Buah Manggis Si Ratu Buah Hitam Manis

Kalau buah durian diberi gelaran raja buah. Pasangannya sudah tentulah manggis, buah yang dikenali sebagai ratu buah. Kenapa ek? Dulu saya ingatkan sebab sepal tu berbentuk macam crown. Rupanya bukan ye. Ada kisahnya.

Terdapat lagenda mengapa manggis disebut sebagai ratu buah. Queen Victoria pernah menawarkan 100 pounder sterling untuk mendapatkan buah segar ini. Lagenda ini dicatat dalam buku yang diterbitkan pada tahun 1930 karangan David Fairchild, seorang pengkaji buah. Itulah sebabnya manggis disebut sebagai Ratu Buah atau The Queen of Fruit.- sumber : manggis oil

Kebiasaannya musim buah durian mesti sekali musim manggis. Kan? Bukan itu je, musim buah mata kucing, langsat dan rambutan pun ikut sekali bermusim bersama. Untung bila musim buah tiba. Macam jenis buah buahan dapat rasa.

Rasanya musim buah manggis di Malaysia macam dah nak hujung hujung dah. Masa ambil buah rambutan gula batu kat kebun abang ipar, pokok manggis pun dah tak berapa nak ada buah dah. Ada jugaklah rezeki merasa buah manggis yang dah lama rasa nak makan.

Manggis /‏مڠݢيس‎‎

nama saintifiknya Garcinia mangostana, sejenis tumbuhan malar hijau yang bertaburan asal di kawasan tropika sekeliling Lautan Hindi, ia ditanam sejak zaman prasejarah lagi.

Buah manggis  cukup popular di Filipina. Di Filipina manggis diberikan sebutan istimewa iaitu 'lo'. 
  • Belanda: mangistan
  • Cina: 山竹 (Shānzhú)
  • Indonesia: manggis
  • Inggeris: mangosteen
  • Itali: mangostano
  • Jepun: マンゴスチン (Mangosuchin)
  • Jerman: mangostane
  • Korea: 망고스틴 (mang-goseutin)
  • Perancis: mangoustanier
  • Sunda: manggu
  • Thai: มังคุด (Mạngkhud)
  • Vietnam: măng cụt
  • India : மாங்கோஸ்டீன் (Māṅkōsṭīṉ)

Buah Manggis Si Ratu Buah Hitam Manis

Sebelum ni saya hanya tahu manggis is manggis. Baru baru ni lah baru tahu ada buah mesta yang rupanya macam manggis. Ada jenis manggis lain rupanya. Dari apa yang saya faham, manggis bentuknya bulat dan mesta lonjong sedikit.

Untuk maklumat lanjut, boleh baca di blog Wak Warisan Petani tentang manggis dan mesta.

Buah manggis juga dikenali sebagai buah serbaguna boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan kecantikan. Macam tak percaya, kan? 

Manfaat buah manggis tidak hanya dari bahagian isi buah atau pulpnya, akan tetapi dari bahagian kulit (pericap atau rind) dan bahagian bijinya (seed) yang mengandungi:
  • Vitamin C
  • Vitamin B1
  • Vitamin B2
  • Zat Besi
  • Natrium
  • Kalium
  • Fosfor
  • Kalsium
  • Antioksidan yang kuat
Bau buah manggis wangi wangi manis dan rasa isinya manis. Hitam-hitam si tampuk manggis, kulitnya hitam isinya putih, sungguhpun hitam rasanya manis. 

Sedap dapat makan buah manggis manis petik dari pokok. Saya suka isi yang comel comel tak ada biji tu. Yang ada biji tak berapa suka tapi kena habiskan jugaklah sebab setiap biji ada isi kecil besar.

Cara nak buka buah manggis pegang tangkai dan tekan sepal dia sampai merekah dan terbelah. Sebelum ni gunakan dua tapak tangan untuk buka. Nasiblah kalau getah dia terkena tangan tu.

Nak tahu berapa isi dalam buah manggis, tengok pada tampuknya. Kalau ada 5, maka isinya pun 5 jugak.

Cerita pasal buah manggis ni. Dulu zaman kanak kanak pernah panjat pokok manggis. Budak kampung biasalah. Lasak sikit dan zaman tu mana ada gadjet canggih macam sekarang. Itulah mainannya. Tapi taklah tinggi. Pokok rendah je.

Pokok manggis ni dahan dia bercabang banyak. Itu yang mudah nak panjat. 

Daun Manggis

Masa ambil buah haritu, mata tertancap pada serangga ni. Lalat ke langau? Ke dua dua bukan?

46 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Nama manggis lebih kurang untuk setiap bahasa.
    Akak pun tekan dengan dua tapak tangan pada badan manggis. Rupanya buat pada sepal.
    Tq banyak pengetahuan baru tulisan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, lebih kurang sebutan dia. Boleh cuba cara tekan tu pulak nanti. Sama sama kak

      Delete
  2. Ada berbagai buah manggis, bagus tahu sedikit banyak, kan ia buah tempatan.. Seronok bila tekan buah manggis keluar isi putih, kulit boleh buat pewarna kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang saya tahu dua tu je lah kak. Betul tu, warna dia pekat.

      Delete
  3. Hahaha betul2 dl klu balik kampung mesti panjat pokok manggis.. Takpun suka main bawah pokok manggis tp byk semut hehe... Dulu kg kg mcm2 pokok ada.. Buah limau bali pun ada.. Durian rambutan rambai jgn cite la kan.. Pokok2 sume depan rumah je.. Ala rindu nya kenangan kat kg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman kanak kanak riang. Seronok bila ingat balik. Itulah kan. rindu kenangan kat kampung

      Delete
  4. dulu ada produk kesihatan yg guna kulit manggis..tak ingat brand apa..

    hehe..mcm tu ye nak buka buah manggis..selama ni dok tekan dgn tapak tangan..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang saya perasan produk supplement. Sekarang pun ada manggis oil.
      Boleh cuba cara macam tu pulak kak

      Delete
  5. Suka sangat buah manggis..boleh la makan sebiji dua..lepas tu x leh lebih .kang batuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun makan macam tu. Sekali makan sebiji dua je. Lepas dah lama tu makan lagi. tak boleh hadap sekaligus makan. Isi manggis seulas pun dah manis.

      Delete
  6. Saya panggil woh smete hehehe
    Dulu tak caya yang nak tahu isi dia ada berapa, tengok tampuk dia. Lepas dah try beberapa kali, baru percaya. Yang pastiii woh smete memang sedappp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. loghat ganu kan tu. Hehe..kannn..rasa magic pulak. Tahu takpe, sedap betul manis dia.

      Delete
    2. Haah loghat ganu tapi dulu saya tak tahu pun hahaha, lepas kena kecam dengan family sebab panggil manggis, saya belajar sebut woh smete hahahaha >.<

      Delete
    3. hahaha..ni boleh panggil ganu celup ni. Kena biasakan sebut woh smete lah pasni.

      Delete
  7. Akak suka yg kulitnya masih merah...isinya masih pejal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka jenis macam tu gak. Sedap macam fresh lagi

      Delete
  8. Eh,kat sini dah ada manggis...Kita pun beli manggis hari ni...murah..tapi pastilah yg petik sendiri lg sedap.hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru mendapat. Baru je singgah rumah akak baca cerita manggis tadi. Ya, yang petik sedap lagi.

      Delete
  9. musim ni 2 kali dapat beli manggis. puas jugaklah makan..

    ReplyDelete
  10. dlm segala jenis buah.. manggis la favorite busyra.. eshhh sedapnya la.. masam2 manis dia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai suka buah manggis. Sedap rasa masam manis dia tu kan.

      Delete
  11. Musim manggis. Banyak orang jual manggis tapi tak sempat nak singgah beli.
    Nak kena cari sebelum habis musim.

    ReplyDelete
  12. sy pn teringin nk rs buah mesta tu mcm mn... tp kat sini x de org jual

    ReplyDelete
  13. Tak silap saya Ella pernah buat skincare dengan ekstrak manggis ni. Saya pun tahun ni baru tahun ni makan mesta. Rasa mcam masam sikit dari manggis biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Tak perasan pulak Ella ada jual. Kalau mesta masam, saya prefere manggis lagi sebab manggis pun ada rasa masam sikit. Kalau masam sikit lagi takut tak termakan pulak

      Delete
  14. Syidah suka gile buah ni..memang favourite Syidah!ayah banyak kali beli kekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah musim ni puas hati boleh makan banyak sikit kan.

      Delete
  15. Ayah syidah kata kulit manggis boleh buat ubat..tapi tak pasti ubat untuk penyakit apa hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada baca juga untuk kesihatan. Tak pasti jugak untuk penyakit apa.

      Delete
  16. fav,,aritu MIL beli sempat merasa skit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okaylah kak dapat jugak merasa buah manggis yang tengah musim ni

      Delete
  17. Cerita panjat pokok manggis, Kak Amie pun banyak kenangan sewaktu kecil. Suka panjat pokok manggis nenek. Walaupun buah belum masak, tapi kami kekah juga manggis yang masih bergetah macam monyet heheheee.... !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...itulah kenangan paling seronok kan Kak Amie. rindu zaman kanak kanak riang main je tanpa rasa bersalah.

      Delete
  18. Fav juga buah manggis ni fiza..lagi2 dapat yg isi besar rngup manis..fuh syahdu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap rasa buah manggis masam manis kan. Fiza suka jenis yang kecik takde biji. Telan terus.

      Delete
  19. Yaa.. Manggis untuk kecantikan jugak.. sebab tu ada pencuci muka Safi extract manggis.. selain daripada timun dan gamat..

    ReplyDelete
  20. Sedapnya manggis . Sempat juga merasa manggis pokok dusun kampung ccl .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap. Sempat jugalah merasa bila musim manggis ni kan

      Delete
  21. Kita rasa kita pernah comment dekat post ini, tetapi mungkin kita tak tekan publish. kita nak cakap the only buah yang kita akan berusaha untuk makan adalah buah manggis. Buah buah lain bila orang hulur baru kita makan. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini mesti komen tak lepas ni. Saya pun banyak komen di blog lain tapi takde. Tak tahulah kenapa. Maaf ye Nad. Dah check kat spam takde pulak komen Nad.

      Dah dapat tak buah manggis Nad? Harap dapatlah. Aaminn...

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال