Header Ads

Kenapa Tak Sama Koyak Atas Bawah

Macam dah lama tak bercerita pasal pokok. Saya jaga pokok pokok hiasan dalam rumah ni macam biasa siram dan membelek kot ada kulat ke apa. Lately semua macam kemurungan, ada je sehelai daun yang kuning. Kurang air ke sebab cuaca panas sangat? 

Entahlah...takpek nolong tudo kata Waris dalam Rembau Most Wanted Part II.

Semacam kurang menjengah tanaman. Merajuk agaknya kot. Pokok dalam rumah saya jaga, pokok luar rumah suami yang jaga. Pokok kat luar pun ada yang macam lecur dan menunjukkan tanda-tanda macam tak dapat diselamatkan. Mungkin sebab cuaca, mungkin juga sebab kelembapan tanah. 

Saya ada beli pokok mostera deliciosa mini ni bulan Jun 2020 tahun lepas. Sampai harini tak membesar dengan jaya pun. Okaylah tu sebab nak letak dalam rumah je. Biar rendang tak berbuah. Pertumbuhan terbantut sebab letak dalam rumah cahaya terhad dan saya guna pasu tak ada saliran air bawah. 

Apa yang saya heran, kenapa daun baru yang tumbuh tak sekoyak sama dengan dengan bawah. Ada sesiapa tahu? Dia tak koyak, kita pulak yang koyak tengok keadaan dia tak normal.

Monstera Tak Koyak

Kenapa tak sama koyak atas bawah. Heran betul. Dah cantas, tetap daun dia keluar elok gitu. Monstera ni lagi koyak lagi lawa, kan? Koyak yang cantik. Yang banyak koyak ni lah lagi mahal harganya. Ini baru yang koyak, yang ada bintik bintik bercorak jenis variegated lagilah harga kayangan. Mampu tengok je lah.

Dah lama tak membeli pokok-pokok ni. Giveup sudah sebab beberapa bulan ni habis beberapa pokok kaat luar tak menjadi sebab kucing siapa entah buat port pembuangan dia pulak. Tahu tahu dah bau taik. Tahu tahu je bau kencing kucing. Lama lama matilah pokok tu.

Pasu yang kosong nanti  re-pot je lah mana mana bunga yang semakin membesar tu. Bagi dorang rumah besar sikit. 

Kucing yang sama juga selalu buat onar berak depan rumah. Dah pernah guna cat repellent pun tak berkesan juga kaedahnya. Sabor je lah ye.

19 comments:

  1. Dulu2 k ret igt pokok ni bila koyak2 dah x elok hahaha...

    ReplyDelete
  2. Tak kisah dia koyak belah mana, janji hidup dengan segar. Pasal kucing tu, saya pun ada kucing. Ada juga kerisauan dia pergi ke rumah orang lain dan membuat onar. Jadi kelapan lapan kucing saya kurung.. duduk diam-diam di rumah.

    ReplyDelete
  3. Isk siapa punya kucing buat begitu.
    Cabaran betul untuk Fiza bela tanaman.

    ReplyDelete
  4. Akak pun tak tahu, Fizah. Mungkin tunggu daun baru tu jadi lama sikit kot, baru koyak dia jadi normal. Pasal kucing membuang tu, biasa. Kena letak jaring, supaya kucing tak boleh cakar tanah dalam pasu tu. Kalau bukan dalam pasu, akak siram cuka je. Bagi hilang bau. Bila hilang bau, dia tak membuang dah di situ.

    ReplyDelete
  5. Hai..datang menjengah..lma x update sbb bz skit dgn keje..jemput baca new entry sy 😊 suka jgk tanam pokok..klu dkt bleh dtg umah tgok pokok2 yg awak tanam ni..hehe

    ReplyDelete
  6. Pokok dalam rumah kena bawak duduk bawah cahaya matahari sekali sekala. Bagi hilang stress diorang.

    ReplyDelete
  7. aah macam dari dua species pokok yang berbeza pulak hehe

    ReplyDelete
  8. Lawak pulak "kita yang koyak tengok keadaan dia tak normal" hahahaha

    ReplyDelete
  9. fiza..pokok kunyit shida pun sama..habis dikerjakan haiwan2 kat luar..xtau spesis ape..habis mati huhuuu

    ReplyDelete
  10. mungkin gak kat atas tu dia muda lg sebab tu belum koyak...

    ReplyDelete
  11. Nakal betul kucing-kucing tu ye..mula-mula confuse apa yang koyak? haha..rupa-rupanya daun tu yang koyak mengembang camtu ye :) Maaflah, kurang ilmu sikit pasal pokok ni..hehe

    ReplyDelete
  12. Ooo.. baru kutahu pasal pokok ni . lagi koyak lagi cantikk... Moga hidup subur jadiknya.. maaf.. x dpt jwb soklan tu.huhu..bukan penanam pokok..

    ReplyDelete
  13. Akak suka tengok pokok koyak ni. Tapi kenapa tak sama koyak tu memang tak dapatlah nak menjawabnya. Akak kurang mahir bab tumbuh-tumbuhan ni :)

    ReplyDelete
  14. Unik pulak nampaknya, tak sama koyak. Tunggulah beberapa ketika, mana tahu yang atas pun koyak juga.

    ReplyDelete
  15. Baru nampak pokok ni kalau koyak teruk memang lawa dan mahal. Fiza dh kaji pokok ni sesuai tanam atau tak. Mana tahu beracun mcm pokok2 hiasan yg laib

    ReplyDelete
  16. haha kat uma mak iena kt kg pn sama kucing suka berak kt pookk yg ditanam..iena stay KL x tanam bnyk pokok pn..x bnyk ruang nk letak kt balcony :D

    ReplyDelete
  17. huwa! timm baru nak bercucuk tanam waktu pkp ni sebab xtau nk buat apa, kucing dok buat onar pulak, sedeyh..hilang mood..

    ReplyDelete
  18. wah, bestnya boleh tanam pokok bunga nii..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.