Header Ads

Program Jaringan Prihatin B40, Tebus Subsidi RM180-RM300

Seperti yang telah diumumkan dalam belanjawan 2021, Kerajaan telah menyediakan Program Jaringan Prihatin B40, subsidi RM180-RM300 untuk pembelian peranti mudah alih (handphone) atau langganan perkhidmatan telekomunikasi.

Program Jaringan Prihatin B40, Tebus Subsidi RM180-RM300

APAKAH PROGRAM JARINGAN PRIHATIN B40 2021

Program Jaringan Prihatin B40 telah memperuntukkan RM1.5 bilion untuk membantu lebih kurang 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi menyediakan subsidi untuk langganan perkhidmatan telekomunikasi atau pembelian peranti mudah alih.

Program Jaringan Prihatin B40 ini juga mengambil kira jumlah keluarga B40 yang mempunyai anak, terutamanya yang bersekolah. Sebanyak RM500 juta telah ditambah di bawah pakej bantuan PEMERKASA yang telah diumumkan pada bulan Mac lalu, menjadikan nilai program ini berjumlah RM2.0 bilion. 

Syarikat-syarikat telekomunikasi yang terpilih juga menawarkan faedah tambahan terutamanya data tambahan percuma bernilai RM1.5 bilion. Ini menjadikan faedah keseluruhan Program Jaringan Prihatin ini berjumlah RM3.5 bilion kepada penerima-penerima BPR.

Program Jaringan Prihatin ini adalah kerjasama antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta dua belas (12) syarikat telekomunikasi di Malaysia, iaitu :
  1. Celcom
  2. Digi
  3. Maxis
  4. Mcalls
  5. redONE
  6. speakOUT
  7. Tune Talk
  8. U Mobile
  9. unifi Mobile
  10. XOX Mobile
  11. YES
  12. Yoodo

SIAPA YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN

Warganegara Malaysia yang menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak menyertai Program Jaringan Prihatin B40.

Penerima yang layak boleh melanggan pelan data atau pakej peranti yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi yang terpilih dalam program Program Jaringan Prihatin ini. Pelan komunikasi dan pakej peranti yang ditawarkan telah disubsidi bersama oleh Kerajaan dan syarikat telekomunikasi yang terpilih dalam Program Jaringan Prihatin ini.

2 jenis subsidi yang ditawarkan

Subsidi 1 : Subsidi pelan data bulanan
Subsidi 2 : Subsidi pembelian pakej peranti mudah alih.

Penerima BPR (berkahwin atau ibu/bapa tunggal) dan mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:
RM300 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan.

Penerima BPR (bujang atau berkahwin) dan tidak mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:
RM180 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan.

CARA MOHON JARINGAN PRIHATIN

Boleh mendaftar dengan syarikat telekomunikasi terpilih dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021. Program ini akan berlangsung dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2022.

Hanya satu tuntutan dibenarkan bagi setiap individu atau isi rumah yang layak (disahkan melalui nombor kad pengenalan). Jika mempunyai dua nombor mudah alih, hanya boleh memilih salah satu nombor mudah alih yang akan menerima tuntutan subsidi tersebut.

Subsidi Jaringan Prihatin akan diberikan melalui pembelian pelan data atau pakej peranti syarikat telekomunikasi yang telah dipilih oleh penerima subsidi tersebut. 

Kaedah atau prosedur untuk mendapatkan subsidi, untuk prabayar dan pascabayar, berbeza-beza mengikuti syarikat telekomunikasi yang terpilih. Boleh rujuk pada syarikat telekomunikasi pilihan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bergantung kepada pelan yang dipilih, penerima yang layak dibenarkan untuk menukar syarikat telekomunikasi maksimum tiga kali dalam tempoh program sepanjang 12 bulan. 

Penerima yang layak juga hanya boleh berdaftar dengan satu syarikat telekomunikasi pada satu masa sepanjang tempoh tersebut. Terlebih dahulu, sila rujuk laman sesawang syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan dan penukaran.

Penerima tidak boleh:
  • Menebus subsidi Jaringan Prihatin lebih daripada sekali sebulan.
  • Memilih masa pembayaran subsidi dibuat. Secara umum, penebusan akan berlaku dalam bulan kalendar yang sama. Walau bagaimanapun, masa pembayaran yang tepat mungkin berbeza antara syarikat telekomunikasi yang berbeza dan antara pelan prabayar dan pasca bayar.
  • Memindahkan subsidi kepada pihak ketiga atau ditukar kepada bentuk tunai.
  • Menerima subsidi secara pro rata dalam sesuatu bulan.
untuk maklumat terperinci, sila rujuk website syarikat telekomunikasi yang terpilih.

sumber : Jaringan Prihatin-Belanjawan 2021

15 comments:

  1. Semoga program ini terus ke golongan sasar yang berkelayakan

    ReplyDelete
  2. Waah .., menarik sekali program dapat bantuan keringanan untuk membeli peranti telekomunikasi.

    Sayangnya di Indonesia tidak ada program seperti itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur di Malaysia ada program sebegini. Mudah mudahan ada juga nanti di sana :)

      Delete
  3. Alhamdulillah ada bantuan untuk internet dan peranti bagi golongan B40.

    ReplyDelete
  4. Bersyukurlah menjadi rakyat Malaysia. Walau rasa susah, tetap ada perkara yang bantu menjadi mudah.

    ReplyDelete
  5. Done tebus! Alhamdulillah Malaysia ada sediakan subsidi macam ni, boleh lah ringankan sedikit untuk plan internet hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah redeem dah ye. Itulah, jimat sikit belanja untuk telco

      Delete
  6. hari tu sis lin ada juga tag dekat FB..tapi tak try lagi claim..takut tak layak aje

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.