Smokey Chicken Grill Dan Mac and Cheese Tersedap

Hari Sabtu yang agak sugul, pudar, kosong, kelam. Matahari masih sembunyi. Mungkin akan hujan. Mungkin juga akan panas. Allah maha mengetahui. Semoga hari ni, hari yang indah dan menceriakan untuk semua. Selain kekuatan iman, mental dan fizikal. Emosi kita juga kena jaga.

Alhamdulillah pagi ni saya dan suami baik-baik je selepas cucuk dos kedua semalam. Rasa kebas sikit je beberapa. Bangun pagi ni pun tak rasa kebas dah. Dah berehat semalam, okaylah tu. InshaAllah...

Malam sebelum vaksin tu, ada rezeki merasa smokey chicken grill dan mac and cheese tersedap ikut level sedap saya lah sejak 2019. Tak lain tak bukan smokey chicken grill & Mac and cheese Sobrian Chicken Grill.

Rasa tak pernah berubah. Maintain sedap sampai bila-bila. Macam saya pernah cerita, Sobrian Chicken Grill dah berpindah dan portionnya pun dah berubah. Portion mengecil, harga pula membesar. RM12-RM12.90 macam tu kalau tak silap. 

Dulu mula membeli harga RM11 dan dapat free delivery kalau beli 2 ke atas. Berbaloi lagi masa tu. Kalau order food delivery by foodpanda jadi RM16.90 harganya. Mahal 4 ringgit tu. Belum termasuk charge delivery lagi. 

Encik suami memilih untuk pergi beli terus je lah. Bila beza banyak sangat tu, lebih baik lah kita jadi pembeli yang bijak dengan tahap kerajinan tu lebih sikit.

Smokey Chicken Grilled

Dengan itu, secara rasminya dah guna serving plate seramic nordic ni pemberian blogger Syazni Rahim. Auto cantik terus makanan terletak dalam pinggan hidangan tu. 

Smokey chicken grill Sobrian chicken grill so far memang jadi favourite lah. Aroma asap dan kesedapan bahan perapan tu memang tiada tandingan. Cuma kurang juicy agak kering sikit. Overcooked agaknya. Takpe, tak jadi masalah.

Boleh cover sedap dengan sos blackpepper yang sedap. Mashed potato dan tomato salad pun menepati selera.

Alang-alang dah pergi kedai, beli sekali mac and cheese. Menu ni pun maintain sedap. Tersedap lah! Tak kedekut cheese dan sosnya. Cheese tarik tu yang syok tu. 

Makan panas panas baru rasa nikmat sedap dia. Ada beberapa kepingan potato chips untuk dimakan dengan mac and cheese.

Mac and Cheese

Bila makanan yang kita beli menepati selera. Memang tak cari kedai lain dah lah. Kalau pun cuba kat kedai lain, akan datang teringin makan. Kedai sedap jugalah yang kita cari, kan?

Sobrian Smokey Grill

Lokasi : 761, Jalan Ujong Pasir 1, Kampung Ujong Pasir, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

Sekali lagi, bukan review berbayar. Sebab sedap!


70 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Sedapnya. Tempting. Besar juga saiznya.. susah nak jumpa kedai yang maintain rasa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Saiz ikutkan kecil sikit dari sebelumnya masa mula mula beli. Betul, susah nak jumpa kedai maintain sedap. Memang tak cari lain dah

      Delete
  2. Memang banjir kuah mac dan cheese.
    Banyak betul keju. Siap ada kepingan cheese. Rasa tidak cukup satu bekas kalau sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak. Kena makan panas baru syok ada cheese tarik. Kalau sejuk kejung sikit. Memang tak cukup sebekas kalau share. hihi

      Delete
  3. subhanallah nampak naik selera betul menu tu dalam tu fiza <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..Auto menyelerakan terus nampak kan. Terima kasih kerana memberi.

      Delete
  4. uiiiittt terlajak sedap niiii👍👍👍

    ReplyDelete
  5. Wah nampak tempting nyaaa... Nasib la masih pkp ni.. Klu x dah soh mama uyum g terjah kedai tu haha

    ReplyDelete
  6. betul tu Fizah, kalau dah terbukti sedap, naik harga atau pindah lokasi, kita masih cari. semoga hari Fizah ceria.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Sal. Satu satunya yang menepati selera. Mahal sikit saiz kecik pun takpelah. Asalkan maintain sedap

      Delete
  7. Tengok gambar dah nampak menyelerakan..

    ReplyDelete
  8. wah dari gambar pun dah nampak sedappp ;))

    ReplyDelete
  9. sedap sngt niii.. terliur tngok. hehe.. dgn pinggan comel tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap dan repeat banyak kali. ye, pinggan tu memang comel.

      Delete
  10. Eemmm sedapnya.. mau kenyang smp ke malam la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kak. Kenyang sementara ni. kena ada nasi jugak ni sebab portion tak besar sangat

      Delete
  11. nyam nyam.. foto2 yang akak buat juga best tuh, menambah sedap makanan untuk dipandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Naia. Alhamdulillah..sedap rasanya juga.

      Delete
  12. Sedapnya... Dekat Seremban je ke... waaaa boleh nnti cuba bila dh blh rentas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye nora. satu tu je kat Seremban. Bolehlah cuba nanti

      Delete
  13. Aduhai..sedapnya ni Fiza, samalah kami pun, kalau rasa satu kedai tu menunya kena dengan tekak akan selalu beli kat situ je..

    ReplyDelete
  14. Lapar terus akk tengok menu fiza ..sedaptu

    ReplyDelete
  15. Sedap!! nasib baik masa tgk ni perut tgh kenyang. if tak, cfrm pergi mencari tu

    ReplyDelete
  16. Replies
    1. Apa yang cantik tu Rabia? Pinggan eh? Pinggan memang cantik

      Delete
  17. Ye la..akak ada beli kat dia ni jugak..mahal sikit...tapi sedap..suka mushroom soup ngan garlic bread dia jugak...hari ni panas betul kan..akak ni demam panas..3-4 kali mandi sehari....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab sedap selalu beli kak. Musim panas ni memang kerap mandi sikit

      Delete
  18. Mungkin faktor ekonomi ya produk mengecil harga membesar. Apa-apa pun nampak sedap chicken grill tu. Tambah ada maca and chesse! Fuhhh jenis2 tak kedekut ni yang syok nak beli tu. Tak berkira dengan pelanggan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkinlah juga tu Ain. Yang penting rasa dia maintain sedap.

      Delete
  19. Jadi ngiler deh Kak, padahal aku sendiri udah makan barusan.
    Ah, chicken grill-nya enak, terus mac and mac and cheesenya juga tampak menggoda buat yang suka keju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..terus lapar kembali deh melihat makanan. Ampunnn ya

      Delete
  20. Replies
    1. Memang sedap kak. Kot singgah Seremban boleh cuba rasa

      Delete
  21. Sedap tu kuah banjir lagi, portion mengecil, harga membesar, lumrah kelansungan hidup agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuah banjir baru best makan. Tapi itulah portion mengecil dari biasa. Mungkin jugalah

      Delete
  22. dari gambarnya saja terlihat lezatnya

    ReplyDelete
  23. Yeayy . Dah rasmi plate ceramic . Nampak sedapnya menu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay! Auto nampak sedap letak dalam pinggan tu kan. hihi

      Delete
  24. Replies
    1. Boleh cuba buat sendiri Farah. Jauh kalau nak cuba di Malaysia. hehe

      Delete
  25. Wah,bertambah selera makan dalam bekas baru.Pink pulak tu

    ReplyDelete
  26. Fuhyoooo.. dah rasmi pinggan baru lerrr.. hehehe.. nampak temptingnya tuuuu semua menuuuuu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa tulah merasmikan pinggan baru. Baru nampak tempting sikit.

      Delete
  27. Betul tu kak fiza, bila dah kena dengan selera kita tu, tetap akan setia jadi pelanggan kedai tersebut walaupun mahal. Sebab berbaloi dengan rasanya. Tapi, tengok gambar kak fiza tuuu memang nampakk menyelerakan! Sedappppp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena dengan selera memang tak cari lain dah Atiqah. Sangat menyelerakan :)

      Delete
  28. fuh, agak menggugat iman tgk mac & cheese dia! betul, klau kita dah suka dgn satu kedai tu, mmg dok ulang je membeli dekat kedai yg sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tempting terus kan sebab sos dia banyak. Betul tu CikTimm, setia kat situ je lah

      Delete
  29. Gosh, sebagai penyuka keju, saya langsung sukaaaaa liat tampilan Mac and cheese nyaaa :D. Kliatan sedaaaap kak :D. Bila lah bisa icip nih. Smokey chicken nya juga terlihat enak. Best dimakan dengan mashed potato

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua dua sedap. Pasti jadi favourite setiap kali beli yang sama je :)

      Delete
  30. Cantik bekas seramic tu Fizah. Suka tengok warnanya.

    ReplyDelete
  31. Mac and cheese tu nampak sangatt sedap. Terliur nya walaupun saya sebenarnya bukan penggemar cheese banyak gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaling sedap Nad. Memang suka mac & cheese dia. Tak muak makan.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال