Cadbury Chocolate Dairy Milk French Vanilla

Entry sebelum ni saya dah cerita cadbury chocolate dairy milk chocolate pandan kelapa. Harini cerita cadbury chocolate dairy milk french vanilla pulak. Coklat ni sekali beli dengan dairy milk pandan kelapa tu. Gara-gara terpengaruh dengan rakan blogger Kak Sha tu lah. 

Suka tau racun kita dengan coklat sedap sedap. Mujur tak terjebak dengan beli kopi. Masih setia dengan Old Town White Coffee hazelnut. 

Apa rasa cadbury chocolate french vanilla ni pulak? Coklat tu rasa dia macam biasalah. Gabungan coklat dan susu. Cuma yang menariknya, dalam coklat tu ada filling vanilla cream. Teringat ingat pulak coklat cadbury filling caramel tu. Sedap betul!

Cadbury Chocolate Dairy Milk French Vanilla

Berbalik pada coklat cadbury french vanilla. Daripada keratan rentas tu boleh nampak filling vanilla cream dia. Agak banyak jugak tu. Sebagai peminat vanilla flavour dan bau, saya suka teruk dengan coklat cadbury french vanilla ni.

Saya yakin, siapa suka vanilla flavour pasti akan suka dengan rasa lemak manis berkrim vanilla. Sebenarnya filling cream vanilla tu lembut je. Tapi disebabkan letak dalam peti ais, jadi keras kejung lah dia. 

Cadbury Chocolate Dairy Milk French Vanilla

Sedaplah sesekali makan coklat cadbury. Lama juga sebenarnya tak menjamah coklat ni. Itulah dia lepas kena penangan pengaruh rakan blogger. Beli untuk merasa je lah cerita dia.

Baru baru ni ada nampak Kak Sha post yang jenis pek kecik macam gula gula tu. Kalau nak cuba rasa boleh beli jenis pek gula gula. Tapi tak kan lah jual sebiji dua. Confirm confirm dijual dalam pek besar juga.

Tapi okaylah saiz macam pek gula gula boleh buat stok bila teringin makan. Jenis bar ni lambat sikit nak menghabiskan. Lagi pulak makanan manis. Bila craving baru terasa nak makan.


42 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. nampak macam sedap juga gabungan coklat dan vanilla. lama tak beli cardbury boleh try perisa ni nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap gabungan dua ni. Bolehlah cuba rasa yang french vanilla ni nanti :)

      Delete
  2. haha.. serius la skrg ni sy plak rs nk mkn coklat!
    yg pandan coconut tu pon xmerasa lg..
    ni vanilla pulakkkk..

    ReplyDelete
  3. Tak pernah cuba lagi yang ni.
    Sebut old town white coffee hazelnut, lama sungguh tak minum. Wanginya bau hezelnut tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kot teringin boleh cuba nanti naniey. Ye, sedap bau kopi hazelnut.

      Delete
  4. Lama dah tak makan coklat bar mcm ni. Sebab dok pikir kandungan zat nutriennya, terus tak jd nak beli… hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rosak diet terus kan. Hehe..faham faham

      Delete
    2. bukan diet pon, cume risau dah tua2 ni penyakit senang singgah

      Delete
    3. ye lah kan. Bagus jaga kesihatan masa muda remaja ni

      Delete
  5. Ya allah vanilla mmg pebret k ret!! Tmbh plk cadburry pun sedap..harus gi cari nnt ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa yang ni menepati KPI selera KakRet. Boleh cuba.

      Delete
  6. xpernah cuba lg jenis ni. haritu pon cadbury standby dalam kabinet. kot2 tiba2 terasa nk mkn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay dah tu ada stok. Teringin tak payah cari dah. Sumber tenaga jugak tu

      Delete
  7. Sedap, saya pun suka gabungannya 😊

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak makan cadbury . Nk beli laa . Tengok lapisan2 vanilla dalam cokkat tu .tertarik pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang vanilla ni sedap Lyana. Kalau teringin makan coklat cubalah. Sedap!

      Delete
  9. balik ni nak cari untuk Kyra..dari pagi tadi terpikir nak belikan dia chocolate sbb rajin dia tolong ammi buat kerja rumah. sapu, mop, jemur kain. bagilah rewards

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti Kyra suka dapat coklat sedap. Bagus dia rajin menolong ammi.

      Delete
  10. Terus teringin..nanti nak beli la masa beli baang dapur nanti

    ReplyDelete
  11. Aduhai coklat!
    Dulu 3 tahun kami ulang alik ke Labuan, hantar, ambil, ziarah Abang Farid, kemudian Fuad pula yang belajar di kolej Matrikulasi Labuan. Banyak kami borong coklat. Tamak betul, sebab Labuan bebas cukai. Sudah beli coklat, dapat pula coklat percuma!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok memborong coklat kalau free duty. Sama macam pergi Langkawi gitu. Sedapnya lah kalau dalam coklat celebrations pek tu.

      Delete
  12. aduh saya kalau dapat makan ni memang langgar pantang terus. hehe. nampak menarik. nak rekemen pada adik. kalau share takdelah saya makan banyak sangat. thanks rekemen Fizah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..bahaya ni langgar pantang. Suruh adik beli, dapat pau sikit Sal. hihi..
      sama ii

      Delete
  13. Samalah kak fiza, saya pun terpengaruh dengan kak sha bila kak sha post pasal cokelat.
    Ya allah cadbury filling caramel tuuuu sedappp gila kot, memang favorite saya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuat betul pengaruh rakan blogger ni. Semua terjebak sama. Filling caramel tu lama tak makan. Memang sedap sangat! Rasa kat langkawi je ada. huhuh

      Delete
  14. Akak memang suka semua coklat Cadbury! Kecik ke besar ke, gula-gula ke coklat bar ke semua suka 😁

    ReplyDelete
  15. kalau pek gula2 senang nak di bawa sana sini..

    ReplyDelete
  16. tak jumpa lg so far. kalau ada nnt sure rembat 1😆

    ReplyDelete
  17. busyra tak suka coklat tp kalau cadbury ja x boleh tolak.. hahahha

    ReplyDelete
  18. Nmpk sedap dan terliur tgk hehehe. Nanti nk cari lah.

    ReplyDelete
  19. Yang niii . tak pernah rasa jugakkk. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..cadbury dah banyak jenis flavour dah kan. Kot nak rasa bolehlah cuba nona

      Delete
  20. Perisa ni nampak lebih menarik . Selalu makan hat blackforest jeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sebab ada filling vanilla tu. Cuma manis sikitlah

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال