Mujurlah tak jem dari Geno Hotel ke Bukit Jugra Banting ni. Ikutkan lebih kurang 50± minit je tapi sebab jem, cecah 1 jam lebih jugalah nak sampai. Mujurlah slot saya tak dibatalkan sebab sepatutnya jam 1.00 petang.

Alhamdulillah hari tu cuaca baik. Dapatlah merealisasikan impian saya untuk buat aktiviti tandem paragliding ni. Ikutkan nak tandem paragliding di Bukit Bubus Terengganu tu sebab permandangan cantik sangat dengan lautan dan pokok-pokok hijaunya.

Tapi nak kesana tu jauh, entah  bila nak sampai tak tahulah. Jadi, saya pilih Bukit Jugra Banting je lah lebih dekat. Permandangan pun menarik juga ada permandangan sungai dan pokok-pokok.

Itulah, ikutkan masa check out Golden Palm Tree Sepang haritu nak buat aktiviti ni tapi disebabkan cuaca tak mengizinkan terpaksalah postponed. Kebetulan juga hujung minggu lepas ada pergi ke Kapar, jadi kita cubalah tengok macam mana kan. 

Set tarikh baru hari Ahad lepas. Kena booking awal dua tiga hari sebelum. Kalau walk-in memang tak dapatlah. 

Tandem Paragliding

Tandem paragliding dalam Bahasa Melayu ialah paragliding berdua atau penerbangan paraglider secara tandem.

Maksudnya, dua orang terbang menggunakan satu payung paraglider. Seorang  juruterbang (pilot) yang mengawal paraglider. Seorang lagi penumpang.

Waktu tandem paragliding

12.00 tengah hari – 2.00 petang

Waktu ni adalah waktu yang sesuai untuk terbang disebabkan angin banyak waktu ini. Jadi, kena hadaplah berpanas tu sekejap.

Tempoh masa 

5-15 minit penerbangan bergantung pada keadaan cuaca ketika itu.

Ketinggian Berlepas

Sekitar 400 kaki dari aras laut.


Teruja sangat nak terbang di udara sambil menikmati permandangan dari atas. Kami terus park kereta berdekatan di Rumah Api Bukit Jugra ni. Bukit Jugra ni ada juga aktiviti hiking.

Masa parkir tu ada pula monyet-monyet liar berkeliaran. Kemain garang lagi. Risau kalau dorang bertindak ganas je.

Rumah Api Bukit Jugra Banting

Parkir percuma je di sini. Pertama kali saya jejak kaki di Bukit Jugra ni pun. Padahal selalu je ke Banting rumah abang saya tak jauh dari sini. Tapi tulah, tak berkesempatan nak singgah hiking ke atau menikmati permandangan dari atas Bukit Jugra ni.

Rumah Api Bukit Jugra Banting

Teruslah menuju ke lereng bukit di kawasan berbumbung ni. Cantiknya permandangan dari atas Bukit Jugra ni. Nun jauh disana nampak sungai. Muara Sungai Langat kalau tak silap lah.

Tandem Paragliding di Bukit Jugra Banting

Tinggi jugalah Bukit Jugra ni. Kalau hiking pun semput jugalah nak sampai atas kan. Mujurlah boleh bawa kereta sampai atas. Kalau nak kena hiking dulu memang tidaklah ye.
 
Papan Tanda Bukit Jugra Banting

Sampai je, tercari-cari person in charge kat situ. Terus turun dan bertanya. Rupanya kat sini ada banyak kelab professional. Saya ingatkan hanya satu kelab professional je kat sini. Rupanya ada beberapa lagi. Dia macam lain company, lain pakejnya. Begitulah bagi senang faham.

Kelab ke panggilan yang betul dia?

Tandem Paragliding di Bukit Jugra Banting

Sebelum terbang, isi dulu borang maklumat diri yang diperlukan. Kemudian juruterbang pakaikan tandem harness dan helmet. Sambil tu briefing sekali. Tak lupa juga, diberikan GoPro sebab saya ambil pakej dengan video GoPro. 

Menunggu lah kejap sementara juruterbang siapkan sayap/kain layar (paraglider). Pakai cermin mata hitam siap-siap. Jaga mata. Kotlah kat atas nanti tak dapat nak buka mata sebab panas kan. Tak dapat nanti nak tengok permandangan cantik dengan selesa. Tengah panas pula tu kan.

Pengalaman Tandem Paragliding di Bukit Jugra Banting

Sementara juruterbang pasangkan carabiner dan siap-siap untuk terbang. Bolehlah berposing kejap. Semua gambar ni saya screenshot daria video GoPro je. 

Memang tidaklah kan nak bawa handphone terbang bersama. Nanti handphone jatuh entah kemana, menyesal pun tak berguna. Kita guna GoPro je lah.

Ada je GoPro sendiri, model lama lah tapi. GoPro Hero4 Silver, lama betul tak guna. For sure lah bateri dah tak okay tu. Baiklah kita gunakan mereka punya GoPro je, yang latest dan lebih berkualiti videonya pun.

Pengalaman Tandem Paragliding di Bukit Jugra Banting

Ikut je arahan dari juruterbang. Lari kedepan sikit, undur sikit dan terus terbang. Semudah itu je rupanya. Ye lah, nama pun professinal. Ada lesen dan pengalaman. Dengan itu, dapatlah saya terbang sekali.

Tandem Paragliding di Bukit Jugra Banting

Yay! Bestnya dapat terbang! Terus rasa macam nyanyi lagu " I Believe I can fly" Atau lagu "Flying without wings"!. Tapi nyanyi dalam hati je lah. Seronoknya dapat menikmati permandangan dari aras atas sambil disapa angin yang meniup. "Angin & Aku".

Pengalaman Tandem Paragliding di Bukit Jugra Banting

Feeling macam healing gitu. Terbang menikmati keindahan alam. Tak rasa gayat lansung walaupun berada di aras tinggi. Tapi kalau berada di tempat tinggi tu kadang gayat juga, gigil lutut. Goyang dik, goyanggg.

Tapi macam ni tidak ye, best betul dapat terbang!

Pengalaman Tandem Paragliding di Bukit Jugra Banting

Ke kiri ke kanan ikut arah angin. Agak susah juga nak kawal ikut angin ni dengan ramai juga tandem paragliding yang sedang terbang bersama. Risau  terlanggar je. Minta dijauhkan lah.

Pengalaman Tandem Paragliding di Bukit Jugra Banting

Best betul yang dapat terbang tinggi tu kan. Kalau tak ramai bolehlah terbang bebas jauh lagi tapi bergantung pada keadaan angin juga lah. Ada juga borak dengan pilot tu, katanya ada je pernah sampai sungai tu. 

Tak ada rezekilah nak pergi lagi tinggi dan jauh.

Pengalaman Tandem Paragliding di Bukit Jugra Banting

Juruterbang pusing dua kali jugalah melintasi depan lereng Bukit Jugra ni. Tak ada nak sembang sangat, kita layan suasana dengan sebaiknya. Bukan senang nak dapat peluang terbang macam ni. Jangan kacau, saya nak healing-healing je. Sedang galau.

Pengalaman Tandem Paragliding di Bukit Jugra Banting

Nampak tak muka happy tu. Agak berat jugalah nak pegang GoPro tu. Kena pandai-pandai adjust angle untuk nampak video tu lagi menarik. Silap saya tak gerakkan di semua sudut. Kalau tidak dapatlah banyak view dari pelbagai sudut.

Kita pula pertama kali. Mana nak tahu. Juruterbang pula tak advise arah angle sana sini. Cuma dia ada briefing video menegak dan melintang je lah sebelum terbang tu.

Nampaknya kena repeat ke camne? Nak kena pergi Bukit Bubus juga kot. Situ lawaaaaa...

Pengalaman Tandem Paragliding di Bukit Jugra Banting

Dalam suka, ada dukanya. Gagal landing dengan baik. Terslide lah pula. Tersadai kat tanah tu ha. Mujurlah ada beg belakang tu kan. Taklah sakit. Tapi macam nak gelakkan diri sendiri sebab tak pandai nak landing.

Juruterbang tolong angkat dengan tarik tali tu. Mesti dalam hati dia cakap, berat juga dia ni. hahaha..Susah nak bangun sebab payah ada beban belakang tu. Walaupun tak berat tapi macam terbeban gitu. Susah nak bergerak.

Pengalaman Tandem Paragliding di Bukit Jugra Banting

Alhamdulillah berjaya mendarat selepas terbang di udara lebih kurang 6 minit macam tu. Ikut perancangan nak landing di tempat berlepas tu tadi, kat lereng bukit.

Tapi disebabkan ada gangguan dan angin tak mengizinkan. Terpaksalah landing di bawah saja katanya.

Pengalaman Tandem Paragliding di Bukit Jugra Banting

Di bawah ni ada transport untuk bawa penumpang ke atas semula. Tak ada charge tambahan. Jadi tak perlu risau kalau tiba-tiba kena landing di bawah ni. 

Naik atas semula, juruterbang transfer video terus masuk dalam handphone dan buat baki bayaran. Sembang-sembang kejap dan terus balik rumah.

Pengalaman Tandem Paragliding di Bukit Jugra Banting

Pengalaman tandem paragliding di Bukit Jugra Banting ni memang best. Cuma lagi best kalau dapat terbang lama, tinggi dan jauh sikit. Tak puas rasanya terbang sekejap. Tapi yelah, semuanya bergantung pada keadaan angin juga.

Pengalaman Tandem Paragliding di Bukit Jugra Banting
with the pilots.

Harga tandem paragliding di Bukit Jugra

RM250/ pax (Mykad)
RM300/ pax (Non-MyKad)
Deposit : RM50

+ Optional Insurance RM35
+ GoPro Video RM50/ unit

Pakej ni saya ambil dari Proglide Sports (TikTok : FlyParagliding.My) yang cover seluruh tempat paragliding di Malaysia.

Selain tu ada juga tandem paragliding hybrid yang terbang dengan engine/ paramotor. Tapi haritu macam tak ada pula.

Unlocked : Flying mode.