Aiskrim McFlurry ni kejap kejap keluar perisa baru. Sampai tak terkejar nak rasa yang terbaru. Mana yang sempat rasa je lah.
Sebenarnya tak tahu pun ada McFlurry baru. Tahu tahu je encik suami bawa balik Cempedak McFlurry ni. Rezeki saya jugalah dapat merasa Cempedak McFlurry.
Cempedak McFlurry McDonald's®
Macam menarik juga aiskrim McDonald's® terbaru ni menampilkan perisa buah tempatan Malaysia. Buah Cempedak kot kan. Kedengaran agak pelik dan curious nak tahu rasa aiskrim cempedak.Gabungan aiskrim vanilla dengan syrup (air gula) perisa cempedak. Ada rasa serat dan isi cempedak kisar kasar bersama syrup.
Sebelum ni tak silap saya ada McDonald's® ada keluarkan Durian McFlurry. Memang tak sempat lah merasa. Dah berlalu pergi.
Sedap ke Cempedak McFlurry ?
Sedap! Suapan pertama pun dah boleh rasa sedap dia. Tak rasa pelik pun. Mulanya macam rasa cempedak goreng bila rasa syrup tu. Memang terasalah rasa cempedak sebenar tu. Rasa manis cempedak yang sedap.Sedap gabungan syrup cempedak dan aiskrim vanilla ni rupanya.
Lagi sedap kalau cempedak syrup dia letak banyak sikit. Tak muak makan. Suka dengan tekstur aiskrim McFlurry yang halus dan sedap. Tak pernah mengecewakan so far. Harga RM7.08. Okaylah tak mahal sangat. Saya kongsi makan berdua.
Rajin McD keluar produk tempatan. Memang bersungguh-sungguh tarik orang selalu singgah McD.
ReplyDeleteKerap betul keluar yang baru kan kak. Bagus marketing dia.
DeleteWaaa sudah ada ekk.. boleh beli lagi ni, kalau tahun dulu, tak kena dek tekak, entah laa.. ini kali takpe, kita cuba lagi beli dan rasa..
ReplyDeleteAda sis. Boleh cuba lagi. Kot tetiba sedap pulak.
DeleteMenarik ni. Tak pernah cuba lagi.. Boleh try juga ni tapi tu la McD sentiasa penuh orang. Kat kaunter or drive thru memang sentiasa panjang que.
ReplyDeleteMcD tak sah tak ramai. Drive thru lah better kalau ramai ramai ni. At least tak bersesak ramai orang. Kena sabar menunggu turn je lah.
DeleteTak try lagi, haritu nak beli last last terbeli sundae chocolate pulak hahaha. Harap harap sempat beli la sebelum promosi habis, teringin nak rasa!
ReplyDeleteHaha..selalu jugak jadi macam tu. Entah apa apa lah kan. lepas tu menyesal tak beli.
Deletemcm2 Mcd
ReplyDeletepeminat cempedak mesti try ni
kan
Tahu takpe kak. Kejap kejap ada yang baru. Ya, siapa suka cempedak kena cuba
Deletesedapnya, yg durian pun best .. nak semua lah.
ReplyDeleteDurian tu saya tak sempat rasa lagi kak. Kalau ada keluar lagi kena cuba pulak :)
Deletesedap kan fiza? hehehe rs nk repat lg
ReplyDeleteSo sedap! Sila beli lagi :)
Deletetggu fiza belanja eh ehh����
DeleteLama tak terjah mcd . Dulu selalu juga follow mcflurry keluaran baru .
ReplyDeleteDulu macam tak laju sangat keluar McFlurry baru. Sekarang ni macam kerap pulak keluar yang baru. Tak dapat nak mengejar kan.
DeleteWah. Memang favourite. Kena try nanti ni.
ReplyDeleteSilakan mencuba nanti :)
Deletekalo mcflurry biasa sy order yg oreo je..
ReplyDeleteyg lain xpernah try.. eh lupa yg durian aritu skali pernah try.. haha
nt boleh try yg cempedak ni plak!
Oreo sentiasa ada je boleh order anytime. Yang selain tu memang rancak keluar. Durian tak sempat rasa haritu. huhu..Nanti try cempedak mcflurry ni pulak Ezy :)
Deletex pernah rasa ni... takut nnt x masuk pulak.. hehehe
ReplyDeleteBoleh cuba nanti kakmim. Cuba dulu baru tahu :)
Deletenampak haritu, tp x try lg. sbb tkot x sedap. kak fizah ckp sedap, bleh la syu nk cuba nnti.
ReplyDeleteSebelum makan risau gak tak kena selera. Sedap rupanya Syu. Cubalah kot kene dengan selera Syu
DeleteKena rentas daerah dulu kalau nak rasa cempedak mcflurry mcdonalds ni. Biasanya tertinggal keretapi kalau nak cuba menu-menu begini.
ReplyDeleteMcD cepat sangat keluar menu baru. Tak sempat nak mengejarnya kan. Mana sempat je kak Amie.
DeleteTadi p beli sarapan kt mcd..sayangnya time sarapan takde lg mc flurry ni
ReplyDeleteA ah kak. kalau pagi terhad menu breakfast je yang ada.
DeleteMacam sedap tu..
ReplyDeleteCempedak ada ni...Kalau beli ais krim vanilla letak puri cempedak aci tak?🤣
Pun boleh kak. Aiskrim vanilla letak isi buah atau buah kisar pun sedap je rasanya.
DeleteKalau perasan mcflurry ni kalau keluar falvour baru mesti syrup saja yang beza. Ice creamnya tetap vanilla. huhu
ReplyDeleteTapi apa pun tahniah sebab guna buah tempatan. Kena cuba
Ye betul tu Ain. Syrup dia je berbeza. Aiskrim tetap vanilla je. Itu je yang sesuai bergabung dengan perisa lain. Baguskan gunakan citarasa local
Deletemenu baru..boleh cuba!
ReplyDeleteSilakan cuba nanti Shida sebelum tamat tempoh.
DeleteSemalam g mekdi, x beli pulok.. nice la kalo sodap.. huhu
ReplyDeletePasni kalau pergi McD boleh cuba cempedak McFlurry pulak Nona
Deletedah lama teringin tapi masih teragak2 nak cuba
ReplyDeleteHihi..faham faham. Kalau terasa nak cuba boleh cuba.
Deletepernah makan dah, tapi xrsa cempedak sgt, mcm mangga, yg baru ni punya xtau lah sedap atau tak, hihi, mcd sentiasa ramai betoi drive thru dia..
ReplyDeleteAda yang kata rasa macam durian. Lain tastebud masing masing. McD jarang tak penuh orang kan
DeleteWahhh srslah ada ice cream baru. Macma menarik je rasa cempedak ni. Tapi McD jauh sikit dari rumah, malas nakk drive!
ReplyDeleterare kan guna flavour cempedak. next time kalau terjalan jauh jumpa McD boleh cuba yang ni.
Delete