Header Ads

Pinggan Mangkuk Seramik Nordic

Pagi semalam dapat notification instagram. Dapat direct message dari blogger Syazni Rahim bagi tracking number. Selepas menutup perbualan terima kasih, saya pun track parcel. Parcel out for delivery. So get ready je lah menunggu.

Seperti biasa, J&T courier akan sampai lingkungan jam 1 petang ke atas. Mujur ada husband kat rumah. Bolehlah keluar ambil parcel. Terkejut tengok husband masuk dengan kotak besar. Apakah??? 

Excited nak tahu apa ada dalam kotak. Bukan 1 barang, bukan 2 barang, 3 barang ada dalam kotak tu. Semuanya berbungkus dengan bubble wrap yang super tebal. Usaha penjual yang boleh dipuji. Gigih balut sebaik mungkin untuk penerima terima barang dengan selamat.

Saya pulak super excited tengok lepas satu satu bungkusan dibuka. Semuanya pink! Terus berbunga bunga hati bak bunga sakura mengembang. Saya dapat pinggan mangkuk seramik nordic yang saya suka. Tambah lagi dapat warna yang saya suka.

baca juga : dekorasi scandinavian tema merah jambu

Bukan pinggan mangkuk kot, mungkin boleh guna pinggan mangkuk hidangan. Ke? Pinggan sekali dengan pemegang besar sekali tu sesuai untuk hidangan seekor ikan. Pinggan kedua, macam sesuai untuk hidangan mi, pasta atau lauk yang bersesuaian. 

Pinggan Mangkuk Seramik Nordic

Mangkuk pula sesuailah jenis lauk berkuah atau mi juga. Wahhh terus dah terbayangkan food plating. Semua yang berkonsep nordic style, scandinavian dan bohomeian memang saya suka. 

Pinggan Mangkuk Seramik Nordic

Sebelum ni saya pernah dapat hadiah ceramic bowl nordic style juga. Bertambah koleksi. Bukan itu saja, dapat juga jadi orang yang terawal membaca novel sulung penulisan beliau iaitu Terkaitnya kita dan novel kedua Life baggage. Dapat juga buku Sirah Nabi Muhammad.

Fuhhh banyak betul hadiah yang pernah saya dapat dari blogger Syazni Rahim bila dikumpulkan. Semuanya saya dapat sempena jadi top komentator dan yang terpilih menerima hadiah. Rasa segan tu sudah semestinya lah. Asyik terima je kan. Tak kan lah tak memberi.

Dengan tu saya memberi dengan cara menyumbangkan trafik selalu singgah dan komen. Dapat hadiah tu rezeki lah. Bukan komen semata mata untuk dapat habuannya. Itulah cara sumbangkan sesuatu untuk rakan blogger.

Siapa yang tak kenal dengan blogger Syazni Rahim, pemblog dan penulis buku yang hebat. Suka gaya penulisan beliau yang tak bosan dibaca. Seorang yang pemurah juga selalu berkongsi rezeki dengan pembaca dan rakan blogger.

Terima kasih sekali lagi berkongsi rezeki kirimkan hadiah untuk saya. Semoga dilimpahi rezeki yang berpanjangan dengan segala keberkatan. Semoga ayah beliau juga cepat sembuh dari pembedahan. Aaminn...

Semalam ayah saya warded, syukur harini dah discharge. Dah beberapa malam tak boleh tidur dan meracau. Kurang selera makan. Risau betul. 

Nak balik tak boleh. Dalam situasi sekarang ni risau pergi hospital tu tempat berisiko dijangkiti COVID. Ayah saya dah lah cancer fighter. Jadi, risau tu jadi terlebih lebih risau. Doakan ayah saya sihat dan kuat. Tak nak dia susah hati dan stress.

Esok saya dan husband akan cucuk vaksin second dose pulak. Berdebar pulak haihh. Semoga urusan esok dipermudahkan. Hari ni kes baharu 20, 596 terpaling tinggi. Pening terus. Harap cepatlah turun terus zero. 

55 comments:

  1. Laaa.. ada plak pinggan nordic eh.. nampak lah akak ni oldskul hahha..
    Semoga ayah Fiza cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  2. Tahniah..tahniah..murah rezeki sis...pink lg..my peberet kaler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih. my fav colour too kak :)

      Delete
  3. Alhamdulillah dah sampai, dan syukur fiza suka 😘😘

    Terima kasih atas doa buat abah saya juga 😊
    Moga sukses dos kedua esok ya!

    Semoga ayah fiza juga lekas sembuh sepenuhnya 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih. Suka teruk.

      Sama²..Terima kasih atas doanya.

      Aaminnn...

      Delete
  4. Alhamdulillah
    rezeki
    Mudah2an ayah Fiza cepat sembuhnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..rezeki.
      Aaaminnn...Terima kasih atas doanya wak.

      Delete
  5. Cantik lah pinggan mangkuk seramik ni. Teringin juga nak buat rumah gini. tapi rumah ni mak dah ada pinggan banyak kalau beli tak tahu nak letak mana dah. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, cantik nad. Boleh beli buat koleksi gitu. Ohh dah ada banyak. Pakai yang ada je lah. Pening juga mana nak letak nanti :)

      Delete
  6. Alhamdulillah, tahniah Fiza!
    Cantik serba pink semuanya :)
    Rezeki datang dlm pelbagai bentukkan.
    Moga Ayah Fiza kembali sihat, aamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih Kak.
      itulah serba pink semuanya. Ye, betul tu.
      Aaaminnn..terima kasih atas doanya kak.

      Delete
  7. Oh rupanya pinggan mangkuk seramik. Tahniah.
    Semoga ayah Fiza sembuh dan dapat kembali semula ke rumah dengan selamat. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, pinggan mangkuk seramik. Terima kasih :)
      Aaaminnn..terima kasih atas doanya kak.

      Delete
  8. Tahniah Fizah. Murah rezeki Fizah. Murah juga rezeki Syaz.
    Moga ayah Fizah baik-baik saja dan mudah-mudahan urusan suntikan dos 2 Fizah dan suami dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Aaaminnn..terima kasih atas doanya kak.

      Delete
  9. cantikk
    rabia dah guna hari ini
    masak cucur bwg
    comel pulak letak atas pinggan seramik tu

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah... semoga ukhwah yang terjalin berkekalan hendaknya.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. Cantik sangat pinggan mangkuk seramik tu.
    Alhamdulillah ayah dah discharge..
    Risau musim covid ni. Nak pergi hospital pun rasa tak selamat.. Kes hari pun tinggi. Tak nak fikir... Nanti stress sebab lama lagi ni nak kena kurung kat rumah ni jawabnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada rezeki dapat hadiah dan ayah pun dah discharge. Ye, risau kalau pergi tempat berisiko ni bila keadaan tak sihat.

      Delete
  12. Sukanya set mangkuk pink tu.. Alhamdulillah tahniah! Moga ayahanda cepat sembuh, dan dipermudahkan urusan sis dan suami inshaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih. Saya pun suka set mangkuk pink ni.
      Aaaminn...terima kasih atas doanya kak.

      Delete
  13. cantik! dah lma love2 pinggan tu dlm shopee, blum masuk cart je lgi, hehe, pasni boleh berfood photography guna prop baru ya..semoga ayah kak fiza cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..cantik sangat. Sama lah kita, ada juga add to cart. Dah selamat digunakan dalam entry latest.

      Aaaminn...terima kasih atas doanya.

      Delete
  14. Alhamdulillah . Cantik set pinggan ceramik tu kan . Boleh food flat lay dengan cantik lagi lepas ni .

    Ccl doakan semoga Ayah kak fiza kembali sihat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..memang cantik. saya jarang buat flatly photography. Tak pandai nak styling flatlay.

      Aaminn..terima kasih atas doanya Lyana.

      Delete
  15. cantik sgt...alhamdulillah rezeki kan
    moga ayah cepat sembuh yer...in sya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, cantik! Alhamdulillah.
      Aaaminn..terima kasih atas doanya kakyu :)

      Delete
  16. sweet kaler pink
    cantik
    semoga dipermudahkan ye vaksin Fiza hari ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, kaler pink yang menarik dan cantik.

      Alhamdulillah settle dah. Terima kasih atas doanya kak Nor.

      Delete
  17. cantiknyaaa! dah la warna pink 😍😍

    ReplyDelete
  18. Cantik kaler..

    Semoga dipermudahkan segala urusan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik.

      Aaminn... terima kasih atas doanya As :)

      Delete
  19. Wah, pink! Your favourite colour! Tahniah, Fiza! Cantik pinggan mangkuk seramik nordic ni kan... selalu lalu-lalang depan mata dalam app Lazada menggoda akak hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, my favourite colour. Alhamdulillah. Terima kasih Kak Farrah. Ye, seperti tajuknya. Hihi..itulah selalu juga lalu lalang dalam aps lazada dan shopee.

      Delete
  20. Comel je warna pink. Kalau kat rumah ai ni, memang buat hiasan je sebab sayang nak guna yang comel2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..warna pink semestinya cantik dan comel. Buat hiasan pun boleh :)

      Delete
  21. wah cantiknyaa. mcm nk kena pegi cari jgk ni. sesuai sgt utk kak fizah yg pndai ambil gmbr mknn dengan cntik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik Syu. Alhamdulillah ada kegunaan selain untuk letak makanan :)

      Delete
  22. Cantik! Pinkkkkk kalerrr! Tahniah ye..
    Moga sembuh ayah akak segera.. inshaAllah... Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik nona. Alhamdulillah..Terima kasih

      Aaminn..Terima kasih nona atas doanya.

      Delete
  23. Eh EH....cantiknya set nordic tu ha..memang sesuai ngan Fiza la sebab akak tau Fiza suka pink kan...murah rezeki Syazni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...dapat warna favourite. Memang cantik set nordic ni.
      Aaaminn...

      Delete
  24. Lawanyaaaaa. Saya bukan peminat pink tapi yang no cantik sangat nii. Cute!

    Semoga ayah akak cepat sembuh ya.

    Rindunya nak tengok kes 4 angka . bila la gamaknya haih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kisah warna apa, set macam ni memang lawa.
      Aaaminnn..terima kasih atas doanya Ain.

      Delete
  25. Cantiiik warna pink pastel nyaaa :D. Kalo ada warna hot red saya pasti akan beli hahaha.

    Akak, cepat sembuh ya utk ayahnya.. semoga lah bisa cepat pulih kembali dan dijauhkan dari wabah nih. Sayapun berdoa semua negara bisa lepas dr covid :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hot red lagilah menyerlah kan.

      Aamiin ya rabbal 'alamin. Terima kasih atas doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Semoga Covid segera berakhir.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.