Telefilem Panjak 7

Panjak 7, telefilem cerekarama TV3 2020 yang akan diulang tayang pada hari Sabtu ini  21 Ogos 2021 jam 10:00 di slot cerekarama TV3.

Telefilem Panjak 7 menampilkan berisan pelakon Sabri Yunus, Izzue Islam, Saidi Sabri, Adrea Abdullah, Asrul Faizal, Along Eyzendy, Zarina Zainoordin dan ramai lagi di bawah arahan Sabri Yunus sendiri.

Telefilem Panjak 7 Cerekarama TV3

TELEFILEM PANJAK 7

Waktu siaran : 21 Ogos 2021 (Sabtu), jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Pengarah : Sabri Yunus
Produksi : Noah Arjuna Sdn Bhd

SINOPSIS PANJAK 7

Mengisahkan tentang kehidupan Tok Dalang Wayang Kulit yang bernama Pak Ngah Agel. Pak Ngah Agel terkenal sangat terkenal di Kelantan. Kehidupan Pak Agel mula diuji dan bermasalah bila panjak-panjak (pemuzik) wayangnya seorang demi sorang membuat onar. 

Bermacam macam karenah panjak yang terpaksa Pak Agel hadap. Hanya Pok Jak (pemain serunai) satu-satunya yang memahami Pak Agel.

PELAKON PANJAK 7

  • Sabri Yunus
  • Izzue Islam
  • Saidi Sabri
  • Adrea Abdullah
  • Asrul Faizal
  • Along Eyzendy
  • Zarina Zainoordin

24 comments:

  1. Replies
    1. Kisah masyarakat yang boleh dijadikan pengajaran. Sambil tu boleh tahu seni wayang kulit.

      Delete
  2. Pertama kali dengar perkataan ‘panjak’ ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab kita kurang terdedah dengan seni wayang kulit tak macam disana.

      Delete
  3. Tak pernah tengok depan mata wayang kulit ni. Teringin sangat nak tengok depan mata.
    Nak tengok telefilem ni nanti. Tak pernah tengok lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Teringin jugak nak tengok in real. Selamat menonton :)

      Delete
  4. Baru tahu makna panjak.
    Seronok ini tahu kupasan cerita sebalik tabir sayang kulit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. isu yang jarang diketengahkan. Tahu jugak sikit sikit.

      Delete
  5. alaa knape esokkkkk.... esok ada cite best jugakk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..esoklah cerekaramanya Anies uiii..Ada cerita apa best esok?

      Delete
    2. Anies nak tengok game Man City ke tu? Hihi

      Delete
    3. Hahaha..tu yang dia kata ada cite best tu ek

      Delete
  6. tak pernah dngar lagi cerita ni..

    akak! jom exchange link blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esok boleh tengok Busyra. Jom! Dah letak dalam bloglist dah

      Delete
  7. Wahh macam best je nih!tak pernah tengok lagi..

    ReplyDelete
  8. Wayang kulit sekarang dah tak berapa popular kan macam dulu dulu, bagus jugak ada telefilem macam ni. Saya teringin nak tengok orang main wayang kulit live tapi tak ada kesempatan lagi hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Atiqah. Sayang kalau tak diwarisi. Saya pun teringin tengok live. Nak ke pantai timur jauh pulak. huhu

      Delete
  9. Janji ada subtitle.. kekadang tak paham loghat tu...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.