Header Ads

Sambal Udang Petai Untuk Makan Tengahari

Hari ni tak puasa, makanya kena lah memasak untuk makan tengahari. Macam biasa, tak tahu nak masak apa. Tapi bila nampak ada stok petai dalam peti ais, ting! Idea terus datang masak sambal udang petai. Berbuka semalam dah masak sambal sotong.

Harini sambal udang petai pulak. Dua hari berturut turut masak sambal. Janji perut terisi dan ada selera nak makan. Saya biasa masak untuk sekali makan je. Makan malam masak lain. Baru sedap makan makanan panas-panas. 

Melainkan kalau masak rendang ke mee kari ke, boleh makan ulang-ulang kena masak lebih. Lain orang lain caranya. Tapi kalau mood malas, sekali masak je lah. Takpun, beli je sudah.

Resipi Sambal Udang Petai

Sambal udang petai makan dengan sepinggan daun salad. Senang tak perlu menumis sayur bagai. Makan sayur salad bulat fresh rangup sebagai ulam ulaman.

baca juga : resipi sambal udang petai

Style mak mentua saya masak sambal udang letak santan sikit untuk jadikan sambal udang petai pekat.

Petai ni beli beberapa hari lepas. Memang niatnya nak buat sambal udang petai, tak pun sambal ikan bilis petai. Nak buat sambal daun kayu nismilan tak ada pucuk ubi dan daun daun yang sewaktu dengannya. 

Petai fresh tak ada, husband beli petai yang dah siap dikupas kulitnya. Segar bugar dan besar-besar pulak tu isi petai ni. Banyak juga dalam satu pek, RM9.50. Senang kerja dan cepat kerja memasak guna petai ready to cook ni. 

Bau dia menusuk betul! Saya simpan letak dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Ada balance tu bolehlah campur dalam masakan seterusnya.

Petai Fresh Kupas Kulit

Masakan yang ada petai ni saya berani makan kat rumah je. Kalau kat luar tak berani nak makan. Nanti ada bau yang kurang menyenangkan pulak. Kat rumah bolehlah kita gosok gigi, kumur dengan listerine. Tapi bab pembuangan tu tak dapat elaklah, tetap berbau juga.

Saya makan petai bila dibuat sambal atau dimasak je. Nak makan mentah buat ulam memang tak lah! Pelik ke tidak? Tak peliklah kan. Macam ada orang makan durian, tapi tak makan tempoyak. Begitulah...


21 comments:

  1. Saya tak makan petai, tapi Isteri saya makan..

    ReplyDelete
  2. Memang sedap masak sambal udang dengan petai bubuh santan. rasa lebih berlemak. Cukup lauk itu jew makan dengan nasi panas, nikmat lazatnya tak terungkap, selera sendiri jew yang dapat rasa heheheee.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya lah tengok gambar kak az. Selalu menggoda!
    Hari tu nasib baik da makan...hilanglah sikit mengidamnya.

    Haah, kalau makan petai banyak sangat, memang boleh berbau satu rumah >_<! tapi nak jugak makan....

    ReplyDelete
  4. Udang sedappp, tapi petai takkk sedap (bagi saya yang tak makan petai) hehehehe. Puas kena paksa dengan abang kakak, tapi tetap tekak tak boleh terima >.<

    ReplyDelete
  5. Sama kita, Fizah. Akak pun makan petai yang dimasak je. Petai mentah, akak tak makan. :)

    ReplyDelete
  6. Kakau sambal udang petai ni, wak makan udangnya aje
    petai tak makan

    ReplyDelete
  7. sedap petai ni buat sambal. kalau makan mentah, saya pun tak boleh makan..haha

    ReplyDelete
  8. Sama tidak makan petai mentah. Suka lauk petai.

    ReplyDelete
  9. Samalah saya, makan petai kalau hari tak gi opis sahaja. Segan kalau tetibe toilet opis berbau lepas kita keluar. Huhu

    ReplyDelete
  10. Sedap sambal petai dgn udg. CCL selalu potong2 sekali kulit .

    ReplyDelete
  11. Best tengok. Sambal udang makin pedas makin best.

    ReplyDelete
  12. Akak x makan petai tapi suka je campurkan petai dalam sambal udang...tgok entry ni terus teringin plak

    ReplyDelete
  13. wah sedapnya sambal udang petai memang fav..tgk gambar tu terasa sedapnya

    ReplyDelete
  14. sambal udang petai, nikmat dimakan bersama nasi panas.. hmm

    ReplyDelete
  15. sedapnya.. baru smlm akak cari petai takde musim lagi la

    ReplyDelete
  16. makan dgn nasi panas2 menambah ni fiza ^^

    ReplyDelete
  17. petang tu onz.
    tapi tu la, udang tu = elergi.
    suka sgt tapi tak boleh makan lebih 2 ekor.
    gatal menggila la nanti :(
    tu yg kalau teragak sambal petai, buat dgn bilis je.

    ReplyDelete
  18. Besar-besar petai dia.. Puas hati tu..
    Owh buh santan ye dalam sambal.. boleh cuba nie..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.