Ayam Gulung CP Kegemaran

Ayam gulung? Chicken roll? Dulu tak tahu pun nama makanan ni ayam gulung. No idea nak panggil apa. Satu hari tu barulah tahu nama dia ayam gulung. 

Rupanya isi ayam dicampur dengan sayur-sayuran dan bahan bahan lain kemudian digulung dengan menggunakan kulit tauhu kering.

Gulung-gulung, potong potong jadilah ayam gulung/chicken roll. Susah betul nak jumpa ayam gulung ni. Yang saya tahu ayam gulung CP je. 

CP tu nama kilang yang keluarkan produk ayam gulung frozen. Jenama lain macam tak pernah nampak je.

Ayam Gulung CP

Memang sedap gila! Bila dah TERmakan, auto terlupa nak tinggalkan untuk orang lain. Bahaya betul kesan selepas makan tu. Haha..Dulu saya selalu jugak beli sebab ayam gulung CP kegemaran saya. 

Tapi selepas kejap kejap harga berubah. Bukan menurun tapi harga naik dan naik, kita pun tunjuk perasaan lah malas nak membeli. Sejak tu tak jadi kegemaran sangat.

Satu lagi macam jauh sikit dari rumah. Itu yang malas nak restock. Baru-baru  mak (baca : mak mentua) datang singgah lepas appointment doktor dengan adik ipar. Mak bagi ayam gulung ni. 

Ayam Gulung CP

Beli dekat CP Factory outlet. Dulu adik ipar pernah kerja situ, sebab tu lah tahu kewujudan ayam gulung ni. Mak pun suka membeli frozen food kat situ. Ayam goreng, ayam popcorn second grade pun dijual dengan harga murah juga.

Dulu-dulu saya beli dalam pek biasa je bukan pek untuk jualan di pasaraya. Tapi sekarang dah jual pek sama macam di atas. Dah habis satu pek ni rasa macam nak restock pulak. 

Ada juga stall makanan jual ayam gulung ni. Saya pernah beli di KipMart. Satu cucuk ada 3 pcs, harga pun dah RM2.50 macam tu. Mahal, kan? Lebih berbaloi beli pek macamni dan goreng sendiri di rumah.

Biasanya kilang CP akan hantar frozen food di Tesco atau stesen petrol pam Shell yang terpilih ada jual frozen food. Atau boleh beli terus di CP Factory Outlet.

CP Factory Outlet
Lorong Senawang 4/1,
Kawasan Perusahaan Senawang,
70450 Seremban, Negeri Sembilan

54 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Terima kasih fiza kongsi.. boleh cuba cari-cari ni.

    ReplyDelete
  2. kalau tengok brand CP ni teringat burger cp kat 7eleven thailand. brand ni sedap2 semuanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. CP Thailand lagi banyak produk keluaran dia. CP Malaysia ni rasa macam sikit je. Tak variety sangat dan susah nak jumpa jugak sebab dia tak supply kat semua mall.

      Delete
  3. wah x pernah plak cuba... nanti nak try juga la haha

    ReplyDelete
  4. Dulu rajin beli kat CP Senawang tu...la ni x tau bleh pi beli lagi ke x...menarik ni...kejap lagi sure terjebak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kak. Mak mentua dan adik ipar pun baru pergi membeli minggu lepas.

      Delete
  5. Haah nampak di Tesco dan 7E. Banyak juga produk CP. Tidak silap spaghetti bolognese pun ada.
    Hehe bahaya makan tidak ingat tinggalkan untuk orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 7E banyak produk makanan ready to eat kan kalau tak silap lah. Ye, rasanya ada jugak spaghetti bolognese. Hehe..kena asingkan siap siap.

      Delete
  6. mudah disediakan...lapar teruk terus sedia dan hidang..burpppp kenyang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, hanya perlu gorengkan je.
      Alhamdulillah kenyang :)

      Delete
  7. Pertama kali dgr nama ni..atau mungkin terlepas pandang..

    ReplyDelete
  8. Un pun suka beli yang ni , memang sedap

    ReplyDelete
  9. Ni memang fave. Kalau ada promosi memang cepat sambar produk ni.

    ReplyDelete
  10. Tengah baca sambil sedap-sedap bayangkan rasa dia...timbul oldpost Rahsia Datuk Rina Harun Kurus...Aduh,spoil laaaaaa 🤣🤣
    Terus rasa nak diet...🤭🤭🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha..ini kelakar kak. Spoil betul kan.
      Diet mulai esok :)

      Delete
  11. Wahhh.. pernah jugak makan ni... yang cucuk punya..tak tahu namanya ayam gulung .Hahs.. tapi sendiri goreng, tak pernah lagi setakat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa dijual cucuk 3 pcs macam tu nona. Sedap kan? Pasni beli pek camni goreng sendiri puas makan :)

      Delete
  12. produk CP ni mmg sume sedap!
    adik ipar sy keje kat CP ni.. tp bkn kat senawang..
    dia kat slngor.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Semua sedap sedap kan. Berbaloi lah beli dengan harga dan rasa tu. Ohh CP selangor pun ada.

      Delete
  13. tak pernah cuba lg brand CP ni...sedapnya, cicah sos..rasanya pizza hut pun ada jual jg mcm ni, pernah makan ..nmpk mcm ala2 dimsum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, ada dalam menu pizza hut juga. Yang ni dibungkus dengan kulit tauhu kering tu.

      Delete
  14. Tak pernah try produk CP lagi. Hehe bahaya tu kalau makan lupa nak tinggalkan untuk orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cuba tau Sal.
      hahahahha..sangat sangat bahayaaa.

      Delete
  15. Sekali tengok nampak macma bun . Dah habis baca baru tahu rupanya ayam gulung . Mesti lembut je kan

    ReplyDelete
  16. Mesti sedap ayam gulung tu kan Fizah. Kalau di LD Kak Amie suka beli ayam gulung fucuk yang dah siap goreng. Kalau makan memang tak ingat orang kiri kanan, sebab sedap sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, sedap Kak Amie. Dah siap goreng tu senang makan terus. Tapi itulah kadang mahal jugak kan. Sedap tak puas makan.

      Delete
  17. Fav ni, baru tau kilangnya dekat betul dengan rumah

    ReplyDelete
  18. bole la nanti try tengok2 kat pasaraya. kalau ade bole try rasa

    ReplyDelete
  19. pernah juga beli produk cp ni tapi tak pernah try lag yang ayam gulung ni. nampak sedap boleh try :)

    ReplyDelete
  20. ada cawangan kat shah alam? sedap nampak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti lah mamapp. Boleh cari kat Tesco atau shell yang jual frozen food.

      Delete
  21. Thanks Fiza kongsi pasal ayam gulung ni. Nanti boleh cuba cari.

    ReplyDelete
  22. brand favorite busyra ni.. tp yg ni belum penah try lg..

    ReplyDelete
  23. Ayam digulung dengan tauhu macam kenal, chinese food. Tapi senang ada CP, brand yang selalu nampak, nak cuba la. Thanks for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yang kata macam dimsum. Mungkin lah kot chinese food. Nanti boleh cuba kak :)

      Delete
  24. Ada nampak masa nak beli dalam pandamart harituu, tapi macam tak yakin nak beli sebab takut tak sedapppp. Nanti topup barang dapur rumah, boleh la try belii. Tengok kena dengan tekak ke tidakk hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap! Pada saya lebih sedap ayam gulung dari nugget. Cubalah beli nanti, kot kena dengan selera Atiqah.

      Delete
  25. Replies
    1. Kalau sana ada Pizza hut ada lah kot menu ni Syu. Kot terjumpa bolehlah membeli cepat cepat :)

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال