Jom Mak, Raya KL!

Jom Mak, Raya KL!, sebuah drama mini siri sempena raya lakonan andi bernadee, Zara Zya, Dayang Areeda, Bell Ngasri dan ramai lagi. Jom Mak, Raya KL! episod 1 mula bersiaran pada hari raya pertama 13 Mei 2021, jam 10:00 pagi di TV3 sehingga raya ke empat.

Drama jom mak raya kl tv3

DRAMA JOM MAK, RAYA KL!

Jumlah episod : 4
Mula Tayangan : 13 Mei 2021-16 Mei 2021
Waktu siaran : Khamis-Ahad, jam 10:00 pagi
Siaran TV : TV3
Penulis skrip : Azlina Din
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Produksi : A. Aida Production

SINOPSIS JOM MAK RAYA KL

Zizan (Andi Bernadee) dan Aida (Zara Zya) berusaha memujuk ibu mereka untuk beraya di KL pada raya tahun ini. Mulanya, Mak teragak-agak untuk bersetuju tetapi akhirnya dia mengalah dan menurut juga cadangan anak-anaknya.

Pengalaman Mak beraya di KL membuatkan mak rasa seronok dan dia ingin kembali beraya di KL pada tahun hadapan.

PELAKON DAN WATAK

  • Andi Bernadee sebagai Zizan
  • Zara Zya sebagai Aida
  • Dayang Areeda
  • Azizah Mahzan
  • Dhia Irdina
  • Bell Ngasri
  • Kazar Saisi
  • Rosnah Johari

8 comments:

  1. Terbaik.. 👍🏼👍🏼👍🏼

    ReplyDelete
  2. Dah tengok!! Cucunya ajak raya KL, Neneknya bersetuju...anaknya ajak, tak nak ajer.... Hahahaha..

    ReplyDelete
  3. Kebetulan tengah buka tv3 sekarang.

    ReplyDelete
  4. Laaa tajukk cerita ke hahahaha, ingatkan kak fiza ajak mak kak fiza raya kl. Tapi terfikir pulak, kak fiza duduk kl ke hahahaha adoii lah :D

    ReplyDelete
  5. Andi ni hahaha tngk muka dia je da lawak..

    ReplyDelete
  6. Hahahaaa... ingatkan Fiza ajak mak datang KL, terfikir pula mak Fiza belum berapa sihat.

    ReplyDelete
  7. x dan tgk... nnt laa cari kat mana2 platform mesti ada ;-)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.