Jangan Takut Kau Takut Aku Pun Takut

Jangan Takut Kau Takut Aku Pun Takut, filem melayu hantu seram komedi lakonann Amerul Affendi, Shuk Balas, Mark Adam, Tasha Shila dan ramai lagi. Filem Jangan Takut Kau Takut Aku Pun Takut akan ditayangkan pada 8 Julai 2021 di saluran 480 Astro First

Filem Jangan Takut : Kau Takut Aku Pun Takut Astro First 480

FILEM JANGAN TAKUT KAU TAKUT AKU PUN TAKUT

Tarikh tayangan : 8 Julai 2021
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Produksi : CMA Media, Astro Shaw

PELAKON DAN WATAK

  • Amerul Affendi sebagai Dol
  • Shuk Sahaa
  • Mark Adam
  • Tasha Shilla sebagai Malaika
  • Dalimawati sebagai Nenek
  • Ropie
  • Jasmin Hamid
  • Syaiful Zero
  • Kamarool Haji Yusof sebagai Pengarah
  • Bell Ngasri sebagai Production manager
  • Wan Hanafi Su sebagai Datok
  • Azlee Senario sebagai Tok bomoh
  • Donna Muslim

SINOPSIS JANGAN TAKUT KAU TAKUT AKU PUN TAKUT

Mengisahkan tentang tiga sahabat karib Sarip, Dol dan Leman yang sangat nakal dan sering mencuri serta menyakat penduduk kampung. Sikap mereka membuatkan keluarga masing-masing terpaksa menanggung malu. 

Selepas gagal mencuri di rumah Tok Bomoh, mereka bertiga telah dihalau oleh keluarga masing-masing.Kemudian Sarip, Dol dan Leman tekad untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Mereka telah menahan dan menumpang sebuah kereta yang dipandu oleh seorang gadis bernama Malaika. 

Dalam perjalanan, Sarip mengajak untuk bermain satu permainan iaitu mereka perlu berkongsi kisah seram dan jika sesiapa rasa takut maka orang itu perlu keluar daripada kereta tersebut.

Sarip dan Leman masing- masing menceritakan kisah seram tetapi tidak ada sesiapa pun yang rasa takut, bahkan mereka terhibur dengan cerita-cerita tersebut. 

Tiba giliran Dol untuk bercerita, tetapi Malaika terus menceritakan satu kisah seram sehingga membuatkan mereka bertiga seram.

29 comments:

  1. Wahhh ada amerul affendi lahh! Tajukkk bukan main panjang hahahahaha, tapi tengok poster not bad hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adaaa..tajuk tak boleh blah kan. Bolehlah tengok santai santai

      Delete
  2. Tengok poster memang sama dengan tajuk.

    ReplyDelete
  3. Tengok poster memang menyeramkan.
    Seronok jugak tonton cerita seram komedi time berkurung gini, hiburan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seram seram kelakar kak. Itulah hiburan waktu terkurung ni

      Delete
  4. Replies
    1. Ye, macam macam cerita ada. Sempat tak sempat je nak tengok

      Delete
  5. Baca tajuk pun dah gelak, aku mmg tak boleh tgok muka mark adam, dgn slang dia lagi 😁

    ReplyDelete
  6. Citer lawak la ni kan....tgok poster pun tau..akak skrg sibuk layan astro channel free...sampai 14hb kan free channel

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, citer seram komedi. best dapat tengok channel ni. banyak cerita boleh tengok

      Delete
  7. Ok, aku tak takut!! Hahahaha.. tibber

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Kena layan dulu cerita ni baru tahu best ke tidak :)

      Delete
  9. Kelakarlah bunyi tajuknya tu hahahaa!

    ReplyDelete
  10. Sha dah layan filem ini.. ending dia tak puas hati betul.. huhuhuhu..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.