Header Ads

Coolblog Smoothies Sakura Lemon dan Yubari Melon Geisha Garden

こんにちは /Konnichiwa minna-san. Lama pulak tak praktis bahasa Jepun selepas lama ditinggalkan. Dulu tiap kali exam dapat A, ada A+ jugak. Sekarang ingat ingat lupa. Itulah kan, tak pratiskan mana nak ingat. Kalau pratis nak cakap dengan siapa pulak. Aduhaiii...

Well, sempena Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang sedang berlansung sekarang. Coolblog ada keluarkan 2 perisa minuman smoothies baharu dari Geisha Garden Jepun sebagai hos Sukan Olimpik musim panas tahun ni, iaitu :
  • Sakura Lemon
  • Yubari Melon
Sakura Lemon  dan Yubari Melon siri Geisha Garden dari Coolblog ni diinspirasikan daripada keunikkan rasa, kelembutan tradisi serta kehalusan budaya negara Jepun itu sendiri.

Bunga Sakura atau Cherry blossom merupakan bunga kebangsaan negara Jepun dan sememangnya sinonim dengan negara Jepun. Tengok bunga Sakura, pasti terus terbayangkan negara Jepun yang indah dengan bunga bunga sakura. 

Sakura Lemon ataupun cherry blossom  melambangkan semangat baharu dan sifat optimistik.

 

Smoothies Sakura Lemon

Sakura lemon menggabungkan rasa bunga sakura dan jus buah lemon. Seperti padanan masam manis strawberry dan lemon. Didatangkan dengan pearl jelly. 

Rasa smoothies yang menyegarkan dengan rasa masam manis. Cuma pada saya, agak manis. Hujung hujung akan muncul rasa masam lemon.

Padanan rasa yang sedap cuma terlalu manis buatkan saya lambat nak habiskan secawan Sakura Lemon ni. Warna dia memang menawan habis. Peminat pink pasti akan tergoda membeli, macam saya!

Smoothies Sakura Lemon

Buah melon pula merupakan buah premium Jepun yang terkenal dengan kesedapan dan nilai harganya yang tinggi. 

Smoothies Yubari Melon

Dihasilkan daripada buah melon Jepun yang diadun bersama krim keju yang pekat lazat, pearl jelly dan gula perang. Rasa Yubari Melon lebih sedap manis. Terasa buah melon yang manis dan menyegarkan tekak.

Smoothies Yubari Melon

Saya lebih suka rasa Yubari Melon daripada Sakura Lemon. Tapi dari segi warna, Sakura Lemon win lah. Pencinta pink kan!

Minuman baharu dari Coolblog mula dikeluarkan sejak 22 Julai yang lalu sehingga 26 Ogos 2021 nanti. Limited time, jadi bolehlah cuba rasa minuman Coolblog smoothies baharu terhangat dipasaran iaitu Yubari Melon dan Bunga Sakura ni dalam tempoh waktu terhad ni dimana-mana cawangan Coolblog.

Jom support atlet negara kita. Harini acara yang dinantikan.

4 Ogos 2021

2:00 petang
Terjun
10m platform individu wanita (pusingan awal)
  • Pandelela Rinong
  • Cheong Jun Hoong

2:30 petang
Basikal Trek
Pecut lelaki (pusingan kelayakan)
  • Datuk Azizulhasni Awang
  • Shah Firdaus Sahrom

56 comments:

  1. Perghhh sekali tengok gambar, terus rasa nak order lagi... Sis suka Melon, sedap rasa buahnya... tapi Suami suka sakura tu haa hehehehe but bukan Sunah Sakura yaa hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..jom order lagi. Saya pun suka melon. Sedap manis buah rasa dia. Sakura tu win tang warnanya :) Eh eh..tersedak cik sun.

      Delete
  2. Cool Blog ni lah pelopor minuman bubble tea di Malaysia. Saya pun tergoda dengan sakura lemon tu sebab kaler pink. harap sempat lah beli. thanks share Fizah.

    Wah..pandai cakap Jepun. Hebat. Tapi tulah, rugi tak diamalkan. Tengok anime banyak=-banyak la supaya tak lupa. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sal. Dulu Coolblog ni lah terpaling idaman ramai. Beli Sal cuba rasa. Sikit sikit je Sal. Ambil masa juga nak buat ayat pun. Sekarang lagilah berkarat. Anime pun tak tengok. Kena bukak buku balik ni.

      Delete
  3. Pandai Coolblog promote waktu tengah Olimpik Tokyo ni. 🤭

    ReplyDelete
  4. wow sakura lemoon.. boleh bayangkan rasa dia cane. mesti wangi

    ReplyDelete
  5. Memang tengah tengok acara sukan terjun dan renang.
    Oh cantik warna kedua-dua air Coolblog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita. ye kak, cantik dua dua warna air Coolblog ni.

      Delete
  6. ya allah sedapnya, nampak sejuk tu sampai rasa di tekak.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah try lagi yang ni. Nak cuba tapi paling dekat dengan rumah naniey kena rentas negeri. Sempadan kl/selangor.

    ReplyDelete
  8. warna menarik, nampak macam sejuk sangat kalau lalu tekak. bestnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..memang sejuk menyegarkan terus tekak ni. Cuba nanti kak.

      Delete
  9. Aduhai...menggoda..nasib baik akak x minum manis..ni Dania suka la ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan minum kak manis manis. Remaja memang suka minum manis manis ni :)

      Delete
  10. nampak mcm sedap tu kak fizah. tp kat sabah takde pula coolblog kalau nak cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Syu. Ala, ye ke. Takpe, balik nanti cuba Coolblog edisi lain pulak.

      Delete
  11. Lawanyaaa... haha sedap pulak dapat sedut tengah panas bahang mcm ni. #maktangtengokjeaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..lawa airnya tu. Tahu takpe, sejuk tekak. Eh eh Maktang sabajap tau.

      Delete
  12. Replies
    1. Kita pun tergoda lalu terjebak beli juga. Nanti cuba tau :)

      Delete
  13. Dua2 perisa boleh confirm kena dengan tekak ain. Nnti hari vaksin boleh la singgah coolblog 😋 nak try jugaaaaaaak

    ReplyDelete
  14. Ada lagi eh coolblog.. Dulu ada 1 kedai kat dengan area rumah penjaga anak, sekarang dah takde dah kedai tu.

    ReplyDelete
  15. Pnas2 ni syioknya pekena air blended, ritu g singgh cool blog tpi beli milk tea biasa saje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpa. Musim panas minum sejuk sejuk memang syok haihh..milk tea biasa pun sedap.

      Delete
  16. Sejak terjebak dengan wakaka, dah lama Syu tak minum coolblog ni😅.esok nak pi beli lah.terliur tengok post akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakaka tak pernah cuba lagi. Wakaka tu comel betul lukisan kat cup dia kan. Selamat mencuba dua perisa baru nanti :)

      Delete
  17. dari segi warna mmg mengancam selera. tp tang manis tu mmg sy pn x tahan. penah bli kt merata tempat. igt kn manis tu berbeza. rupanya sama je����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minuman manis ni sekali sekala cuba okaylah. lepas dah rasa cukup dah :)

      Delete
  18. Ni yg rasa tak sabar2 nak terjah coolblog ni..tgk kaler pink yg mengoda tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat terjah nanti. Jangan lupa beli yang edisi dua ni :)

      Delete
  19. pink tu nampak cantiks.... jarang minum dah coolblog ni. anak2 je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.sesekali boleh lah.k alau beli untuk anak bolehlah rasa sikit kak yu :)

      Delete
  20. Tergoda tengok sakura lemon tu. Akak rasa dah bertahun akak tak beli coolblog. Nanti kalau sempat nak carilah.

    ReplyDelete
  21. Kecur air liur! Saya selalu beli menu yang sama je sebab tak tahu mana sedappppp, nanti boleh lah try beli kalau ada lagi masa tuuu. Tengok dari gambar punn dah terasa kesedapan dia tuuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempat lagi nak cuba Atiqah sebelum habis tempoh. Selamat membeli dan mencuba rasa.

      Delete
  22. Aghhhhh teringiiin sangat nak cubaaaa :D. Harus masukkan ke bucket list, kalau nanti dah bisa ke Malaysia, saya carilah coolblog ini ;). Dari deskripsinya, sayapun lebih memilih yg melon kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi ini limited edition. Ngak pasti ada lagi ke tidak nanti. Harap ada rezeki juga mencuba nanti.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.