Mi Soto Mama Donuts & Coffee

Ada hari-hari yang rasa malas nak buat dan makan sarapan pagi. Pukul 10 macam tu baru terasa nak makan. Brunch (Breakfast + Lunch) terus lah. Ada juga harinya otak tak berfungsi dengan baik memikirkan masalah dunia.

Kesannya terus jem kepala otak. Nak makan apa, nak masak apa boleh jadi satu masalah dunia yang besar. Terasa nak makan soto. Tekak bangsa Johor betul ni. Maka orderlah mi soto Mama Donuts & Coffee delivery by foodpanda.

Mi Soto Mama Donuts & Coffee

Portion semangkuk mi soto banyak betul. Ini bukan saiz standard mangkuk biasa. Besar sikit dari mangkuk biasa. Kalau guna mangkuk biasa, melimpah terus. Isi ayam dia banyak. Ayam goreng rangup bukan isi ayam rebus. 

Mi dan suhun goreng sama banyak. Ada taugeh, daun sup dana taugeh sebagai pelengkap hidangan mi soto. Sambal kicap dilupa jangan. Tapi saya makan sambal kicap sendiri. Sambal kicap kedai jarang dapat yang pedas dan pekat. Cair je dan tak pedas biasanya.

Mi Soto Mama Donuts & Coffee

Penjual yang tak kedekut rencah. Suhun banyak gila sampai tak nampak mi kuning tu. Saja cuba mi soto pulak. Haritu dah beli bihun soto di kedai lain. Soto nasi impit Peladang Cafe pun dah cuba rasa.

Kali ni cuba mi soto Mama Donuts & Coffee pulak. Sup dia menepati selera saya. Jenis sup yang kurang rempah dan sedap. Cukup rasa.

Mi Soto x1 = 6.50
Nasi ayam x1 = 7.90
+ Delivery fee = RM 4.99
+ Service Tax (6%) - Foodpanda & Restaurant = RM 0.30
Total = RM 19.69

Lebih murah kalau beli terus di kedai. 

40 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. soto ni yg penting cili nya hehhee :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. rencahnya jugak kena banyak dan wajib ada sambal kicap :)

      Delete
  2. Memang nampak banyak. Semoga murah rezeki penjual ni dan penjual2 lain yang memang tak kedekut dan jual macam nak makan sendiri..
    Lama tak makan soto..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak isinya. Bagus peniaga macam ni. Semoga murah rezeki penjual. Semoga ada rezeki naniey juga merasa soto :)

      Delete
  3. Kali ini tiada bergedil pula. Guna ayam goreng rangup.
    Rasanya ini lagi memenuhi citarasa Fiza :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah kak, tak ada begedil pulak. Say okay je asalkan sup dan rencahnya menepati selera saya. Alhamdulillah :)

      Delete
  4. Salam, sambal kicap buat sendiri, lagi menambah selera, nampak banyak sendat pasti kenyang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..stok sambal kicap memang tersedia ada. Mudah nak makan apa apa dengan sambal kicap dan ready dah.

      Delete
  5. Murah rezeki penjual mi soto. Macamana dia tak kedekut dalam jualannya, begitulah rezeki terus datang ikut jalan lurus dalam perniagaanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga murah rezeki penjual yang tak kedekut rencahnya. Aaminnn...

      Delete
  6. di tempat tinggal saya sepertinya juga ada yang menjual mie soto seperti ini
    saya jadi penasaran dengan rasa mie soto dari Malaysia.
    ketika ke Malaysia tidak terpikir untuk kuliner mie soto ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di sana popular dengan Bakso nya. Lebih juga rupa soto dan bakso. Next time datang Malaysia jangan lupa rasa Mi Soto ya :)

      Delete
  7. MashaAllah sedapnyaaaaa soto tu :') Nak buat tapi tak rajin. nak beli pun malas nak cari hehe Tapi sungguh Soto one of fav yaaa walaupun bukan darah Johor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Sedap rasa soto Ni Ain. Wahhh geng lah kita. Semoga ada rezeki Ain dapat rasa mi soto jugak. Aaaminn....

      Delete
  8. besar portion dia..kenyang makan mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, saiz portion dia memang berbaloi sangat. Boleh share untuk 2 orang.

      Delete
  9. Sedapnya mee soto. Terliur dibuatnya malam2 gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..mi soto atau apa apa jenis soto memang sedap. Semoga ada rezeki juga merasa soto nanti. Aaaminn...

      Delete
  10. Minggu ni dh 2x pkna soto ..tp yg saiz kecik ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu. Portion kecik pun okay asalkan sedap dan seiring harganya :)

      Delete
  11. memang besar portion, kalau saya ni 2 kali makan baru habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Sal. besar portion dia. Mi pun banyak. Share juga dengan husband :)

      Delete
  12. ada orang tak suka suhun goreng banyak macam tu. kalau saya lagi suka suhun melimpah sebab crunchy. Nyummm!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..saya pun suku suhun rangup rangup. Cuma suhun ni cepat lembik bila kena sup panas :)

      Delete
  13. sedapnya mee soto tapi saya tak minat sangat menu yang ada mee ni..hehe

    ReplyDelete
  14. dekat sini pulak sambal kicap mmg mengaum pedas ya rabbi, hihi..kena bubuh sikit je, klau letak semua mmg menangislah kalau makan, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum letak kena try sikit dulu. kot pedas meraung lah nanti kan.

      Delete
  15. sedap nya nmpk mi soto ni. syu ni dah la suka mknn yg bersup mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap Syu. Makanan bersup ni jarang tak sedap :)

      Delete
  16. sedapnya mee soto :) sy kene buat ke nii. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap bila rasa teringin. Ada masa, silakan buat Nad :)

      Delete
  17. Pernah makan beberapa kali tapi tak tahu kenapa tak kena dengan selera saya, kalau tengok orang makan, nampak sedapppp! Nampak besar portion dia tuu, kalau saya memang 2/3 kali jugak makann baru habis hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Portion dia memang besar. Mungkin soto ni bukan taste Atiqah kot :)

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال