Chocolate Cadbury Dairy Milk Chipsmore

Sambung cerita tentang coklat lagi. Janji ini last selagi tak ada coklat keluaran baru. Ataupun terpengaruh dengan mana mana rakan blogger. Jangan marah aaaa.

Coklat ni bukanlah baru beli tapi beli sekali dengan dairy milk cadbury chocolate pandan coconut dan dairy milk chocolate cadbury french vanilla.

Sekali 3 coklat bar encik suami beli haritu. Rezeki saya. Cepat cepat saya ambil gambar sebelum selamat dihabiskan. 

Ada yang dah cuba cadbury dairy milk chipsmore ni ke? Macam macam jenis keluaran chocolate cadbury dairy milk Malaysia sekarang ni. Sampai terpanggil panggil rasa nak mencubanya. 

Chocolate Cadbury Dairy Milk Chipsmore

Biskut chipsmore tu, pada saya rasa dia dah cukup manis dah. Kadang rasa tak boleh nak makan banyak sebab rasa manis tu terlampau.  Bila digabungkan dengan coklat cadbury ni, Agak agak kemanisan dia di tahap berapa?

Kena tanya lidah sendiri lah. Rasa dia taklah semanis yang saya bayangkan. Manis manis coklat yang boleh ditelan. Makan pun tak boring sebab ada rasa cebisan biskut chipsmore tu.

Chocolate Cadbury Dairy Milk Chipsmore

Cadbury dairy milk chipsmore ni sedap. Cuma nak makan selalu tu taklah. Kena berpada pada juga makan benda manis ni. Kalau teringin makan coklat tu, boleh lah membeli. 

Mungkin selang beberapa bulan lagi baru makan coklat bar. Rasanya coklat bar ni dah bertahun tak makan. Baru ni lah makan 3 jenis. Itupun selang seli makan. Jenis boleh makan sekali habis tu memang tahan manis betul ye.

40 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Ada ya yang letak chipsmore, first time tahu ni, chocolate bole menenangkan kan, kalau manis sangat, tak bole telan pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kak. Itulah, kalau terlalu manis tak boleh nak pergi jauh makan lagi dan lagi. Betul tu, satu kebahagiaan juga dapat makan coklat.

      Delete
  2. Tengok packaging dia pun tahu manis dia macam mana hahaha, sebab biskut chipsmore tu kalau makan biskut je pun dah manisss. Macam kak fiza cakap, makan sekali sekala boleh lah, hari hari makan memang penyakit kirim salam >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..don't judge a book by it's cover. Tak manis sangat kot. Boleh telan lagi. Pasni kena stop dulu bermanis manisan coklat. Hihi

      Delete
    2. Alamakkk ter judge pulak sebab tengok packaging dia la, terasa kemanisan tuuu hahaha. Kannn, makan manis puas puas then rest beberapa bulan daripada makan makanan manis hehehe.

      Delete
    3. Hehe..boleh cuba rasa nak tahu tahap manis dia. Pasni lambat lagi nak cuba coklat baru.

      Delete
  3. sy baru beli coklat pandan coconut td.. xtry lg.. ni pon terpengaruh ngn fiza la.. haha

    yg chipsmore ni pernah rs.. mmg sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..terkena racun eh. Selalu dia yang racun shopee..Hihi.
      Kann..sedap kan yang ni.

      Delete
  4. Adoiiii ni yg x leh tahan ni...
    ada esok gi mencari ni kang hahha

    ReplyDelete
  5. Ada nampk tp tak grab. Hehe. Nanti nk beli la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tak teringin lagi masa tu. Pasni terpengaruh pasti akan beli. hihi

      Delete
  6. Gandingan dengan chipsmore pulak . Banyak betul keluaran cadbury ni ya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa. Mungkin dah lama juga ni kot. Kita je yang baru tahu. Jarang dah makan coklat bar ni sebenarnya.

      Delete
  7. Replies
    1. Haa..kena beli tu. Cepat cepat beli sebelum kehabisan.

      Delete
  8. Replies
    1. saya pun lama tak makan coklat bar ni. Terjebak dengan review blogger cerita dia. Hihi

      Delete
  9. terasa sakit gigi haha.. mmg sedap tapi kalau manis sgt agak kureng nak makan byk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..kalau gigi sensitif memang tak boleh masuk mulut makanan manis bergula. Dia punya ngilu tu tak tahan.

      Delete
  10. Kalau saya makan ni memang gula naik,jerawat pun sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah pulak jerawat pun sama naik taknak kalah dengan kemanisan gula. Kalau camtu kena suruh adik beli jugak ni Sal. Boleh pau sikit merasa :p

      Delete
  11. Haah beli sesekali tapi beli banyak sekali.
    Ada masuk chipsmore dalam coklat. Itulah bayang manis sangat sebab biskut itu memang manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli sekali terus senang. Chipsmore memang manis tapi dah campur macam okay je tak over manis.

      Delete
  12. lama xmakan cadbury ni..masih ada flavor baru ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita Shida. Baru ni je cuba beli sebab nak rasa. Terpengaruh lalu terbeli jugak.

      Delete
  13. Peenah rasa sekali...saja nak tengok sedap mcmne...... memang maniass gilaaa lerrr uiiu... Syerammm

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh manis sangat eh nona. Saya pulak rasa macam okay je manis dia. Makan sikit sikit je lah tapi.

      Delete
  14. Lama tak beli coklat. Kalau beli pun yang kit kat saja. Itu pun sebab Firdaus minta belikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham kak Amie. Saya pun terjebak nak rasa je ni. Dah lama betul tak membeli coklat.

      Delete
  15. cadbury ni perisa apa pun sedap, dah lama juga tak makan coklat. dah lama juga tak pergi langkawi borong coklat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Dairy milk chocolate yang sedap. Kalau pergi Langkawi memang borong habis. macam macam jenis beli buat stock

      Delete
  16. Pernah makan yang ini. Tapi...... saya rasa saya tak berkenan sangat yang ini. Tetap suka blackforest je jugak ahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama betul tak makan yang blackforest tu. Sedap gak yang tu. Ada cebisan buah dan jelly.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال