Filem Wangi

Wangi, sebuah filem seram lakonan Erra Fazira, Nabila Huda, Sharnaaz Ahmad, Mia Nasir, Syazwan Zulkifli dan ramai lagi. Filem wangi 2019 ulang tayang di Astro Citra Sabtu ini 21 Ogos 2021, jam 11:00 malam.

Filem Wangi Astro


Filem: Wangi
Waktu Tayangan: 21 Ogos 2021, jam 11:00 malam
Siaran TV : Astro Citra
Cerita Asal : Shuhada Mohd
Pengarah : Yeop Hitler (Mohd Latiff Zami)
Produksi: Resilience Studio
Genre : Seram

PELAKON FILEM WANGI

Sharnaaz Ahmad sebagai Khuzairi
Nabila Huda sebagai Bella
Erra Fazira sebagai Nor
Syazwan Zulkifly sebagai Azlan
Nik Muhammad Adam Mikael sebagai Khiri
Mia Nasir sebagai Mia
Ruminah Sidek

SINOPSIS WANGI

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nor (Erra Fazira) yang baru pulang ke rumahnya selepas melahirkan cahaya mata kedua. Nor dan suaminya, Khuzairi (Sharnaaz Ahmad) memiliki seorang anak lelaki istimewa berusia tujuh tahun. 

Sepanjang dalam tempoh berpantang, Nor dijaga oleh ibunya. Dalam tempoh tersebut, Nor juga menyedari ketiadaan pembantu rumah dan merangkap adik angkatnya, Bella (Nabila Huda). 

Khuzairi memberitahu Nor bahawa Bella telah berhenti dan pulang ke Amsterdam dengan alasan berkahwin dengan kekasihnya Azlan (Syazwan Zulkifli).

Nor berasa pelik kerana Bella tidak pernah lansung bercerita tentang perkahwinannya. Dari situ bermulalah misteri tentang kehilangan Bella dan berlaku kejadian-kejadian yang pelik pada Nor dan keluarganya.

23 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Astro Citra banyak best2 filem tapi tak de Astro nak tengok. Mesti best filem ni sebab ada Nabila Huda..

    ReplyDelete
  2. tajuk dia best tapi tengok poster macam scary

    ReplyDelete
  3. Wajib tengok ni cerita2 genre serama . Agak-agak apa yang berlaku pada bella

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita seram best tengok. tapi kalau tak faham jalan cerita jadi menyesal pulak tengok kan. Kena tengok nanti kalau belum tengok :)

      Delete
  4. kalo filem seram ni sy xberani sgt nk tgk..
    komedi seram pon tutup mata jgk tgk.. haha

    ReplyDelete
  5. Bestnya senarai pelakon dia. Semua saya minat

    ReplyDelete
  6. Entah-entah Bella dibunuh oleh suami Nor.

    ReplyDelete
  7. Dah tengokkk, kat Youtube pun ado~
    Sedihh jugak dicampur dengan seram gitu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh Nona dah tengok rupanya ye. Sedih part kene bunuh tu kan..Seram bila hantu menjelma

      Delete
  8. Macam pernah tontonlah filem ini, tapi tak ingat bila.

    ReplyDelete
  9. mcm best pulak.. x pernah pulak tgk trailer ceta ni

    ReplyDelete
  10. Macam besttt, tapi takde astro >.<
    Pelakon pun hebat hebat belakeeee, mesti bella tu datang ganggu nor nanti hahaha.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال