Malaysian Ghost Stories Episod 1 : Nenek Hostel

Malaysian Ghost Stories episode 1 menampilkan kisah nenek hostel lakonan Chubb-E, Fariz Iskandar, Fadhli Masoot, Azman Ahmad, Tuan Asmawi dan penampilan istimewa Ruminah Sidek. 

Malaysian Ghost Stories Episod 1 : Nenek Hostel

Drama : Malaysia Ghost Stories
Episode 1 : Nenek Hostel
Waktu tayangan : 25 Ogos 2021(Rabu), jam 11:00 malam
Siaran TV : Astro Ria
Idea asal : Syawal Azrai
Penulis skrip : Aloy Paradoks
Pengarah : Azhari Zain, Izuan Mokhtar, Eoon Shuhaini
Produksi : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

SINOPSIS NENEK HOSTEL

Ajak (Chubb-E), seorang pelajar nakal yang suka membuli pelajar lain. Kimi I Fariz Iskandar) sering menjadi mangsa buli. Satu hari Ajak tak lena tidur, bilik dia didatangi seorang nenek kebayan bertongkat.

Nenek kebayan mengganggu setiap penghuni hostal yang ada di dalam bilik. Nenek kebayan mengetuk katil satu persatu dan mengira setiap pelajar yang dah tidur. Nenek kebayan perasan yang ajak belum tidur. Ajak menggigil ketakutan lalu berlari keluar bilik sambil menjerit.

Satu hostel kecoh dengan cerita nenek kebayan. Pelajar lain menganggap bahawa apa yang terjadi pada Ajak adalah satu balasan kerana sering membuli Kimi.

Esoknya Ajak di kacau lagi ketika dia sedang membuang air besar di tengah malam. Nenek kebayan main ketuk ketuk pintu pula. Masih mengira setiap bilik ada orang atau tidak. Ajak ketakutan selepas mendengar suara nenek kebayan mengira.

Apakah yang akan berlaku seterusnya.


PELAKON NENEK HOSTEL

Chubb-E sebagai Ajak
Fariz Iskandar (yoyo) sebagai Kimi
Fadhli Masoot sebagai Dat
Azman Ahmad sebagai Warden Sudin
Tuan Asmawi sebagai Ustaz Kamarul
Ruminah Sidek (Mak Mah) sebagai Nenek Kebayan

LAGU TEMA

Tajuk : Tragedi
Artis : Amira Othman
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Amira Othman

5 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Hantu legend hostel hantu makcik karipap.
    Kat hostel memang banyak benda macam ni. Teringat dulu roomates boleh nampak benda tu. Kalau pukul 12 lebih pergi toilet balik bilik dia kata nampak benda tu tengah makan kat dalam toilet. Seram betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisah makcik karipap tu seram. Hebat makcik jual kat tingkap je sampai tingkat atas. Alamak, seram ada kawan macam tu. Lagi lagi kalau dia cakap benda tu ada kat sebelah kita atau tengah tengok kita. Seram oiiii

      Delete
  2. 1 dah tidur, 2 dah tidur , 3 dah tidur. pura-pura tidur~

    ReplyDelete
  3. 1 dah tidur , 2 dah tidur , 3 dah tidur. 4 pura-pura tidur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa yang tu memang legend. Takut betul kalau terdengar tu kan. Mujurlah masa dok asrama dulu tak de kisah tu

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال