Header Ads

Akhirnya Mendapat Juga Makan Kuih Raya Almond London

Minggu lepas dapat kuih raya mak mentua bagi. Mak bagi kacang salut tepung dan almond london. Dah Syawal ke berapa entah baru saya dapat makan kuih raya. Akhirnya! 

Dua tiga hari lepas husband keluar konon nak beli tart nanas kat Kedai Kerepek Paroi. Tapi balik rumah tanpa tart nanas. Husband beli kek marble butter je lah. 

Tahu boleh je beli online tapi saja nak try tengok kat situ kot kot lah ada. Tapi tak ada. Mungkin masih mood cuti tak ramai yang hantar stok. Takpa, sabar lah dulu. Kot kot nanti jumpa seller yang berkenan, boleh delivery sampai rumah.

Nak beli online takut hancur pulak kuih tu nanti. Takpe, kita habiskan dulu kuih almond london yang mak bagi ni dulu. Dekat nak habis pun sebenarnya. Sebenarnya tak suka sangat almond london sebab selalu dapat yang manis gila coklat tu.

Nak dijadikan cerita, yang almond london mak bagi ni dahlah tak manis sangat. Biskut dia pun rangup. Menepati selera sangat. Itu yang macam laju je makan dah nak habis satu bekas. Kalau manis nau ni memang lambetttt lagi nak tengok dia susut. 

Kuih Raya Almond London

Bab buat kuih ni saya failed sikit. Jadi, kuih raya yang hebat hebat memang saya tak pernah cuba buat. Walaupun resipi almond london ringkas macamana pun. Tetap rasa macam kegagalan tu akan berlaku. Tak ada bakat dalam buat kuih. Masak lauk pauk tu bolehlah sikit sikit.

Almond london sejenis biskut/kuih raya yang boleh tahan leceh juga nak membuatnya, kan? Sebab tu harga almond london bukan biasa-biasa. Coklat dan kekacang yang digunakan pun bukan murah. 

Selain almond london taburan kacang ni, saya perasan dalam carian internet ada resepi almond london cornflakes dan resepi almon london nestum.

Macam tak pernah nampak pulak dua jenis tu. Yang biasa nampak jenis yang satu ni je lah. Kuih raya pun dah macam-macam. Nama pun tak berapa nak tahu. Tahu makan je!

Ehhh kuih ni bukan mak mentua buat ye. Kang tak pasal pasal ada orang nak order pulak.

24 comments:

  1. Nampak menyelerakan sangat biskutnya huhuhu.
    Tahun ni tak merasa kuih raya lagi. Masih berpuasa sunat. Insya Allah, raya Jumaat ni. :)

    ReplyDelete
  2. tggl kan sikit utk sy ya... esok lusa sy dtg beraya... eh ehhh ;-)

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa lama dah tak makan almond london

    ReplyDelete
  4. Memang favourite ni :) Terus bukak peti ais cari almond london jugak..hehe..dah nak abes jugak ni :P

    ReplyDelete
  5. Samalah kak fiza, biasa dapat yang manis over sangat sampai lekat kat tekak rasanya huhuhu. Tapi kalau dah terbeli kan, nak tak nak kena habiskan jugak walaupun makan masa hahahaha.

    ReplyDelete
  6. almond london ni seigt kak ret dia ada tepung khas dia...
    klu dulu2 kami suka guna tepung TOP ...
    inti dalam tu kami mmg suka letak badam 1 biji...

    ada stgh org buat guna kacang biasa je...

    tapi la ni nak buat cam dah malas hehhee..padahal ekceli senang je buatnya :)

    ReplyDelete
  7. tak berapa manis tu yg best..saya suka almond london yg coklat salut seluruh tepung..

    ReplyDelete
  8. Tahun ni, akak tak jumpa langsung almond london, Fizah. Pelik dibuatnya.

    ReplyDelete
  9. lama dah tak makan almond london sejak 8 tahun lepas. Sy tak suka makan orang lain buat. Nak my sister yg buat juga. Bila anak istimewa dia makin membesar dia pun gantung loyang...kempunan..

    ReplyDelete
  10. Akk pun sama, selalu failed bab buat biskut raya :D Memang tak pernah buatlah almond London ni...

    ReplyDelete
  11. Tahun ni tak dapat lagi almond london yang sedap...ntah yang ada pun x sesedap sepertiyang pernah makan dulu...

    ReplyDelete
  12. Lama juga tak dapat ni, hari tu order, habis pulak aduhh

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah..
    Almond London antara kuih raya moden kegemaran saya.

    ReplyDelete
  14. dah lama tak buat kuih ni. nak buat kuih ni tak susah sgt sebenarnya tapi nak mencari bahan tu yg malas. nasiblah tak minat sgt kuih raya..hehe

    ReplyDelete
  15. almond london kat uma ni tak luak. heheh. mungkin sbb raya da makan almond london kuttt.haha

    ReplyDelete
  16. Raya tahun ni walaupun PKP, ada juga sebalang almond london di dapur Kak Amie. Biasanya anak-anak yang makan, kita makan sebiji dua jew.

    ReplyDelete
  17. Rasanya bertahun jugak dh kakmim x mkn almond london ni... hihihi.. selamat hari raya fiza

    ReplyDelete
  18. Aha pernah makan almond London tidak sedap. Rasanya penggunaan kualiti coklat masakan pun penting dan cara cairkan coklat.

    ReplyDelete
  19. Dulu rajin buat Almond London ni tapi raya PkP ni cam malas plak. Anak-anak sedara yang suka. Seronok tengok diorang makan

    ReplyDelete
  20. favourite syu jgk almond london. dpt jgk merasa raya ni, sebab housemate bwk blik. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  21. shida pulak kurg skit dgn almond london ^_^

    ReplyDelete
  22. ada lagi skit almond london tu kat almari, fiza.
    thn ni aida ada 7 jenis kuih raya. semua kakak sulung yg buat kan.
    tapi tu la. sendiri je makan. x dpt nak jamu sesiapa lain :(

    ReplyDelete
  23. Dedulu rajin je buat sendiri.. Sedap kalau kacang dia penuh..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.