Apam Balik Rasa Original dan Coklat

Beberapa hari kebelakangan ni teringin betul nak makan apam balik. Akhir akhir ni macam suka mencari makanan yang dah lama tak makan. Barulah berselera nak makan. Tapi masa kita nak, masa tu lah susah nak dapat.

Pulak tu cerewet tak nak apam balik cripsy nipis nipis tu. Nak jugak apam balik nusantara rasa asli yang gebu tu. Nak back to rasa classic. Rasanya dah bertahun tahun tak makan apam balik sejak makanan moden mengambil alih selera.

Menu kuih lama-lama jugak yang sedap. Kan? Belek-belek juga lah resipi apam balik dalam carian google. Cara buat apam balik nampak mudah. Tapiiiii kalau tak ada kerajinan tak menjadi jugak. Lebih senang beli, kita beli je lah.

Risau pulak apam balik tak menjadi. Kita serahkan pada yang pakar buat. Tugas kita membeli dan terus menjamu selera. Syukur lah juga harga apam balik masih di paras mampu beli lagi. Masih relevan lagi harganya di zaman sekarang ni.

Saya pesan apam balik asli. Dengan taburan kacang dan jagung yang mengcukupi. Tak kedekut isinya. Apam balik gebu dan tak terlalu tebal. Tak ada bau bahan penaik. Sangat sangat menyelerakan dimakan panas panas.

Apam Balik Rasa Original

Encik suami beli juga apam balik coklat. Sedap betul! Manis tak manis sangat. Sama juga isinya banyak dan sedap!

Apam Balik Coklat

Pertama kali beli, terus esoknya nak beli lagi. Tapi kedainya tutup pulak. Rasa dah beberapa kali nak beli tapi kedai tutup. Bila bukak tu memang beli. Sekali beli 2 bungkus. Yang biasa tak silap saya RM4 dan coklat RM5 atau RM5 lebih. Lupa pulak dah!. Tapi kira murah dah tu dengan rasa dan isinya.

Saya beli apam balek stylo depan Family Store Sikamat. Semoga murah rezeki peniaga menjual makanan yang memuaskan hati pembeli. Aaminn...

40 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Apam balik sedap makan bila panas-panas baru angkat tu. Akak suka minta krim jagung lebih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Makan panas panas sedap dia lagi padu. Ada krim jagung lebih sedap.

      Delete
  2. Nampak gebu apam balik tu. Apam balik klasik ni kalau jarang2 dapat memang sedap tambah panas2 perhh. kalau untuk kerap2 makan saya prefer yng nipis juga hehe crunchy2 gitu makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang gebu Ain apam balik dia. Just nice lah tak tebal sangat. Yang crunchy pun sedap jugak. Saja nak makan yang klassik ni

      Delete
  3. betol la.. dtg la bermacam jenis apam balik hipsturrr yg lejen jgk kita nk..
    sedapnyaaa.. rasa nk mkn apam balik je.. terliur.. hihikk

    ReplyDelete
  4. Suka kalau inti kacang dan jagung berkrim sama banyak. Ya betul apam kena gebu.
    Alhamdulillah Fiza dapat yang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inti banyak baru sedap makan kan kak. Alhamdulillah dapat yang kena dengan selera.

      Delete
  5. fevret saya apam balik yg asli. teringat pulak keluarga yg jual apam balik kat pasar malam di kampung. mmg selalu beli kat dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang asli pastinya sedap. Kalau dah situ sedap tak cari tempat lain dah kan.

      Delete
  6. Sedap makan panas panas, saya suka nau mintak lebih sebab lagi syok nak makan haha, bayar lebih pun takpe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada inti lebih lagi sedap kana. Alang alang membeli mintak lebih sikit. Kalau bayar pun okay je asalkan memenuhi selera kita

      Delete
  7. Tak minat apam balik tapi mak saya suka... cuma yang perisa perisa ni.. kureng sikit.. mak suka original punya je

    ReplyDelete
  8. mkn panas2 baru sedappp
    aakk suka kat pasar mlm keramat satu gerai ni sedapp
    lamaa jga x mkn sb pasar mlm takda he hez

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, makan panas panas baru sedap. Itulah kan, kalau pasar malam senang nak jumpa apam balik.

      Delete
  9. Suka yang original makan panas2 sedapnya. Kacang kena banyak dan jagung banyak. Sedapnya. Lama dah tak makan apam balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang orginal sentiasa sedap. Lagi lagi ada kacang dan jagung lebih. Pasni boleh cari apam balik pulak naniey

      Delete
  10. Sedap . Dah lama betul tak makan apam balik tebal ni , ccl suka beli apam balik yg nipis sikit . Crunchy2 sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam dah kurang jual yang jenis tebal legend ni. banyak yang jual jenis crispy tu kan.

      Delete
  11. Susah nak cari apam balik klasik yang gebu gebas dan tak kedekut inti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sal. Dapat kedai yang betul betul menepati tak cari lain dah.

      Delete
  12. Kak Fiza tahu tak, lepas tengok ni saya serius rasa nak cari apam dekat foodpanda hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Update Kak fiza, saya tak jumpa apam balik gini dekat kawasan rumah. Semua duk jual hatt yang kecil jaa.

      Delete
    2. Aduh, ampunnnn nad. Betul betul terpengaruh dan tergoda tengok apam ni kan. Hihi

      Delete
    3. Ala sedihnya tak jumpa pulak. Hope nanti nad jumpa apam balik legend jenis tebal ni. Aaaminnn...

      Delete
    4. Update: Kita dah jumpa semalam dah dapat makan ! yaAllah lega sangat sangat dapat makan hahaha

      Delete
    5. Alhamdulillah..tumpang happy. Lama baru mendapat. Syukur akhirnya dapat jugak kan :)

      Delete
  13. Kak Amie suka apam balik, dari dulu, kini dan selamanya...ahaks!
    Di Sabah, apam balik dipanggil kuih terang bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. favourite sepanjang zaman kan kak Amie. Ohh unik nama tu. terima kasih share info. baru saya tahu.

      Delete
  14. lama x mkn apam balik crispy letak nestum & jagung... sedapnyaaaa... kt sini ssh nk cr apam balik crispy yg menepati citarasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang crispy tu saya kurang suka pulak. Tapi kadang teringin jugak. Kalau ada peniaga yang jual menepati taste mesti best kan.

      Delete
  15. peminat apam balik di sini! hehehe suka sgt kalau kacang lebih. kdg sengaja minta extra ;-)

    ReplyDelete
  16. apam balik ni kalau beli yang nipis macam tak cukup, beli yg besar tak habis pula.. tapi lebih suka yg nipis sebab lebih ranggup :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang nipis macam tak puas makan. Tapi jadikan kudapan okaylah. Yang besar memang kenyang. Tak habis boleh simpan dan panaskan. Tapi jenis cripsy kalau simpan nanti liat pulak.

      Delete
  17. Sedapnya, macam nak buat, kalau ada dekat sini nak beli je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rajin dan ada bahan boleh je buat kak :)
      Tak pasti ada cawangan ke tidak.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال