Responsive Ad Slot

Slider

Menu Marrybrown Pilihan. Delivery Kan Ajer

bubur marrybrown menu marrybrown 2021 marrybrown delivery marrybrown malaysia marrybrown menu malaysia marrybrown korean burger marrybrown menu baru
Sehari selepas cucuk vaksin dos kedua haritu, rasa macam kurang selera makan dan mengantuk. Rasa nak makan bubur pulak dah. Sejak tersuka dengan bubur pedas Marrybrown (MB), dah jarang membeli bubur McD. 

Terus bukak aplikasi foodpanda belek belek marrybrown. Delivery kan ajer!

Antara menu Marrybrown 2021 yang saya order :
  • Bubur Ayam MB Bowl RM5.50
  • Cheesy Chicken Mashed Bowl RM5.50
  • Bubur Pedas MB Bowl RM9.90 Add on : MB Italian Cheesy Rice Bites
  • MB Chicken Burger-Single RM6.10

Harga of courselah mahal sikit daripada walk in. Itu belum termasuk lagi delivery charge. Nak murah lagi, sila walk in lah ye. 

Tak pasti apa menu baru Marrybrown. Nak tambah beli Gojuchang rice bowl tapi macam tak ada pulak. Bermusim kot menu tu. 

Bubur ayam MB bowl

Bubur ayam MB bowl pilihan encik suami. Bubur ringkas bersama potongan ayam goreng rangup dengan taburan daun sup. Gabungan sup dan ayam goreng yang sedap. 

Sesuai untuk hidangan kanak-kanak. Tak kanak-kanak pun sesuai jugaklah. Lagi lagi kalau tengah sakit tak ada selera tu. At least, potongan ayam rangup tu penambah selera. Taklah bubur kosong semata-mata.

Bubur ayam MB bowl

Cheesy chicken mashed bowl

Cheesy chicken mashed bowl juga pilihan husband. Mashed potato dengan potongan ayam rangup bersama curahan sos cheese dan mayonaise. Memang sedap. 

Kalau KFC mashed potato dan sosnya. Tapi Marrybrown mewah sikit ada ayam dan sos cheesy dan mayonaise. Gabungan yang sedap juga.

Cheesy chicken mashed bowl

Bubur pedas MB bowl

Bubur pedas MB bowl pilihan saya. Tak boleh tak pedas. Wajib ada rasa pedas. Sebelum ni beli dia asingkan chilli oil dalam bekas lain. Tapi kalini beli dicampurkan sekali. Hantam sajalah labuuuu..Asal ada.

Apa beza bubur ayam dan bubur pedas. Beza dia tang chilli oil je. Yang lain semua sama je. Oh ya, harga pun berbeza juga. Mahal 60 sen dari bubur ayam.

Rasa pun taklah sepedas yang disangka. Pada saya masih di level pedas biasa. Tak biasa makan pedas mungkin akan rasa pedas menyengat.

Bubur pedas MB bowl

MB Italian cheesy rice bites

Dalam pilihan bubur ayam, boleh add on menu lain. Saya add MB Italian cheesy rice bites. Nampak macam menarik je menu ni. 

Tengok dari rupa macam nasi yang telah dicampurkan dengan bahan bahan lain macam nasi goreng pun ada. Kemudian nasi dikepalkan menjadi bentuk bulat. Disalut tepung kemudian digoreng.

Sedap! Rangup di luar lembut di dalam.  Cuma tak puas makan sebab saiznya comel sangat. Dapatlah merasa 2 biji sorang. Tak disarankan makan untuk mengisi perut yang lapar. Memang tak akan rasa kenyang.

Ye, untuk side dish better lah. Saya add on lebih murah. Kalau beli ala carte mahal sikit. Tapi macam tak berbaloi je beli ala carte. 

MB Italian cheesy rice bites

MB Chicken Burger-Single

Tak pernah lagi rasa burger MB so far. So sajalah beli burger paling simple dan paling murah. Nak cuba rasa burger MB pulak. Sedap ke tidak? Pada saya okaylah makan burger ayam yang serba simple ni. Daun salad sehelai dan sos mayonaise secoet. Sedih tengok. 

Tapi okaylah daging burger banyak bijan macam ni saya suka. Nampaklah burger tu macam ada ada sikit dari biasa. Kan? Sedap dan mengenyangkan juga. 

MB Chicken Burger-Single

Walaupun makan bubur cepat kenyang tapi akan cepat lapar juga. Jadi, stand by burger topup isi perut bila lapar kembali. Apa lagi menu Marrybrown Malaysia yang sedap? 

36
( Hide )
  1. Ayam Goreng??? Akak suka gak ayam goreng Marry Brown...boleh la cuba beli bubur ayam dia...nampak sedap tu....dh rasa malas and dah buntu x tau nak masak apa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak. Ayam goreng bukan ayam rebus macam biasa tu. Nanti bolehlah cuba bubur ayam MB pulak.

      Delete
  2. Semua menu nampak menyelerakan . Dah lama tak pergi ke Marry Brown ni . Tapi boleh aju nak submit oder melalui foodpanda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat menyelerakan bila dah jemu makan yang biasa. Ye, saya pun guna foodpanda je membeli.

      Delete
  3. dah lama betul tak layan MB, rindu dengan nasi lemak dia... bubur pedas tu nampak mengiurkan... tengok yang terbaru ada menu spaghetti Bologna tu kan, teringin nak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi lemak MB tak pernah cuba lagi. Spaghetti Bologna pun tak cuba lagi. next time lah cuba :)

      Delete
  4. Nampak sedap la Fiza. kak PC tak pernah lagi makan MB ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap kak PC. Nanti boleh cuba menu MB pulak :)

      Delete
  5. kalo mls nk keluar elok sgt guna khidmat foodpanda..
    pin pin~ makanan pon sampai.. haa gittew.. haha

    sume nmpk menyelerakan.. sy jrng mkn MB..
    mngkin lepas ni boleh bercinta ngn MB plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe! delivery kan je. Selamat jatuh cinta dengan menu MB.

      Delete
  6. Kalau via foodpanda atau Grab Food memang menu dia terhad. Specialties selalu takde. Lama sungguh tak makan Marrybrown. Suka ayam goreng dia je

    ReplyDelete
  7. Area saya ni xde marrybrown. Delivery pon takde… paling dekat rasanya kat ioi city mall.. jauh plak nak pegi beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah jugak nak juga branch MB sekarang ni. Sesetengah tempat je ada. Itu yang macam kurang dapat perhatian MB ni kan

      Delete
  8. menarik bubur ayam & pedas..boleh dicuba nanti..

    ReplyDelete
  9. Lama tak makan MB, tak ingat menu apa, cum ayam goreng ingat hehe sedapnya sedap. bubur ada ayam goreng tentu mengenyangkan, menarik pula nasi kepal dan digoreng tu. Mashed potato bercheese menambah selera, bila ada bijan atas roti burger nampak mcm baru keluar oven..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap bubur ada ayam goreng. Biasa ayam rebus campur sekali tu. nasi kepal goreng tu pun sedap juga. Semua hidangan yang luar dari biasa.

      Delete
  10. Oh bebola itu macam arancini. Nasi dikepal menjadi bebola.
    Akak pun suka bubur Marrybrown dengan minyak cili. Dahulu selalu beli, ada kupon Marrybrown.

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time dengar arancini tu kak. Saya terus google. Memang lebih kurang. Sedap bubur campur dengan chilli oil. Saya pun baru terjebak je ni.

      Delete
  11. Yaaaa..saya suka bubur ayam, bubur pedas dan burger ayam marrybrown! Mesti pilih antara tiga tu kalau singgah sana...Hehee~ Nasi kandar macam biasa je, mak saya suka nasi lemak Marrybrown..huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah jadi menu kebiasaan kan kalau order MB ni. Nasi kandar dan nasi lemak tak pernah cuba lagi Nona. boleh cuba next time.

      Delete
  12. Macam-macam menu ada di Marry Brown kan.
    Dulu ada Marry Brown di LD tapi sudah ditutup.
    Kalau kami transit di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, selalunya ambil kesempatan makan di Marry Brown di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak Amie. Dah pelbagai sekarang. Tak terhad macam dulu. Banyak jugak branch MB dah ditutup sejak banyak fast food tumbuh bagai cendawan sekarang ni.

      Delete
  13. lama dh x mkn marry brown.. time puasa mcm ni semuanya sedapp..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. MB dipandang sepi. Kurang marketing agaknya. Itulah kan. Bila puasa semua jadi sedap :)

      Delete
  14. Sedap pulak nampak cheesy chicken tuuu, sepanjang hidup baru dua kali makan MB. Tak pernah tahu pun MB ada menu menu gini hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheesy chicken tu sedap juga makan dengan mashed potato

      Delete
  15. mashed bowl tu mcm sedap laa tp tu laa kt sini punya MB da tutup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Anies ada cheese dan chicken. Itulah kan, banyak MB dah tutup sekarang

      Delete
  16. jarang order marrybrown. nampak sedap juga menu dia :)

    ReplyDelete
  17. baru beberapa hari lepas order ayam goreng pedas MB, boleh tahan mengengit pedasnya pada tekak saya. kesimpulannya, saya lebih suka ayam goreng biasa MB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah cuba pulak ayam goreng MB yang pedas mahupun biasa. Next time boleh cuba ayam goreng pulak.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu