Lengkap Dua Dos Vaksin

Seperti yang telah dijadualkan. Harini hari cucuk vaksin dos kedua. Seawal pukul 7:30 pagi dah keluar rumah. Ikutkan encik suami punya waktu cucuk vaksin pukul 8:30 pagi, manakala saya pukul 3:00 petang. Tapi boleh je cucuk tak ikut waktu asalkan tarikh tu betul macam dapat 1st dos vaksin sebelum ni.

Senang sekali pergi berdua suami isteri, kan. Settle sekali harung je. Tak payah pergi balik pergi balik. Keluar highway kat roadblock tak ada orang pun. Masing masing pakat baru nak sarapan pagi. 

So lalu je tanpa halangan. Kita dah ready sekali kad dan My Sejahtera, sekali takda siapa jaga daaa... Simpan semula.

Sampai kat USIM, ramai dah sampai. Baru nak mula proses vaksinasi. 3 khemah penuh. Saya duduk khemah ke tiga. Baru duduk kejap, dah kena bangun check in My Sejahtera. Isi satu borang tulis nama dan IC.

Pit stop tak banyak macam 1st dose hari tu. Urusan lebih cepat. Lepas pit stop consult, terus pergi cucuk. Syukur dapat bilik doktor perempuan lagi. Saya tanya 'boleh rekod tak?" Boleh, masa cucuk nanti ye. Okay, saya jawab.

Okay sempat rakam. Mujur tekan button rekod. Ada buktilah chip dah masuk dalam badan. Eh...

Dalam takut tengok jarum, ralit pulak tengok. Terus lupa takut. Dah siap. Kejap je. Tak sempat nak rasa sakit pun. Last pit stop settlekan kad vaksinasi dan tunggu kejap untuk pemantauan.5 minit je! Suami dan siap awal tunggu kat luar.

Sebelum balik, marilah kita bergambar untuk kenangan. Orang tak ramai, bolehlah kita posing kejap. Senang bila dapat waktu sama dengan suami ni. Ada orang tukang ambil gambar. Tapi macam biasalah tak menepati kriteria gambar yang kita nak. Gambar dia kita ambil elok je..Haha..biasalah..

Lengkap Dua Dose Vaksin

Port booth ni membelakangkan cahaya pulak. Layankan je lah. View dah cantik dah. Lighting out. Kad vaksinasi ni kena simpan. Nak laminate. Tapi nanti nantilah. Selain kad ni, kita akan dapat kad digital vaksinasi juga dalam aplikasi My Sejahtera.

Kad vaksinasi 2 dose

Dah boleh sembang mandarin dah. Haha...Secara rasminya saya penerima dua dos vaksin lengkap. Eh belum lengkap lagi. Akan lengkap dua dos vaksin selepas 14 hari, iaitu 20 Ogos 2021.  Mungkinkah ada dos ketiga atau dos renew tahun depan. Harapnya taklah, nak COVID pupus terus. 

Dah dapat dua dos vaksin boleh rentas negeri tak? Tanya jerr.. Harap ada kelonggaran dua dos vaksin yang diwar warkan tu. In case emergency okaylah. Buat masa sekarang nak rentas negeri/ daerah pun jadi takut pulak dengan kes melambung lambung naik tinggi.

Sebelum balik pekena kopi costa dulu, Salted Caramel Iced Mocha. Sedap! Pagi tadi sarapan roti je on the way pergi tu dengan air kosong. On the way balik beli nasi ayam untuk brunch.

Salted Caramel Iced Mocha

Setakat pukul 2petang ni. Tak rasa kesan vaksin yang teruk. Baru nak rasa kebas sikit je. Haritu masa 1st vaksin pun sehari dua je rasa kebas. 

Okay baik, nak rehat dulu. Mengantok sebenarnya tak cukup tidur. Mana taknya, pukul 2 pagi baru nak lelap. Risau ke apa entah tak tahu lah. Banyak masalah dunia sehari dua ni.

Semoga keadaan selepas vaksin kedua ni baik baik je.Vaksinasi, ikhtiar yang kita dilakukan untuk halang mudarat lebih besar. Dengan izin Allah, semoga dapat mengakhiri pandemik Covid-19 juga. Usaha, doa dan tawakal.

58 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Alhamdulillah dah selesai dua dos lega kan Fiza. Syukur sangat-sangat. Harap tak ada lagi la dos seterusnyakan. Harapnya la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Harapnya covid terus pupus lah dan tak ada cucuk vaksin seterusnya.

      Delete
  2. Alhamdulillah selesai vaksin! Kita pun dah selesai dos kedua.

    ReplyDelete
  3. Btw, Costa coffee rindunya! Dekat kawasan rumah ni takde costa coffee.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dah dua dos, haha boleh cakap mandarin :)) sedap kopi costa tu, teringin pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..hihi..tak sempat fasih lagi.
      Nanti cuba kak. sedap kopi costa

      Delete
  5. Ramai yang kata 2nd dose ni lagi cepat dan laju je dari 1st dose kan, so tak payah la lama menunggu :) Saya menunggu turn September nanti, tak sabarrrr

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah settle sudah penerimaan vaksin. tahniah kak fiza.

    Nasib kak fizah check tekan record. haha kalau jadi macam saya tah apa2 tak direkodnya :') Second dose nanti kena tengok betul2. Sebab ralitkannnnnn masa cucuk tu hahaha. excited tengok jarum haa sampai tak tekan button record ishh haha

    Aayt cliche lepas settle vaksin Lpeasni boleh la pergi langkawi :P

    Saya pun lepas vaksin nanti nak cari coffee lah. mocha ke sedapnyaaaaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.

      Itulah tu, nasib ingat nak tekan rekod. Kalau tidak sia sia posing. hihi
      Langkawi jauh sangat. dekat dekat sudah. Tunggu covid beransur balik kampung lah.
      Cari jangan tak cari kopi.

      Delete
  7. Dah lengkap 2 dose,boleh la tunggu apa pengumuman PM lepas ni🤭

    ReplyDelete
  8. tahniah! tak sabar nak lengkap dua dose vaksin bulan depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..ohh second dose next month ye. Semoga dipermudahkan segala urusan. Aaaminnn...

      Delete
  9. Alhamdulillah.. jgn lupa mkn panadol ya kak fizah.

    ReplyDelete
  10. alhamdulilah, tahniah! anda sudah berjaya jadi warga vaksin hahahaa

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah dah complete 2 dos. Maybe second dose tak serumit kali pertama kot. harap lah takde cucukan tambahan lagi. semoga kita dapat capai herd community secepat mungkin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.ye, tak serumit 1st dos. Harap macam tu lah.

      Delete
  12. Yeay..Alhamdulillah, dah jadi klan coronavac. Dah lengkap.
    Ok la Fiza ada jugak gambar dengan frame & background elok.
    Akak mampu selfie je 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. ya CoronaVac clan. Ada suami sekali boleh lah posing situ. If tak, selfie pun takde agaknya. huhu

      Delete
  13. Alhamdulilah. lega rasa bila dah lengkap vaksin. Take care fiza!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Lega rasa dah dapat 2 dos. You too kak SS. Take care.

      Delete
  14. Alhamdulillah dah settle 2 dos.. Take care

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah, kita dh usaha selebihnya kita berdoa pada DIA.. stay safe <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..ye, betul tu Busyra.
      Stay safe juga

      Delete
  16. Alhamdulillah, tahniahhhhh.. Rasa la secure sikit.. tapi tuhla.. nanti kena inject lagi ke tak..kan.... ahdoi.. Moga selamat kita smeua dari dijangkiti wabak covid 19 .. hmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semoga Allah lindungi kita semua. Aaminn..
      harap xde lah next dose.

      Delete
  17. Akak tidak reti pilih air sedap di Costa sebab layan diri.
    Tahniah selesai.

    ReplyDelete
  18. 恭喜!现在你可以说一口流利的中文了。
    😆😆😆😆😆😆

    ReplyDelete
  19. ahahahaha chip masuk badan.. tahniah kak, Alhamdulillah, semoga selalu sihat. Aamiin

    ReplyDelete
  20. Dah cukup syarat nak rentas negeri tu. tunggu pengumuman je.. Tapi bila tak tahu la..

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah..tahniah Fiza...dah settle dah 2 dose...

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah . Tahniah . CCL masih lagi waiting list

    ReplyDelete
  23. Amiiin, semoga ya kak, setelah target vaksin nih tercapai, bisalah herd immunity akhirnya terbentuk. Sayapun dah lelah sangat dengan pandemi nih :(.

    Syukurlah dah komplit dose vaksinnya. Saya dan suami sengaja beda hari. Suntikan kedua suami tgl 13 aug nanti, sedang saya 30 aug. Sengaja supaya kalo efek vaksinnya berat, bisalah kami saling backup dan rawat :D. Susah kalo 2-2 nya demam dan meriang :p.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. bagus juga selang jauh tu. Boleh saling jaga macam tu. Semoga baik baik je nanti.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال