Ubi Kayu Rebus Sedap Cicah Sambal Ikan Bilis Tumis Belimbing Buluh

Asyik nampak menu ubi kayu rebus je. Kita pun teringin jugak wak! Lalu senaraikan juga ubi kayu dalam senarai barang dapur yang nak dibeli. Dapatlah 2 ketul ubi kayu sebesar lengan budak budak. Itu je yang tinggal. Takpa, okay dah tu. Yang nak makan pun saya sorang. Husband bukan penggemar ubi kayu rebus.

Cukuplah buat lepas tekak teringin makan. Saya membesar makan ubi kayu rebus dengan sambal tumis ikan bilis atau sambal goreng. Tak pernah lagi saya makan dengan kelapa parut macam orang lain makan. Tapi nanti nak cuba gak lah kalau ada kelapa parut. 

Ada juga orang makan ubi rebus ikan masin. Ikut selera masing-masing. Olahan ubi rebus boleh juga  menghasilkan menu ubi rebus goreng.

Sebab dah biasa makan ubi kayu rebus sedap cicah sambal tumis ikan bilis. Jadi, nak makan dengan kelapa parut tu jatuh nombor dua. Memandangkan masih ada stok belimbing buluh frozen. Saya campurkan sekali dalam sambal. Rugi tu kalau tak campurkan sekali.

Ubi rebus Sedap Cicah Sambal Tumis Belimbing Buluh

baca juga : resipi sambal tumis ikan bilis campur belimbing buluh

Saya masak sambal tumis ikan bilis belimbing buluh lebih sikit. Nanti boleh dijadikan lauk. Masak nasi, goreng telur dan hidangkan dengan sambal tumis belimbing buluh ni. Senang kerja masak dan jimat masa penyediaan makanan. Tak gitu?

Pagi petang saya hadap sorang makan ubi kayu rebus dan sambal tumis ikan bilisbelimbing buluh. Pelawa orang sebelah makan, sikit pun tak nak. Baguslah, untung saya dapat makan lebih.

Ubi kayu dah sedap, pucuk ubi rebus buat ulam pun sedap weyyyy. Craving pucuk ubi rebus cicah sambal belacan. Tiber!



36 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Haha tetiba makan ubi rebus datang idea makan pucuk ubi pula.
    Akak memang makan dengan kelapa parut dengan gula perang/melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat pucuk ubi rebus cicah sambal belacan.
      Ramai makan cara macam akak. Saya je tak pernah makan macam tu. Kena cuba jugaklah nanti

      Delete
  2. Wa.. nak jugak.. Akhir-akhir ni ramai rakan blogger buat entri pasal ubi rebus, termasuklah saya.hihu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..Itulah tu, pengaruh rakan blogger. Saya pun terjebak sama

      Delete
  3. tengok pun dah menyelerakan...
    k ret ni masih terpk2 nak makan apa hahaha.
    hari ni memasing malas nk masak...
    nk order pun jenuhpk gak nak order apa ni heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang macam tu jugak. Tak tahu apa yang kita nak makan sebenarnya kan. Complicated rasa kadang.

      Delete
  4. sedapnyer...
    ubi kayu ni kalau buat ubi getok pun sedap jugak kak.hi3.

    ReplyDelete
  5. timm ubi rebus selalu cicah dgn gula jer, hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai peminat ubi rebus cicah dengan gula dan kelapa parut ni :)

      Delete
  6. Saya tak pernah cicah sambal, biasanya cicah gula hehehe.
    Tapi mana mana pun, ikut selera masing masing kak fiza :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh ramai penggemar ubi rebus cicah dengan gula. Saya agak ketinggalan. Hihi
      Yep, ikut selera masing masing.

      Delete
  7. tak pernah lagi shida cuba, fiza!
    sbb shida pernah mkn ubi kayu rebus ni dgn nyor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh cuba makan dengan sambal tumis ikan bilis ni pulak Shida.

      Delete
  8. Sedapnya, lama tak makan. Ubi rebus dengan kelapa parut pun sedap juga Fizah, tapi kalau ikan masin tak pernah try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap! Saya belum pernah cuba makan dengan kelapa parut tu atau ikan masin.

      Delete
  9. Nampaknya nadyya kena beli ubi kayu ni.hehe

    ReplyDelete
  10. Kecik-kecik dulu kami selalu makan ubi rebus dengan ikan masin. Bukan isi ikan masin tapi kepala ikan masin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu dulu semua hidangan mak masak sedap sedap kan Kak Amie. Belum pernah lagi makan dengan ikan masin. Boleh cuba nanti

      Delete
  11. Sy pun x reti ler makan dengan kelapa.. sedapnya sambal belimbing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita geng makan dengan sambal. Sedap kan makan dengan sambal belimbing.

      Delete
  12. sedapnya Fiza! akak da lama gila tak makan ubi rebus macam ni..suka cicah sambal ijo..

    ReplyDelete
  13. nakal la fiza.
    nampak entri ni terus teringat mak abah akak.
    diorang pantang la ke pasar, jumpa ubi.
    sure beli. rebus. cicah sambal ikan bilis.
    hu hu hu hu sedap giler. couple dgn kopi o panas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...Orang lama lama memang suka hidangan macam ni. Memang kena sangat tu hidangkan dengan kopi o panas.

      Delete
  14. Sedapnya kalau dapat makan ubi kayu rebus cicah sambal.. tiba-tiba nak pergi carilah pula.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap kaksha uiii kalau ubi rebus cicah sambal. Kalau teringin memang beli ubi kayu dan buat sambal. Cari jangan tak cari KakSha 😊

      Delete
  15. Replies
    1. Alhamdulillah...hidangan yang menyelerakan dan mengenyangkan 😊

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال