Bunga Tahi Ayam Atau Marigold

Berhenti kejap cerita pasal makanan. Kita tukar cerita bunga pulak. Tahu tak bunga tahi ayam? Bukan tahi ayam berbentuk bunga. Bukan juga bunga rupa paras bunga seperti tahi ayam. Tapi bau bunga tu bau tahi ayam.

Sebab itulah bunga tu dipanggil bunga tahi ayam. Macamana rupa paras bunga tu? Rujuk dalam gambar. Inilah bunga tahi ayam yang saya kenal masa zaman kanak-kanak dulu. Dah besar ni barulah tahu bunga ni adalah bunga marigold.

Jadi, bunga ni bunga tahi ayam atau buah marigold? Bukan setakat itu sahaja, ada juga panggilan lain. Bunga lantana camara juga bunga tahi ayam. Tapi jenis rupa lain. Bunga dia berwarna warni dan rupa paras bunga dia macam cantuman kuntum kuntum bunga kecil.

Bunga Tahi Ayam Atau Marigold
bunga tahi ayam mak di kampung. Ada kutu putih disitu menumpang hidup


Bunga tahi ayam @marigold ni taklah sebusuk mana pun. Busuk busuk wangi. Dah busuk wangi pulak kan. Macamana tu? Taklah busuk macam tahi ayam tu. Rupa paras dia cantik yang memungkinkan orang lupa dengan bau busuk dia tu.

Lantana Camara pulak bau dia lagi busuk sikit dari marigold ni. Busuk busuk bau bunga, busuk lagi bau tahi ayam. Itu fakta yang tak boleh disangkal.

Bunga tahi ayam busuk ni jangan disangka tak function. Ada kebaikan bunga tahi ayam ni. Bunga tahi ayam halau nyamuk. Fakta ke auta? Siapa tahu boleh jawab. 

Bunga tahi ayam Malaysia ni di kampung bersepah macam tumbuhan liar. Ada juga yang menanam jadikan pokok hiasan. Jangka hayat bunga tahi ayam ni rendah. Mudah gugur macam tu.

38 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Hihi.. baru sy tahu, bagaimana bunga tahi ayam mendapat namanya

    ReplyDelete
  2. Bagi kak PC bunga tahi ayam ni baunya unik. Busuk tapi busuknya unik. Tak wangi juga. Tapi sedap untuk dihidu.

    ReplyDelete
  3. Wah ...., sama dengan di Indonesia. Bunga ini namanya juga tai ayam. Busuk memang. Tapi busuk2 wangi. He he ....

    ReplyDelete
  4. kat kg byk tanam di halaman
    ada 2 jenis, kuning dan oren
    b
    sbnya mudah membiak. pokok bunga ni dan penting skali x perlu penjagaan.rapi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutlah banyak tumbuh meliar sebab senang membiak. Memang tak payah jaga. Ini pun tumbuh tanpa sengaja bukan ditanam. Tak tahu mana benihnya datang. Tapi bunganya cantik even busuk.

      Delete
  5. Sedap nama dalam bahasa Inggeris.. Marigold. Kesian disamakan dengan tahi ayam. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duduk kampung, dapat nama sebegitu rupa. Kesian pulak kan. Bagilah nama sedap sikit. Baru kena dengan bunga yang cantik tu.

      Delete
  6. Nama dia dalam bahasa omputih sedap kan..
    Tapi bau dia..hahahha
    Mai kat orang kampung panggil nama tahi ayam lagi...🤭🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, namanya sedap in english tapi bau tak kena dengan rupa pulak. Tahi terus dibaginya.

      Delete
  7. bunga cantik tp nama bunga xseindah tuannya.. haha..

    ingtkan susu je nama marigold.. kehkehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..tahu takpe! Oh ye, lupa pulak ada susu nama marigold jugak.

      Delete
  8. Akak tak tau bunga taik ayam yg mana tp kecik2 dulu kalau cium..pening kepala seminggu haha.
    Bau dia tu menyengat kt hidung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishhh sampai seminggu pening tu. Bahaya pulak rasa.
      Bau dia memang menyengat. Kena bau sikit sikit je. Kalau nak tahu busuk dia camne..hihi

      Delete
  9. ade satu teka teki.. ada satu benda, di depannya wangi, ditengahnya busuk dan dibelakangnya boleh dimakan. apakah itu?

    ReplyDelete
  10. Rupanya marigold ialah bunga tahi ayam.
    Betul ramai orang tanam ingat sebab senang tumbuh agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang saya baca itulah namanya. Senang membiak itu yang macam banyak pulak tumbuhnya.

      Delete
  11. Cantik sebenarnya bunga ni . Ada dua tiga jenis warna juga kan . Tapi tu la bau ia tak menyenangkan sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik pun. Ada warna kuning dan oren je rasanya jenis macam ni. Itulah pasalnya, bau dia kurang best.

      Delete
  12. Saya terhibur baca "Bukan tahi ayam berbentuk bunga" hahahaha. Bayang jap macam mana rupa tahi ayam tu kalau bentuk bunga. Kreatif sungguh la kalau ayam berak lagutu hahahaha. Ingatkan bunga tahi ayam ni tak cantikk. Cantikkkk rupanyaaaa. Selama ni tak pernah nak google pun gambar bunga tahi ayam macam mana sebab duk bayang mesti tak cantik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..kalau keluar keluar cantik. Orang dah ambik tahi ayam agakya buat jual. Hahaha..tiber kan.

      Memang cantik bunganya pun. Cuma nama tak setara rupanya. kesian dia.

      Delete
  13. Bunga dh cantik tp takla busuk sgt pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann...bunga lawa dah. Busuk sangat tu taklah tapi masih dikategori busuk lagi. hihi

      Delete
  14. bunga tahi ayam..mesti ingat betul2 bau mcm tahi ayam tu..hahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau betul betul bau tahi ayam mesti takde orang tanam dah bunga ni kan

      Delete
  15. Wow... Marigold.. teringat susu Marigold.. Lorhh.. X tahu pulak leh halau nyamuk.. Kalau betul, nak kena simpan jugak ni.. tapi x tahan lama plak jangka hayatnya ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susu marigold tu ingat ingat lupa pulak. Tu lah tu tak tahu la sejauh mana keberkesanan tu. Bunga dia je macam mudah gugur rasanya. Tu jangka hayat bunga tak panjang. Pokoknya okay je kot.

      Delete
  16. Nama saja bunga tahi ayam, tapi cantik juga bunganya. Sewaktu kami tiba di Nepal, kami disambut dengan kalungan bunga tahi ayam hahahahaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupa paras dia memang cantik. Laahh ye ke kak Amie. Mungkin kat sana dah kira mewah guna bunga marigold ni kot.

      Delete
  17. cantik bunga tahi ayam ni walaupun tak seindah namanya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..bunganya cantik sangat sebenarnya. Nama dia buatkan dia macam buruk pulak.

      Delete
  18. Siapa yang tercium bunga ni nasib la. hahahah bukan semua bunga wangi yaaa. Tapi cantik bunga tahi ayam ni. Bagus untuk tanah. Kalau ada kebun sayur tanam sekali bunga tahi ayam ni di kebun bagus untuk environment kebun juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasiblah siapa yang tercium bau bunga tahi ayam ni. Tahu takpe! Bukan semua bunga itu wangi. Oh ye ke? Baru tahu tu. Thanks share ilmu tanaman :)

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال