Telefilem Atas Satu Janji

Atas Satu Janji, sebuah telefilem lakonan Amar Baharin, Risteena Munim, Sasqia Dahuri dan Putri Luvvna Wilma pernah ditayangkan pada 27 Julai 2019. Telefilem atas satu janji akan ditayang semula pada hari Sabtu 4 September 2021 jam 10:00 di Slot Cerekarama TV3.

Telefilem Atas Satu Janji Cerekarama TV3

TELEFILEM ATAS SATU JANJI

Waktu siaran : 4 September 2021 (Sabtu), jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Penulis skrip : Azlina Pa'wan
Pengarah : Feroz Kader
ProduksiI : Medyavizyon

SINOPSIS ATAS SATU JANJI

Selepas kematian Murni (Sasqia Dahuri), isteri Amar (Amar Baharin) dalam satu kemalangan jalan raya. Amar membesarkan anaknya Ara (Putri Luvvna Wilma) seorang diri. Oleh kerana dia terlalu mencintai arwah Murni. Dia tidak akan berkahwin baru.

Keluarga Amar mula memikirkan tentang Ara yang membesar tanpa ibu dan perlu mendapat kasih sayang seorang ibu. Mereka menyuruh Amar untuk berkahwin lagi. Demi kebaikan Ara, Amar terpaksa memungkiri janjinya dan berkahwin dengan Maria, gadis pilihan ibu bapanya.

Ara tidak bersetuju kerana tak nak berkongsi kasih dengan orang lain. Maria juga sedar yang Ara tidak menyukainya. Dia berusaha untuk memenangi hati Ara.

Selepas 4 bulan berkahwin, Amar pula meninggal dunia. Sekali lagi Ara berasa sangat sedih kehilangan ayah yang disayangi. Tinggallah Ara dengan ibu tirinya Maria. Ara mula menerima ibu tirinya akan tetapi atuk dan nenek Ara mahu menjaga Ara.

Maria bersetuju dan Ara berasa sangat terkilan kerana dia menyangkakan Maria membencinya. Disebalik keputusan itu, ada satu Rahsia yang Maria simpan demi kebaikan Ara.

PELAKON DAN WATAK

  • Amar Baharin sebagai Amar
  • Sasqia Dahuri sebagai Murni
  • Risteena Munim sebagai Maria
  • Putri Luvvna Wilma sebagai Ara

16 comments:

  1. Replies
    1. Konflik kekeluargaan dan kasih sayang. Ending agak sedih..eh terspoil pulak.

      Delete
  2. Tragik pula jadi yatim piatu dan ada emak tiri.

    ReplyDelete
  3. alamak citer sedih eh... insyallah klu igt nk gak tgk :)

    ReplyDelete
  4. Sedih, jatuh ditimpa tangga Nauzubillahiminzalik, rahsia tu terpaksa lah tonton ya :)

    PS: Sis pemenang komentator aug. Nanti bagi detail k. Tkasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kena tonton :)

      Alhamdulillah, terima kasih kak. Nanti saya bagi details ye.

      Delete
  5. Akak kalau Risteena ngan Amar Baharin ni berlakon x tau knp kurang minat...tp baca sinopsis citer ni macam best...boleh la rekod dulu nanti dan tengok

    ReplyDelete
  6. Bau bau cerita sedih je ni bila baca sinopsis. Tapi dalam ramai ramai pelakon tu, kenal amar bahrin sorang aje huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, sedih ceritanya. Siap siap ready tisu.
      Kena ada pelakon yang kenal baru best tengok, kan.

      Delete
  7. Saya masih ingat jalan cerita ini. Mungkin sbb saya peminat amar bahrin hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh peminat Amar Bahrain rupanya. Cerita ni best kan tapi itulah ending dia sedih pulak. huhu

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.