Ini Barulah Takoyaki

Siapa suka takoyaki? Kita geng! Sesekali dapat makan takoyaki memang nikmat. Nak beli selalu memang taklah. Takoyaki ni bukan murah. Sesekali makan boleh lah sekadar teringin macam tu. Nak makan selalu rasa tak sanggup juga lah.


Takoyaki 

Takoyaki sejenis makanan snek jepun yang berbentuk bebola bulat yang diperbuat daripada tepung gandum menggunakan kuali takoyaki khas. 

Dalam bebola takoyaki biasanya di isi dengan pelbagai jenis isi seperti sotong kurita, udang, isi ayam dan lain-lain lagi.

Di atas takoyaki diletakkan sos takoyaki dan mayonis. Kemudian ditaburkan dengan aonori dan parutan ikan tongkol kering atau dikenali dengan nama bonito fish flakes.

Begitulah ringkasan tentang takoyaki.


Sebelum ni saya pernah beli takoyaki, rupa dia asal boleh. Yang hanya nampak sekadar bebola bulat dan sos sahaja. Tapi kali ni dapat takoyaki yang meriah dengan segala accesories lengkap atasnya. Ini barulah takoyaki sebenar.

Eh belum sebenar lagi. Yang sebenar tu kena lah cuba di Jepun. The real one. Tapi kenalah check dulu halal ke tidak kat sana tu.

Takoyaki Snek Jepun

Puas hati bila membeli takoyaki yang sebegini rupa. Peniaga tak kedekut segala apa yang perlu ada dalam hidangan takoyaki. Isi padat dan bukan inti oksigen.

Inti campur-campur. Ada sotong, udang, ayam, ketam, ayam dan daging. Boleh pilih rasa original, spicy atau cheese.

Sangat berbaloi beli Takoyaki Jalanan Sikamat bersebelahan Family Store Sikamat ni. Biasanya akan beli pakej 12 biji RM10 untuk makan berdua. Itupun rasa tak puas makan sebab sedap. 

Makan takoyaki ni sekali hadap je boleh habis.

50 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Bagus campur-campur bahan.
    Mesti Fiza gembira lepas makan takoyaki ini. Memang nampak meriah bahan di atasnya.

    ReplyDelete
  2. haa sedap! aritu lps vaksin 1st dose beli takoyaki cam gni la rupanya,,
    sedap dan xkedekut bahan! nikmat kan dr mkn yg inti angin.. hihik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takoyaki kalau meriah semua memang sedaplah. Dapat inti angin spoil selera

      Delete
  3. Kalau beli apa-apa makanan dapat peniaga yang tak kedekut memang best. Kita pun dengan mudah doakan dia lebih murah rezekikan Fiza.

    ReplyDelete
  4. sedapnya.. br minggu lepas mkn tgk gambar ni teringin lagi.. aduyai

    ReplyDelete
  5. Memang sedap sangatlah takoyaki banjir (peniaga tak kedekut letak). Memang sekali hadap je. Kenyang juga makan takoyaki ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Seronok membeli selalu kalau jenis tak kedekut bahan ni

      Delete
  6. Pernah termakan takoyaki, suka flakes tu, cair dalam mulut, untung dapat yang meriah, barulah takoyaki sebenar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. Ini barulah takoyaki. Meriah dengan segala yang patut ada

      Delete
  7. nampak sedap. btol kak fizah, takoyaki ni klau mkn 12 biji pon bleh habis sorg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. sedap dia sampai termakan banyak sekali. Hihi

      Delete
  8. Tiap kali makan takoyaki di tempat yang berbeza, rasanya tetap tak sama. Agaknya ikut selera kita juga. Akhirnya kembali semula ke takoyaki di LD. Sedap sampai menjilat lidi hihiiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kedai pasti berbeza rasanya. Kena beli tempat yang menepati selera kita. Hihi menjilat lidi.terhibur membaca

      Delete
  9. Akak kurang sikit makanan ni tp anak2 memang peberet depa la makanan jepun,korea tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi makanan generasi sekarang kak. Dulu macam susah nak dapat. Sekarang mana mana boleh dapat

      Delete
  10. Dulu selalu juga cuit takoyaki ni kalau anak-anak beli..Lately ni macam tak minat dah..Tekak dah berumur🤭

    ReplyDelete
  11. Walaupun dekat kawasan saya ni ramai yang jual takoyaki, tapi saya belum pernah merasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kurang gemar makanan luar kot. Tu yang rasa tak teringin nak cuba. Takpa, faham faham

      Delete
  12. Yayy geng juga suka takoyaki tapi nak makan selalu memang tak la.... amboi panjang ya nama geng kita ni hahaha

    Saya paling suka bila isi sotong. sotong sebenar!isi tak kedekut Allah sedapnya.. melimpah sosnya yang pelbagai tu. lepastu bonito yang banyak ishh sedapnya.

    esok kena p cari lah niii. kak fiza racunn hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjang nau nama geng tu. Memang takleh makan selalu. Mahal satu hal jugak. Hahaha meracun makanan sedap takpe kan. Hihi

      Delete
  13. Tako-tako-takoyaki, haittt!!! makan pepanas sedap, Khaida selalu ajak kita beli takoyaki, kita kureng sket takoyaki di sini, sebab sosnya terlalu melimpah benar. kadang request kurangkan sos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan pepanas tu sedap. Ohh lain pulak jenis suka tak banyak sos

      Delete
  14. Nampak sedap
    Taapi wak benda2 pelik macam ni tak pernah makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Citarasa generasi sekarang wak. Tapi kuih muih kita tetap lagi sedap gitu

      Delete
  15. Favorite! Tapi saya kalau beli selalu mintak tak nak bahagian atas tu, bonito flakes kot nama dia hehehe. Suka beli campur campur, sekali hadap je makan, memang habis terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lahh tak suma ke? Sedap tu. kena hulur sini kalau tak suka. Campur campur sedap boleh rasa macam macam isi. Betul, sekali hadap je habis

      Delete
  16. lamanya tak makan takoyaki. favourite gak ni. haha, teringat makan di Osaka, agak lama bersoal jawab dengan penjual sebab stail orang Jepun masak suka guna 'wine' dan cuka beras.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syoknya dapat rasa yang original tapi tulah kena tanya dulu kan. Kat sana tu kena cari yang halal dan tanya bahan masakannya juga

      Delete
  17. 12 biji isi padat mmg berbaloi fiza..sini pn ade cuma dsbbkan dia campur xdpt la shida mkn..xtahu nnt mana ayam mana seafood..huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbaloi sangat Shida. Kena request yang mana boleh makan je shida

      Delete
  18. Huyoooo. nampak pun dah sedappp woooo!
    Saya pun sukanyang jenis gini...kalau kat mall, salunya x byk gini rencahnhya.. tapi muroh sikit la gituuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat mall biasa ala kadar je dia buat. Asal boleh. Tapi ada juga kat mall yang jual rencah banyak. Tengok pembuatnya juga

      Delete
  19. suka perasaan bila dia cair di mulut yummss

    ReplyDelete
  20. sukaaaa jugakkkk... tp so far x jumpa yg betul2 puas hati. ada tu dah ok tp sos pulak spoil. kdg sos ok takoyaki pulak rs mcm kosong je

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada je yang spoil kan. Kalau ada jumpa yang menepati selera mesti tak cari lain dah

      Delete
  21. sakannya topping sos atas dia tu, ni mkn mmg puas hati!

    ReplyDelete
  22. takoyaki yang saya jumpa penuh dengan tepung. isi dia secebis 1 - 2 je. sobs sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penuh dengan tepung tu paling tak best. Kadang sayur pun kedekut kan. Ish ish

      Delete
  23. Saya sangat sukakan takoyaki. Lagi lagi kalau takoyaki dia rangup perghhh memang syook makan hahehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luaran rangup tu sedap jugak. Rasa garing sikit. Pastu makan panas panas. Terpaling sedap dah tu

      Delete
  24. saya makan takoyaki bisa habis sendirian saja, kak Fiza. Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tak boleh share ni. Kena beli 2 bekas macam tu 😆

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال