Header Ads

Sambal Tumis Ikan Bilis Belimbing Buluh Campur Tomato Cherry

Cuti makan ayam. Masak menu berasaskan bahan bahan asas je. Cili api, bawang merah dan ikan bilis. Paling penting belimbing buluh. Saja tambahkan tomato cherry sebab tengah ada stok. 

Kali ni buat sambal tumis ikan bilis belimbing buluh. Buat lebih sikit dari biasa. Nak buat stok untuk simpan. kadang kadang ada harinya malas masak, ada harinya tak ada selera. Panaskan je sambal, goreng telur dan masak nasi. Senang cerita.

Sambal Tumis Ikan Bilis Belimbing Buluh Campur Tomato Cherry

baca juga : resipi sambal tumis ikan bilis belimbing buluh

Nak tahan lama kena masak lama sikit. Kene rajin mengacau sambal supaya tak hangus. Minyak bertakung maksudnya ditumis secukupnya sampai terbit minyak. Saya gunakan minyak lebih sikit untuk bahan bahan lebih garing dan minyak tu boleh buatkan sambal lebih tahan lama kalau disimpan.

Begitulah cara masak sambal yang sedap, kan? Ada rasa garing tu yang sedap. Tapi jangan diceduk minyak tu bila nak makan. Ambil sambal je. Untuk simpan, bolehlah sekali kan minyak dan sambal. 

Resipi sambal tumis belimbing buluh campur tomato cherry

Bahan bahan:
Segenggam Cili api
3 Bawang besar (2 biji kisar, 1 biji hiris)
Segenggam Ikan bilis
5 biji Belimbing buluh
tomato cherry
1/2 sudu kecil garam
1-2 sudu gula perang atau gula pasir
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:
  1. Kisar cili api, 2 biji bawang besar dan ikan bilis.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bawang potong terlebih dahulu. Dah naik bau, layu sikit baru masukkan bahan kisar. Kacau rata dan biarkan sampai garing. Sesekali kacau untuk sambal hangus.
  3. Bila dah hampir masak garing tu masukkan garam, gula, belimbing buluh dan juga tomato cherry. Kacau rata dan biarkan masak seketika. Agak agak kering sangat boleh tambah air sikit, kacau lagi dan biarkan kering sikit.

Angkat dan siap untuk dihidangkan. Untuk simpan, biarkan sejuk dulu dan baru masukkan dalam bekas.


Tengok sambal ikan bilis ni terus terkenangkan ubi kayu rebus. Ubi kayu dah beli, belum merebus lagi. 

Selamat berhujung minggu semua orang. 


46 comments:

  1. ni nama sambal derhaka, derhaka diet hahaha! yer la , makn nasi boleh bertambah ni kalau makan dengan sambal macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah..derhaka diet tu dah pasti. Syukur saya masak nasi cukup cukup. elakkan bertambah nasi :)

      Delete
  2. Boleh try buat sambal camni. biasa belimbing bubuh dalam lemak cili.api atau tumis sardin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kak. Belimbing buluh letak dalam masak lemak cili api atau tumis sardin memang sedap.

      Delete
  3. Sedapnya. Masam,masin dan pedas.
    Lagipun senang hendak buat. Cuma kena pandai tumis cili.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal macam ni memang sedap. Bahan asas dan kena betul betul tumis garing dan masak lama sikit baru tahan lama macam tu :)

      Delete
  4. ni kalau ada nasi panas kt tepi..kompom mnambah nasi fiza hii sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu dah confirm² Kak. Hihi Mujur masak nasi cukup cukup :)

      Delete
  5. Sedapnya Fizah. Kecur pulak! Ada nasi putih, ada telur mata atau ikan goreng pun dah cukup ni tambah sambal tumis ikan bilis belimbing buluh campur tomato ceri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telur mata tu wajib ada. Ada ikan goreng lagilah sedap makan dengan sambal tumis ikan bilis ni.

      Delete
  6. sambal begini agak renyah nak masak, tapi kalau dah siap memang sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, proses dia ambil masa. Tapi sedap tu inshaAllah.

      Delete
  7. sedapnya, rasanya ada stok belimbing buluh dalam peti, dibiar lama2 nanti rosak pulak, belimbing buluh tu kena potong ke masuk je seketul-ketul tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun guna stok belimbing frozen je ni. Stok lama ambil dari kampung simpan dalam peti ais sejuk beku tu tahan lama. Belimbing boleh letak seketul atau belah dua. Terpulang.

      Delete
    2. Orite, esok nk buat, xtaw nk mkn ape dah. Nk sumting yg simple jer dan tak berdiri lma2 di dapur..

      Delete
    3. Simple simple sedap. Tapi sambal ni kena masak lama sikit CikTimm baru sedap.

      Delete
  8. Kecur liur...
    Saya suka lauk macam ni...lauk ni saja pun dah cukup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Lauk simple ni memang menyelerakan makan dengan nasi panas²

      Delete
  9. Sedapnya... Belimbing buluh area naniey ni xde orang jual. Susah betul.. Kalau dapat belimbing buluh nak buat gulai masam. Lama dah x makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun guna stok frozen ambil kat kampung. Mujur boleh tahan lama simpan dalam peti ais sejuk beku. Buat gulai asam pun sedap.

      Delete
  10. Akaaaaak, saya save lah resep niih ^o^ . Jadi pengeeen bikin sambel ikan bilis juga. Walopun agak beda ikan bilis di sini, tapi semoga kalo mengikuti resepnya taste bisa sama laah :D.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa boleh saja. selamat mencuba dan semoga menjadi sedap hasilnya nanti. Ikan bilis disana seperti apa ya?

      Delete
  11. Jiran hujung rumah akak ni kan..pokok belimbing buluh dia rajin berbuah...tapi dia x amik pun...rasa nak pi mintak je tapi segan..syg kan x de yang amik....nampak sedap sambal yang Fiza buat ni...akak x pernah buat lagi style macam ni...bleh la cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..kena ada keberanian nak mintak tu. Boleh simpan dalam peti ais sejuk beku. Tahan lama kak. Boleh cuba buat sambal macam ni pulak. Selamat mencuba :)

      Delete
  12. aduh, rindu nya nak makan belimbing buluh!
    kat ofis ada tau, fiza. tapi aida takut nak gi amik.
    sebab ia kat belakang bangunan asrama, nun jauh kat belakang.
    seram!!! :) ha ha ha ha ha...

    buat gini, maunya bertambah nasi. goreng ikan 2-3 ekor.
    nasi panas2. makan plak depan tv ha ha ha ha... syok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan kak. Kang ada cerita lain pulak. ye, sedap masak sambal macam ni. Ada ikan goreng lagilah sedap makan. Syok!

      Delete
  13. eh lupa nak inform, pokok belimbing buluh aida depan rumah, da besar.
    tapi lom berbuah hu hu hu...
    ptg nanti nak buh baja, fiza. 2-3 minggu sekali baja.
    nanti byk berbuah, nak announce jiran2 boleh ambil sekadarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya ada tanam pokok belimbing buluh. Senang lah nanti dah berbuah boleh ambil dan kongsi dengan jiran jiran. Semoga berhasil tanaman akak. letak baja tu lagilah galak nanti dia membesar dan berbuah.

      Delete
  14. mknn yg ada belimbing buluh ni, yg x sedap pn boleh jd sedap. x kira laa apa masakannya... untung kite yg tekak melayu dpt rs mknn mcm ni kn?����

    p/s nk sikitttt����

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Anies. Untuk mereka yang suka belimbing buluh tu memang sedaplah cerita dia.

      Delete
  15. wah mesti sedap nih, kak.. tampaknya bisa satu periuk nasi habis makan dengan sambal ini.. hmm sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Naia. Hihi.. Sambal sedap harus bertambah nasi ya. Sampai satu periuk tu boleh habis :)

      Delete
    2. tambah tempe atau tahu goreng, kak, lagi nikmat. hehehe

      Delete
  16. Tak pernah makan lagi kalau ada belimbing ni, tapi nampak sedapppp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambal macam ni memang sedap Atiqah. belimbing tu kalau suka boleh makan juga.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.