Telefilem Santau Maut

Santau Maut, telefilem ulang siaran akan bersiaran pada hari Sabtu ini 28 Ogos 2021 jam 9:00 malam di Astro Citra dan Citra HD. Tayangan pertama pada 7 Mac 2020 lalu. Telefilem Santau Maut lakonan Syafie Naswip, Sharifah Aryana, Lydiawati, Nur Farisya dan ramai lagi.

Telefilem Santau Maut Astro Citra

Telefilem : Santau Maut
Waktu siaran : 28 Ogos 2020 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra & Citra HD
Penulis skrip : Ashik Afendey
Pengarah : Azmir Afandi
Produksi : MS Digital Studio Sdn Bhd

SINOPSIS SANTAU MAUT

Mengisahkan tentang tiga beradik, Tuah, Anggerik dan Dahlia yang dipanggil untuk menziarahi orang sakit yang tidak dikenali mereka di sebuah kampung. 

Kehadiran mereka bertiga ke rumah orang sakit tersebut membuka kisah gelap yang berlaku 15 tahun dahulu dimana ketika itu keluarga mereka menjalankan perniagaan makanan. Dalam tempoh tersebut, mereka telah mengalami pelbagai peristiwa aneh yang mengancam nyawa ibu mereka.

PELAKON SINOPSIS SANTAU MAUT

Syafie Naswip sebagai Tuah
Sharifah Aryana sebagai Anggerik
Nur Farisya Farid Iqmal sebagai Dahlia
Lydiawati sebagai Maznah

30 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Gandingan pelakon utama syafie naswip dengan sharifah aryana . Teringat pulak drama mohsin yg diorang lakonkan beberapa tahun lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas beberapa tahun lamanya. Kembali berlakon bersama :)

      Delete
  2. Replies
    1. yaaa..kalau remake Mukhsin pun best jugak cerita dia.

      Delete
  3. dah tengok cerita ni..
    tapi bila fiza up teringat pulak kes santau family yg heboh2 kat tiktok tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dengar jugak kes tu tapi tak mengikuti pulak ceritanya.

      Delete
    2. Ohhhh kes santau yang mak dia santaukan orang lain tapi berbalik kepada anak anak dia rasanya. Kalau kak fiza baca, seram gak ahh sebab main santau santau ni, last last kena dekat anak sendiri. Memang teruk jugak keadaan anak perempuan dia tuu.

      Delete
    3. Ada nampak gak orang share tapi tak terbaca kisahnya Atiqah. Kesian anaknya jadi mangsa pulak. Jadikan pengajaran kes macam ni kan.

      Delete
  4. Replies
    1. Esok boleh tengok kalau ada masa. Selamat menonton :)

      Delete
  5. Replies
    1. Hihi..dah besar jadi tukar nama melayu Anggerik pulak kan. Tetap bunga yang sama kaedahnya.

      Delete
  6. Biasa juga amalkan santau dalam musuh perniagaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa dengar kes macam tu kan. Tak faham kenapa nak dengki dengan orang lain kan.

      Delete
  7. tkot pulak nk tgk cite santau2 ni.. haha

    ReplyDelete
  8. Pernah tengok dah.. tapi lupa keseluruhan cite.. ni tengah tengok lagi sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh dah tengok jugak eh. Memang setia layan cerita seram nona ni :)

      Delete
  9. Selalu dengar cerita santau-menyantau dalam kalangan peniaga (kata oranglah), entah betul entah tidak. Mungkin ada betulnya sebab kisah dalam filem sebenarnya lakonan semula dari kisah sebenar dalam masyarakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu jugak mendengar cerita tu kak Amie. Dah macam makanan peniaga makanan pulak kan. Tak tahu lah kenapa masih ada manusia yang dengki. Boleh dijadikan pengajaran.

      Delete
  10. ada nampak cite ni kat astro tapi belum tengok lagi..heh

    ReplyDelete
  11. Belum tonton, tapi terus teringat kes santau sesama sahli keluarga yang kecoh baru2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ada juga ammi dan Atiqah share dalam komen kat atas tu. Saya tak mengikuti sangat kisah tu.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال