Pertama Kali Cuba Tendercrisp™ dan Chicken Grilled BURGER KING®

Tak ingat bila membeli burger king delivery by foodpanda ni. Rasanya minggu lepas sebelum balik kampung. Masa tu mood masih tak bekerjasama dengan baik. Nak makan bukan masakan sendiri. Sesekali cuba makanan baru.

Saya decide nak makan makanan Burger King lah. Tak pernah merasa lagi apa apa jenis Burger King menu. Tiba-tiba macam terpanggil pulak nak mencuba Burger King Malaysia. Saya order dua set

Set Tendercrisp™

Dalam set  Burger King tendercrisp ada french fries dan air. Set ni pilihan encik suami. Dia pilih air heaven and earth ice lemon tea set large tanpa perlu add on charge.

Tendercrisp™ BURGER KING®

Tendercrisp yang sedap. Rasa isi ayam yang rangup. Dari gambar pun nampak dah kerangupan dia kan. Lebih kurang Zinger burger KFC je. Saiz besar sikit kot. 

Set Grilled Chicken

Ini pilihan saya. Sama juga ada french fries dan air. Saya pilih Iced mocha dan add on charge. Pilih juga BBQ sauce, tambah RM1.

Chicken Grilled BURGER KING®

Grilled chicken dia tak berapa nak smokey. Macam tak di grilled sangat. Entah kenapa tak kena dengan rasa tekak. Saya expect smokey smokey gitu sebab grilled kan. Tapi tak! Habiskan lah jugak. 

Iced mocha tu sedap pekat. Saya suka! Ice lemon tea dah biasa minum. So tak ada komen untuk air ice lemon tea. 

Ice Lemon Tea Iced Mocha BURGER KING®

Burger King price ni boleh tahan juga mahal. Ini kali je lah kita cuba. Kurang sesuai dengan selera dan tak mesra bajet. Huhu...

37 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. burger king feberettt
    suka beef burger dia memang sedappp rasa daging lembutt yummmy
    tergodaaa pulak ni ni. fiza he hzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh..mesti dah cuba macam macam menu Burger King ni.

      Delete
  2. alahaiii. dapnyee.. tak tahan dh tngok ni. hehee

    ReplyDelete
  3. Lama juga tidak beli Burger King. Tengok Fiza punya grilled chicken nampak menggoda alahai sekali kata tiada rasa dipanggang macam ditipu pula.
    Kali terakhir beli yang set ada burger dengan sos cendawan. Sama tertarik gambar cantik nampak banyak cendawan. Hehe apabila makan cendawan tidak nampak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time makan. Mungkin orang dah biasa makan suka lah kot kak. Biasalah tu iklan kena nampak hebat..indah iklan dari yang sebenar.

      Delete
  4. Burger king mahal sebab dulu burgernya besar. Kalau dine in, air boleh refill. Sekarang burgernya dah saiz standard so jadi tak padan dengan harga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu tak pernah beli Sal. Tak tahu lah saiz dia besar mana. Rasa saiz macam sama je dengan burger standard. Cuma harganya terlebih. Memang tak padan.

      Delete
    2. Dulu saya suka beli, tapi tulah dulu rasa berbaloi sebab besar. Selalu share dengan kawan sebab tak terhabis.sekarang je saiz dah standard cam brand lain

      Delete
  5. Antara dua ni, saya rasa Set Tendercrisp itu yang nampak sangat sedap. Nak beli, mungkin minggu depan ka. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye. Tendercrisp tu better lah. Selamat membeli dan mencuba.

      Delete
  6. namanya dah crisp mesti sangat ranggup..fuhhh...trangkat makan dengan air berkarbonat..burrrppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye. ada je crips tapi tak rangup kalau lambat sangat sampai. hihi..

      Delete
  7. Saya jarang beli burger, tapi yang satu ni saya rasa sedap sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene dengan selera awak ye. Bagus bagus.

      Delete
    2. Minumannya itu oekat sekali kak. Jadi tergoda nak coba.

      Delete
    3. Memang kaw iced mocha ni. Silakan mencuba. Sedap!

      Delete
  8. nak rasa smokey try Whooper atau BBQ Beefacon...tapi inti daging lah...akak suka gilaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inti daging macam kurang sikit. Prefer ayam tapi tak banyak pilihan pulak. Tq suggest. kot teringin boleh cuba.

      Delete
  9. Belum pernah rasanya makan burger king.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru first time merasa Kak Amie. Sebab ada McD dan KFC, tu yang kurang teringin makan fast food lain agaknya.

      Delete
  10. menu2 kat Burger King bole tahan sedap jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menu lain saya tak pasti. Baru je cuba rasa menu Burger King ni.

      Delete
  11. Tak pernah cuba lagi fiza, kalau fiza kate sedap boleh la cuba lepas ni..kat aeon sini baru buka jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba yang tendercrips tu sedap Shida. Bolehlah cuba dah bukak tu

      Delete
  12. Alahai teringinnyaaa nak makannn BK, awat la sini takde BK >.<
    BK banyak promosi kalau tak silap saya, burger burger dia pun ramai cakap sedapp jugakk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok tu kalau banyak promo. Tapi itulah saya baru nak rasa BK. Itupun guna food delivery je. Kena beli direct sana baru ada promo kot kan.

      Delete
  13. Tak pernah cuba yang ayam ni. burger king laki yang suka beli. Naniey kalau burger prefer mexicana burger texas chicken. Kalau teringin makan burger memang akan cari mexicana burger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Texas Chicken pun saya tak pernah cuba lagi Naniey. Next time ada rezeki boleh cuba Texas Chicken pulak. tq recommend.

      Delete
  14. Akak kalau nak makan BK kena tunggu time pergi kerja nanti la sebab dekat ngan opis kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh dekat ngan office. Mesti dah biasa makan BK. Kalau kena dengan selera okaylah.

      Delete
  15. Saya suka jugak burher kt burgerking.. yang bbq tuh... Tapi jarsng jugak beli.. hoho

    ReplyDelete
  16. dah lama x mkn burger king.
    slalu dlu beli time ada promosi, bru rasa berbaloi sikit.
    tp tendercrisp & ice mocha tu nmpk sedap pula, mcm nk kena cuba ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh..sama macam Atiqah cakap. BK selalu buat promo. Nak makan BK kena tunggu promo baru berbaloi beli kan. Tendercrisp sedap. Iced mocha kaw sedap!

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال