Buah Pulasan Dari Jiran

Azhafizah MN
By -
52
Musim durian dah berlalu. Balik Segamat haritu pun dah hujung hujung musim betul. Dapatlah merasa durian yang mak simpankan dalam bekas. Lepas tu dapatlah merasa sebiji durian fresh. Tak pasti durian apa. 

Mak beli dari orang kampung. Rezeki lah dapat merasa durian Segamat yang terkenal dengan kesedapannya. Itu cerita dulu lah. Sekarang ni mana mana durian terkenal dengan kesedapan masing-masing. Bermacam-macam jenis ado!

Sekarang tengah musim buah pulasan agaknya. Ke dah hujung hujung musim jugak? Akhirnya dapat juga merasa buah pulasan. Jiran sebelah sebelah rumah bagi. Banyak pulak tu dibaginya. Sebesen penuh. 

Rezeki kamilah dapat merasa buah pulasan dari jiran tanpa perlu beli. Dapat pulak tu fresh from pokok. Baru petik dari pokok katanya. Mula tu dia bagi anak buah kebetulan anak buah main basikal lalu depan rumah dia.

Lepas tu petang tu dia bagi lagi sebesen.  Alhamdulillah..  Seronok bukan main lagi dapat makan buah pulasan juga akhirnya. Selama ni dok telan air liur je nampak buah pulasan. Bukan senang nak cari buah pulasan ni. Buah rare yang susah ditemui. 

Harga buah pulasan sekilo berapa ye? Harga buah buahan tempatan pun mengalami kenaikan harga macam harga barang. Lagi lagi buah jenis rare ni. Mahal lah sikit kot kan?

Buah Pulasan

Buah pulasan, nama saintifiknya Nephelium mutabile. Buah pulasan adalah sejenis buah tropika yang menyerupai rupa bentuk dan rasa seperti buah rambutan. Pokok buah pulasan pun lebih kurang sama dengan pokok rambutan tapi pokok buah pulasan rendang je.

Berbeza dari segi rambutnya, rambutan lebih panjang dan lembut tetapi rambut pulasan lebih pendek dan keras.

Biji buah pulasan lebih keras, isinya agak kering dan keras berbanding buah rambutan. Buah pulasan dikenali sebagai 'maritam' di Brunei dan Kalimantan. Dipanggil 'bulala' di Filipina. Buah pulasan in english apa? Pulasan juga lah kan? 

Pulasan ni adalah daripada bahasa melayu. Dipanggil pulasan sebab untuk membuka puah pulasan ni perlu menggunakan kaedah pulas. Pulaskan buah tu dan auto terus terbuka kulitnya. Mudah sangat. Tak macam buah rambutan. Kena gigit dulu barulah kulitnya mudah dibuka.

Buah Pulasan

Rasa buah pulasan tak terlalu manis. Saya suka tekstur isi buah pulasan yang agak kering. Jadi bila makan tu tak menjejes airnya. Isinya tebal dan tak melekat sangat pada biji buahnya. Mungkin sebab baru petik dari pokok kot. Senang nak makan. Tak membazir bila isi melekat pada biji.

Saiz buah pulasan lebih besar sikit dari buah rambutan. Nak memulasnya pun mudah je. Kalau diberi pilihan, saya suka buah pulasan daripada buah rambutan.  

gambar buah pulasan

Tapi dalam banyak banyak buah rambutan saya suka buah rambutan gula batu. Makan satu, semestinya tak cukup. 
Tags:

Post a Comment

52Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Sana sini musim pulasan pulak bersama cempedak..Durian dh sayonara..sedap kan pulasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cempedak saya belum merasa lagi mamacella. Semestinya sedap buah pulasan.

      Delete
  2. Alhamdulillah…rezeki.

    Pulasan tengah banyak kat rumah mak dan mentua di Johor. Tapi tulah, anak-anak pulak tak boleh balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Johor tengah meriah dengan musim pulasan agaknya. Seronok kalau dapat balik bila musim buah ni. Harap ada rezeki musim buah lepas ni.

      Delete
  3. Sama suka pulasan daripada rambutan. Nasib baik musim ini dapat rasa.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya pulasan. Tapi dia kembar rambutan. Bibir tak tahan kena getah dia, hu3😅. Aim cempedak ngan manggis jelah kalau cenggini😂.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulasan ni macam tak ada getah sangat. Pulas je tak perlu gigit. Cempedak belum dapat lagi. huhu

      Delete
  5. teringinnya nak makan pulasan...tapi tu la..kang makan kang batuk plak...akak x leh makan pulasan ngan rambutan..cepat batuk

    ReplyDelete
  6. Balik baru ni lupa. betul nk tgk pokok pulasan huhuu
    ada sepokok je blkg umah lama
    tgk fiza tiba2 teringattt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kena jengah balik tu kak. Sayang kalau ada buah tak ambik.

      Delete
  7. seronoknya ada pokok, boleh sedekah ke jiran2..Alhamdulillah, org memberi, kita merasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah jiran yang baik berkongsi rezeki. Rezeki kita juga dapat merasa hasilnya

      Delete
  8. Buah pulasan isi kering dan mudah lekang, macam rambutan tapi bukan special, rambut pendek tap tak tajam macam sea urching atau crown of thorns..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. isi kering dan mudah lekang. Lebih sedap dari rambutan :)

      Delete
  9. betul tu,rasa macam membazir je kalau makan rambutan ttapi isi melekat kt biji.

    ReplyDelete
  10. dah merata musim buah pulasan ni... kita punya PKP smpai musim buah pn tak sedar

    ReplyDelete
  11. Sedapnya. Belum dapat lagi makan buah pulasan tahun ni. Saya pun suka isi pulasan tak menjejes macam rambutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..sedap buah pulasan. Harap nanti ada rezeki sal merasa juga. Aaminnn...

      Delete
  12. Haritu beli 3kg RM10, terasa murah dah harga tu...huhu....ada yang jual kg rm10...Saya suka yang isinya ada banyak sikit air..hoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya murah dah tu. Yang jual harga melampau tu memang melampau.

      Delete
  13. Makan pulasan memang best. Tak berair.
    Dulu sewaktu abang ipar masih bekerja di ladang pertanian, tiap kali musim rambutan kami dibenarkan petik. Macam-macamah jenis rambutan kami rasa. Tak sangka pula, rambutan pun berpuluhjenis, rasanya lain-lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan makan buah pulasan. Tak berair tu yang saya suka. Seronok tu boleh petik sendiri makan. Dapat rasa macam macam jenis.

      Delete
  14. Alhamdulillah rezeki. Orang memberi, kita merasa

    ReplyDelete
  15. adoiii teringin pulasan juga ni..
    susah nak dapat stok plak kat sini hehe..
    klu ada pun cam x fresh je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah nak dapat buah rare ni. Kalau ada kena beli terus.

      Delete
  16. Di Gombak ni sama je harga pulasan dgn rambutan, 3kg/RM10. Awal-awal dulu sekilo 5-6 ringgit.

    Alhamdulillah, puas dapat makan buah-buahan tahun ni, w/pun tak dapat balik kampung. Sana sini ada org jual.

    ReplyDelete
  17. Replies
    1. Sejenis buah yang susah nak jumpa kot Hami. Itu yang lama tak makan tu. Kalau jumpa, boleh lah membeli nanti.

      Delete
  18. Banyak tu fiza sebesen..akak dah 2 kali beli pulasan untuk musim ni..alhamdulillah dpt yg elok2 manis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..dapatlah kami merasa sorang sikit. Syukur tu dapat yang elok elok. Tak rugi membeli

      Delete
  19. xtau knape dulu mula2 jumpa pulasan sy rs buah ni pelik sgt��

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah murah rezeki fiza.. sedapnya pukasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..dapat juga. Memang sedap buah pulasan ni.

      Delete
  21. Alhamdulillah rezeki, saya tak ada kesempatan lagi makan buah pulasan ke rambutan ke cempedak ke even dah masuk musim dia >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ada rezeki Atiqah dapat merasa juga nanti. Aaminnn...

      Delete
  22. tak tahu pernah makan ke tak pulasan ni, confius dengan rambutan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang sama tapi pulasan ni jenis rambut pendek dan keras sikit. Isi macam lebih kurang je.

      Delete
  23. Tak pernah makan buah pulasan . Tapi dapat bezakan pulasan dan rambutan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap ada rezeki Lyana dapat merasa nanti. Mudah je nak bezakan rambutan dan pulasan, kan :)

      Delete
  24. Kita suka buah pulasan ni, sebabnyaaa. nak makan kena pulas haha . Tak logik en suka sebab ni je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Logik jugak sebab saya pun suka memulas buah pulasan. Syok pulak macam magic kan. Hihi

      Delete
Post a Comment