Uih rasa tak gamak pulk nk buat masker guna isi durian tu, satgi dok mkn pulak, hihi. Timm pun tempoyak mkn yg bru buat je sbb still manis. Yg lma mkin masam mmg xlalu dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu CikTimm. Haha, kannn..rasa membazir dan tak best pulak buat masker. Makan je sudah. Tempoyak kalau pandai masak, sedap jadinya. Saya suka makan yang orang lain masak. Sendiri masak macam tak berapa sangat. Serahkan pada yang pakar. huhu

      Delete
  23. Perghh kuningnya isi.. durian jgk milk booster bg ibu2 yg menyusu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuning dia boleh tahan jugaklah. Tak sepekat kuning keemasan tu. Hihi..bagus untuk bf mommy.

      Delete
  24. Durian ni memang favourite, tengah musim ni rasa panas je badan makan durian..haha..kena banyak-banyak minum air lepas tu..

    first time, dengar masker durian..wahhh, penah cuba ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, kena minum air masak nak lawan panas badan tu.
      Tak pernah cuba pun. Jumpa fakta tu dalam website yang saya kongsikan tu :)

      Delete
  25. untung sungguh dapat durian yang mantap dan terbaik macam tu.

    dah la harga murah

    rezeki la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki dapat juga menikmati durian yang sedap walaupun bukan jenis kayangan. itulah murah dan berbaloi juga beli isi buahnya okay

      Delete
  26. bg sy oklah harga tu sbb lain tmpt lain harganya. yg konon tulis RM 10 tu kdg buah kecik tp rs x tau mcm mn. igt time pkp ni 'harga durian runtuh' rupanya pokrt kita yg rentung tgk harga durian.������ nmpk elok and molek isinya tu fiza. ��������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, yang saya beli ni okaylah harga dan isinya. Tak bolehlah harga murah nak expect isi kayangan. Biar durian runtuh jangan poket rentung.

      Delete
  27. Wow.. lom habis ek musimm.... sy stop jap. haritu byk dah melantak doyann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang tak tahu lah ada musim durian lagi ke tak. Bila musim memang puas makan, kan

      Delete
  28. Dekat kawasan rumah abang saya, jual RM 2 je. Memang murah gila. Sebab banyak lambakan buah durian kan, jadi terpaksa harga diturunkan. Kalau tak, lama lama rosak buah duriannya kan kak fiza. Comel nama dia kucing tidur sebab ala ala macam kucing tengah tidur hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah betul tu. Dah hujung hujung ni kira berbaloi membeli durian murah. A ah comel macam kucing tidur.

      Delete
  29. Saya bersyukuuur sangat durian nih mudah ditemukan juga di Indonesia. Terlalu sukaaaa dengan rasanya :D. Ada beberapa keluarga saya tak suka dengan baunya . Kalo musim durian dah tiba, dan papa beli durian, pastilah sodara saya nih menyingkir Krn tak kuat hahahah. Tapi kami senang, Krn jatah durian buat kami makan bisa lebih banyak :D.

    Kakak ipar saya pun tak suka durian. Tapi husband dia suka sangat. Jadi terpaksalah si husband tak bisa makan buah nih di rumah Krn tak nak baunya menyebar kemana2. Hrs makan di lain tempat. Sesudah makan, husbandnya pula wajib mandi dan gosok gigi sampai bau tuh durian tak tercium hahahahaha. Kasian betol nasibnya :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam family pasti ada yang tak suka. Sama juga dengan keluarga saya ada yang tak suka baunya lansung. Kena makan jauh jauh dari mereka yang tak makan durian.Lepas makan wajib gosok gigi nak hilangkan bau. kalau sendawa tu nasiblah bau durian. hehe

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.