Header Ads

Roket Long March 5B Dijangka Terhempas Ke Bumi 8 Mei 2021

Belum lega dengan masalah Covid-19 yang membimbangkan, satu lagi perkara yang membimbangkan kita. Dikatakan Roket Long March 5B dijangka terhempas ke bumi 8 Mei 2021, hari sabtu iaitu hari ni.

Roket Long March 5B, sebuah roket yang dilancarkan oleh China pada Khamis minggu lepas sepatutnya sudah mendarat di bumi. Roket Long March 5B membawa modul utama stesen angkasa lepas telah dilancarkan dari Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Wenchang, wilayah Hainan, selatan China.

Roket Long March 5B Dijangka Terhempas Ke Bumi 8 Mei 2021
sumber: The Star


Kemudian, dilaporkan Roket Long March 5B gagal dikawal dan dijangkakan terhempas ke bumi hari ni. Boleh jadi serpihan kapal angkasa itu boleh jatuh dimana-mana kawasan yang belum pasti lagi. Apa yang membimbangkan jika serpihan tu jatuh di kawasan penduduk.

Serpihan daripada roket tu bukan ringan ye. Seberat 21 tan boleh jatuh dimana-mana saja dalam lingkungan kawasan terbabit. Harapnya jatuh dikawasan tak berpenghuni dan tiada jiwa terkorban. Semoga Allah lindungi kita semua. Aaminn...

Seorang ahli astronomi yang mengesan objek mengorbit Bumi memberitahu Spacenews bahawa roket itu melintasi Bumi lebih jauh ke utara seperti New York, Madrid dan Beijing serta bahagian selatan seperti selatan Chile dan Wellington, New Zealand.

Berdasarkan pengesan satelit, roket itu bergerak pada kelajuan lebih 6.43 kilometer per saat.

“Ini petanda yang tidak baik. Sebelum ini, roket Long March 5B pernah dilancarkan dan akhirnya serpihan kapal angkasa itu jatuh sehingga merosakkan beberapa bangunan di Ivory Coast.

“Meskipun kebanyakan serpihan roket itu sudah terbakar namun batang-batang logam besar jatuh ke atas bangunan itu, nasib baik tiada sesiapa yang cedera,” kata McDowell yang bekerja di Pusat Astrofizik di Universiti Harvard.

Roket Long March 5B yang dilancarkan pada minggu lalu dilaporkan membawa modul pertama stesen angkasa lepas kekal China.

Beijing merancang melancarkan sekurang-kurangnya 10 misi serupa yang membawa lebih banyak modul sebelum stesen angkasa lepas Tiangong siap dibina pada tahun depan.
sumber : Utusan

Made in China. 

Updateed : Roket keluaran negara China yang berada "di luar kawalan" dilapor telah jatuh di Lautan Hindi. Lokasi terhempas difahamkan di barat daya India dan Sri Lanka, kata jurucakap negara China.-Astro Awani

28 comments:

  1. Mohon dijauhi segala musibah. Moga ia terhempas di tempat tidak berpenduduk.

    ReplyDelete
  2. Ada saja lah... Biarlah jatuh ke tempat lain yang tak der penghuni

    ReplyDelete
  3. Macam - macam hal la...jauhkan dari terhempas ke negara kita

    ReplyDelete
  4. Macam macamlah kalau dari negara sana. Tak cukup dengan covid, roket pulak.
    Tadi tengok dah cakap melepasi Malaysia tapi berharap tak ada kemalangan jiwa yang berlaku. Aamiin.

    ReplyDelete
  5. Ya Allah macam nak kiamat dah kita ni 😭😭😭😭😭😭😭😭

    ReplyDelete
  6. Tak habis-habis buat hal. Tak senang duduk kita dibuatnya. Ya Allah...kalau jatuh biarkan menimpa kawasan yang tidak berpenghuni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum reda yang satu, tambah satu lagi melibatkan satu dunia. Syukurlah jatuh di lautan.

      Delete
  7. mugo2 jatuh terhempas menjadi jongkong emas., aminn

    ReplyDelete
  8. Ya Allah, jatuhkanlah roket long March 5B di kawasan yang tiada berpenghuni dan bukan di Malaysia ini... Ya Allah, lindungilah kami rakyat Malaysia ... Amin ya Rabb.... Serammm sangat ni.. ya Allah..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..dah landed dekat Lautan India pagi tadi..

    ReplyDelete
  10. Sekarang dapat berita dah terhempas dah. Tapi kat Lautan Hindi.

    ReplyDelete
  11. Syukur kita ini banyak laut besar. Harap mereka ambil pengajaran jangan lancarkan sesuatu tanpa fikir kesan pada negara lain dan alam sekitar. Takut pula kes pencemaran laut ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tak jadi di tempat penduduk. Tapi itulah, hidupan laut jadi mangsa.

      Delete
  12. follow jugak ni dari ari sabtu tu.rasa berdebar2 jer tgk..nak2 masa dia lintas Msia pastu Sbh Swk.. Alhamdulillah jatuh ke tempat yang sepatutnya... teringat satu komen kat YT time tu,

    "barang china takde yang tulen..yg tulen, COVID aje" ekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, berdebar debar setiap kali menghampiri Malaysia dan kawasan penduduk.
      Syukur dah jatuh di lautan.

      COVID sah tulen tu. huhu

      Delete
  13. duh ada2 saja yah bencan yang dtang hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.