Telefilem Haji Gugel

Haji Gugel, telefilem sempena Aidiladha yang akan ditayang semula pada Sabtu ini 24 Julai 2021, jam 10:00 malam di Slot Cerekarama TV3. Telefilem/ Telemovie Haji Gugel, sebuah telefilem Malaysia yang telah disiarkan pada tahun 2018 sempena Aidiladha juga.

Telefilem Haji Gugel

TELEFILEM HAJI GUGEL

Waktu siaran : 24 Julai 2021 (Sabtu), jam 10:00 malam
Siaran TV : TV3
Pengarah : Bade Hja Azmi
Terbitan : A.Aida Production Sdn Bhd

SINOPSIS HAJI GUGEL

Mengisahkan tentang Arman (Kazar Saisi) yang tak pernah langsung menjejakkan kaki ke Mekah, apatah lagi mengerjakan haji. Arman seringkali menjaja cerita dan temberang dengan lagaknya kepada orang-orang kampung tentang haji berdasarkan internet "Google" sahaja.

Sedangkan dia lansung tak ada pengalaman ibadah haji. Setiap kali musim haji, Arman lah yang paling galak mendominasi warung Tok Ki bercerita kononnya dulu dia dah pernah buat haji dan berkali-kali.

PELAKON DAN WATAK

  • Kazar Saisi sebagai Arman
  • Aida Aris sebagai Zahirah
  • Liyana Jasmay sebagai Damia
  • Ridzuan Hashim sebagai Haji Rozali
  • Reza Hasbi sebagai Kushai
  • Rahim Kidol sebagai Tok Ki
  • Putra Amaris sebagai Farok
  • Marup Mustapah sebagai Tahir

34 comments:

  1. bukan haji je... gebang orang guna google ni dah jadi trend

    ReplyDelete
  2. hahhaha ok citer lawak la kan lbh kug...
    bole layan sabtu nnt :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam tak lawak. Lebih kepada kisah kekeluargaan masyarakat dan pengajaran macam tu.

      Delete
  3. Adoiii lawak pulak ya tajuknya, haji gugel. Memang kaki gebeng sungguh la haji gugel ni hahaha

    ReplyDelete
  4. Lain macam jalan ceritanya.. Macam best je cerita,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah pernah ditayangkan ni. Ada pengajarannya. Boleh tengok yang ulangan ni.

      Delete
  5. Tengok tajuk pon da tahu menarik ni.haha

    ReplyDelete
  6. Menarik juga jalan cerita. Seiring zaman maklumat di hujung jari.

    ReplyDelete
  7. Hehehee... kelakar tajuknya...haju gugel!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Kak Amie. Cerita pun santai santai terselit pengajaran juga

      Delete
  8. Hahaha boleh tengok ni. Ingat cerita ni LJ yang produced sendiri sebab dia berlakon, rupa-rupanya A.Aida yang buat.

    ReplyDelete
  9. Orang macam ni kalau jumpa depan-depan saya suka layan. Tengok jauh mana dia boleh pergi. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..lagi syok tengok dia punya drama kan. Jauh mana nak sembang

      Delete
  10. EH ADA SORANG PAKCIK TEMPAT KEJA CCL MCM NI JUGA , KITAORANG PANGGIL PAKCIK GUGEL ,,SERBA TAHU , MUJUR INFO YG DIA BERIKAN SEMUANYA TEPAT

    ReplyDelete
  11. Citer ni memang best. Apa2 citer yang Kazar berlakon mesti tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn kalau Kazar ke Liza Abdullah ke mostly best ceritanya

      Delete
  12. cerita ni dah banyak kali ulang. best juga tengok :)

    ReplyDelete
  13. tgk tajuk je dah tau ni mesti.lawak😆😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak lawak sangat tapi bolehlah jadi pengajaran macam tu

      Delete
  14. Adoi.. mentang-mentanglah macam-macam info boleh digoogle.. sabar jelah tajuk..
    Tapi isinya memberi pengajaran kan Fiza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..semua boleh digoogle tapi disalah guna pulak. Ya, isinya memberi pengajaran.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.