Ayam Goreng Berlada Cili Api Tumis Serai Sedap

Dengar dengar hotel di Port Dickson fully booked. Entah ye entah tidak. Laju eh masing masing buat kerja bercuti dengan kadar segera. Lepas umumkan fasa II berdesup semua orang book hotel agaknya. 

Hidup kembali Port Dickson dengan ramai orang. Faham, masing masing tak sabar nak bercuti dan harap jaga SOP sama.

Saya? Sabar dulu. Dah boleh agak weekend ni mesti ramai orang punya. Tunggu lah next next week bila encik suami cuti. Kalau ada rezeki, adalah. Risau kes naik semula je. Agak agak kes naik, kita auto cancel pergi sana. Duduk rumah je. 

Nak book hotel tepi pantai sebab nak stay hotel je. Tak jalan kemana melainkan lepak tepi pantai dan beli makanan tapaukan je. Itu pun dah cukup dah. Stay kat Bayfront Hotel PD pun best jugak. Betul betul seaview yang best. 

Ni nak cerita cuti ke pasal makanan ni? Jauh membebel sampai bercuti. Semalam saya masak ayam goreng berlada serai atau disebut ayam tumis serai. Masakan lauk kampung yang ringkas tapi menyelerakan.

Ayam Goreng Berlada Serai

Sejenis saya kalau masak ayam kena goreng dulu baru Sedap. Gaulkan garam dan serbuk kunyit baru goreng. Lepas ayam dah masak, angkat dan ketepikan.

Tumis bawang merah, bawang putih, cili api dan kunyit hidup yang telah ditumbuk bersama serai yang diketuk. Tumislah sampai garing sikit. Aroma bawang dan serai tu terus buat rasa lapar tak sabar nak makan.

Masukkan garam sikit, air sikit dan masukkan ayam. Gaul rata dan tunggu kuah kering sikit. Dah siap! Bila bahan bahan ditumbuk ni lagi sedap cerita dia. Kan? Sedap makan ayam masak pedas kering style macam ni. Dia tak kering sangat dan tak berkuah sangat macam tu.

baca juga : resipi penuh ayam goreng berlada tumis serai


42 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Betul tu Fizah. Aroma bawang dan serai memang timbulkan aroma yang padu ketika ditumis.
    Kak Amie kalau tuimis bawang merah bawang putih pun, anak-anak cepat jew menerpa ke dapur. Tanya Mommy masak apa tu? Sedapnya. Padahal baru tumis bawa saja pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aroma serai tu buat lagi sedap dan bawang ditumbuk bertambah sedap. Tumis je pun dah buat orang lain selera nak makan. hihi

      Delete
  2. Hehe orang ramai takut nanti tiada kesempatan untuk pergi bercuti, itu terus ambil peluang. Kalau akak pun kalau kerajaan kata boleh rentas negeri, zas terus pergi.
    Kuat aroma serai memanggil untuk makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga macam tu kak. Ada peluang terus berdesup. Saya hold dulu, risau ramai ramai ni.
      Betul, aroma serai tu tak boleh tahan..tak sabar nak makan.

      Delete
  3. Suka bau tumis serai. Membuka selera...

    Naniey memang tak boleh ke mana mana lagi sebab belum vaksin lagi ni. Kalau dpt vaksin pun kena hold dulu sebab kes masih tinggi.. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah, saya pun suka bau tumis yang dicampur serai.
      Walaupun saya dah lengkap 2 dos vaksin but hold dululah.

      Delete
  4. sy pon nt kalo blh nk bercuti kat hotel je.. xnk g mane2.. haha..
    pnyala nk tukar angin... duk hotel je pon snggup..

    sedap la ayam masak gni jer..
    mkn ngn nasi panas2.. fuhh nikmat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe Ezy, nak ambil angin tempat lain pulak kan. Duduk hotel pun okay dah.

      Memang sedap masak ayam gini. Tu yang berselera makan kalau nasi panas panas dan lauk fresh from kuali.

      Delete
  5. owh..saya suka lauk macam ni...

    Owh,patut la iklan Port Dickson dok lalu lalang kat wall...Rupanya dah boleh bercuti ek..Ketinggalan saya..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang dan sedap masak lauk macam ni.

      Haa itulah, dok lalu lalang pulak kan dia. Hihi..

      Delete
  6. Tu laaaa KL ni belum dapat lagi tido hotel..
    Memang klu bole tido otel, nak stay juga kan..
    Saja ubah selera sket heheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah tu. Dapat tidur hotel pun okay dah. Tukar mood dah jemu dok rumah ni.

      Delete
  7. Nampak sedap kejadiannya.
    Hotel dah lama kosong, takut dah ada makhluk lain menghuninya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..sedap wak.
      Alamak, seram pulak wak cakap gitu. Betul gak tu kan.

      Delete
  8. saya pon sama kak, sabar2 dulu lah nak berjalan2 ni, tunggu keadaan benar2 reda dulu, baru bole pikir nak pi bercuti ke ape. alang2 bercuti tu nanti pi oversea terus, baru best.. hahaha.

    resepi ayam tumis serai ni nanti boleh lah saya cube, nampak senang dan sedap. tapi kalau saya masak macam ni mesti cilinya jadi tak cantik, hangus pon selalu... hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Hold dulu. Oversea rasa macam lambat lagi tu. Kena menabung banyak lagi tu. Kita jalan jalan Malaysia dulu tak habis explore. Hihi

      Ye, masakan senang je ni. Hahaha. Hangus sikit sikit pun sedap jugak.

      Delete
  9. wah sedap juga resepi ni. boleh cuba juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya sedaplah. Ikut selera masing masing. Silakan cuba dan rasa sedap ke tidak :)

      Delete
  10. Nampak sedap . Terliur terus . Memandangkan esok offday ccl nak cuba resepi ni. Dah lama tak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap Lyana. Silakan mencuba. Kalau menjadi dan sedap Alhamdulillah

      Delete
  11. jangan nanti semua pakat bercuti dan. tambah ramai kena covid sudah huhuu
    sedapppnya.menu fiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau jugak tu. Buat masa ni duduk rumah dululah nampaknya.
      Alhamdulillah sedap ikut selera saya dan suami.

      Delete
  12. sedap nih... tapi kat rumah akak kene berkuah lebih sebab Aiyan dan papa nya suka ada kuah kalau makan nasi, kadang kalau masak lemak cili api atau kari, kalau kuah tak banyak tak layan katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh jenis suka berkuah memang kena ada kuah extra gitu.

      Delete
  13. jenis kering macam ni makan dengan nasi panas aje dah cukup kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mamapp. Nikmat makan lauk dan nasi panas panas.

      Delete
  14. Memang rindu nak bercuti, tidur hotel. Akak rasa akak pun akan ambil approach macam Fiza. Tunggu dulu... biar keadaan betul2 okey dan stabil barulah tenang hati ni nak ke mana-mana. Kalau kejap naik kejap turun memang duduk rumah jelah jawabnya.

    Oh, ayam goreng berlada tu macam tengah panggil akak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah tu. Duduk rumah je lah dulu buat masa ni.
      Hehe..meh lah menjamu..tapi ni lauk beberapa hari lopeh. Habis dah. Kena masak baru kak. Cer akak cuba pulak masak :p

      Delete
  15. haihhh x boleh la masakan brasaskan serai ni! sbb confirm sedap…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...Serai tu menyedapkan lagi rasa masakan tu. Bau pun sedap

      Delete
  16. Kalau time dinner bila lauk lunch habis mesti masak mcm ni haha sennag dan sedp. makan panas2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan panas panas tu nikmat betul kan. Lauk simple dan sedap ni jadi fav :)

      Delete
  17. Orang ramai dah bosan dah terperap dalam rumah, tu bila dapat kelonggaran terus tempah hotel. Harap harap takde peningkatan kes lah ya. Risau jugak kan kak fiza. Sama dengan saya, kalau masak lauk berunsurkan ayam, memang goreng dulu ayam tuu. Lagi sedap rasanya hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, masing masing dah bosan kan duduk rumah. harap tak ada peningkatan kes. N9 pun kejap naik kejap turun tengoknya.

      kann..goreng dulu baru sedap :)

      Delete
  18. sedapnya nampak, mesti pedas kan..

    tu la kak fizah, teringin nk staycation. dduk dlm hotel je tgk pantai. tp x berani sbb kes byk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap! Lauk favourite ni. Haruslah pedas baru tersedap.

      Tu lah tu, syoknya lah kalau dapat stay kat bilik seaview. Hilang stress terus laut.
      Tunggu reda dulu lah nampaknya kan.

      Delete
  19. Sodapnya ayam belado! Lama tak makan menu ni..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال