Header Ads

Renew Lesen Selepas 2 bulan Mati

Seorang Fiza ni memang jenis lambat renew lesen memandu. Mentang mentang lah lama tak drive kereta, lama juga tak merempit. Dia sambil lewa je nak renew lesen tu. 

Bukan apa kawan-kawan, kan baru baru ni sebab Covid-19 dia bagi kelonggaran lambat renew lesen pun tak apa. Sampai bulan Jun kalau tak silap. Kalau silap, sila betulkan ye. Ingat-ingat lupa sudah.

Sepatutnya lesen renew masa birthday kita lah kan. Birthday pun dah berlalu bulan Februari hari tu. Renew lesen dah 2 bulan mati. Mati hidup semula ni. Haha..

Lepas dua bulan lesen mati baru nak renew. Syukurlah tak ada kena denda bagai. Memang ada denda ke tak eh? Tak cakna pulak pasal denda lesen ni.

Sebelum ni pernah lewat renew lesen 15 hari. Katanya kalau renew lambat, automatik kene renew 2 tahun terus. Pakai lagi ke tidak terma yanag satu tu tak tahu lah. Kadang kadang dia punya terma boleh berubah.

Pernah sekali je renew lesen sendiri di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Selepas tahun berikutnya suami je lah tolong renew lesen di pejabat pos je. Sekarang pun dah boleh renew lesen memandu online semasa pkp eh?

Renew Lesen Selepas 2 bulan Mati

Okay settle bab renew lesen. Renew 2 tahun juga. Tu dia watermark bagi penuh satu gambar gara-gara sebelum ni ada scammer gunakan gambar lesen saya. Sesuka hati gunakan gambar orang sebagai testimoni lesen terbang. Jahat ye awak! 

Kes tu tutup gitu je sebab SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) @ MCMC (Malaysian Communications and Multimedia Comission) kata aduan saya tak lengkap sebab tak ada link sebagai bukti.

Aduan saya ditutup kes begitu je. Aduhaii...Bila check nombor aduan semula nak follow up tak ada dah. Memang tak ada link sebab digunakan dalam whatsapp. Tak pasal pasal je jadi mangsa. 

Isi email dan aduan tak dapatlah dikongsikan sebab ada notis penting.

Important Notice:
The content of this e-mail are confidential and may be privileged. If you are not the intended recipient, please do not read, use, print, copy, forward or distributed the contents or disclose it to anyone.

Dulu dulu dapat lesen memang excited nak kesana kemari. Sekarang naik malas dah. Lebih rela duduk sebelah je. 

33 comments:

  1. samalah...saya pun beluum renew lagi

    ReplyDelete
  2. Ok bln depan nak kena renew ni... Slalu k ret renew kat pos opis je.. Paling2 renew online kat myeg je 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. pos opis senang. ohh renew kat myeg pun ada eh. lagi sonang tu buat online je

      Delete
  3. Dulu pernah kena saman sebab roadtax mati. Seingat saya masa memula covid dulu lambat sedikit pun takpe. Padahal baru sehari mati. Terus kena saman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm.. biasalah benda macam tu kejap boleh kejap tak. kita rakyat marhaen akur je lah..huhu

      Delete
  4. wehhh akak baru up kat blog akak! dia guna lesen akak jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru baca tadi..jahat punya scammer ambil gambar kita. biar mereka terima balasannya nanti. baru tahu erti penyesalan menipu orang.

      Delete
  5. Dina pun tak renew lagi lesen. mati bulan 1 hari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama dah tu kena cepat cepat takut nanti lain pulak ceritanya.

      Delete
  6. watermark penting oo.. sbb now kan bahaya kita nak post anything kan.. nanti kang org ambik utk salah guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpe. penting sangat. biar letak beribu baru padan muka scammer susah nak hilangkan watermark.

      Delete
  7. lama tu baru nak renew heheheeh... sy x penah buat online. sbb pejabat pos dekat. so terus terjah sana kalau nak renew...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..itulah 2 bulan lewat. biasa hari je lewat, tahun ni makan bulan pulak dia. Okay sangat tu pos office dekat je. mudah lah keje.

      Delete
  8. Uish...jahat orang yang pergunakan gambar lesen Fiza tu. Syukur Allah lorongkan seseorang untuk hubungi Fiza.

    Akak pun dah lama duduk sebelah dreber je. Dah jadi malas, penakut pun iya..haha
    Lesen tetap renew...5 tahun terus suami akak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak. Syukur ada orang contact. Kalau tak , tak tahu ada orang pedajal guna lesen kita. Penakut pun satu hal juga. tak confident juga kan. saya pun lupa nak renew 5 tahun terus. lagi senang tu.

      Delete
  9. Pernah jugak terenew lambat.Memang takde kena denda pun K.Fizah.Cuma takut kena denda lain la kalau bawak kenderaan lesen takdak,ki3.

    ReplyDelete
  10. Pernah juga jadi dekat Ju. Lupa sgt renew lesen smpai 2 bulan da. Masa tu blm pandemik lg. Bukan main bahagia bawa kereta ulang alik kerja selama lesen mati tu. Nasib la xda roadblock atau benda2 yg xd.ingini blaku 😬😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuhhh..mujurlah tak ada roadblock. jenuh gak nak membayar kalau kena saman tu Jun. peringatan buat kita :)

      Delete
  11. dulu ada denda..haha..sbb den dah kono..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke kak.aduh, tak pasal je kena denda sebab lambat renew. Sekarang tak sure lah ada ke tidak.

      Delete
  12. Sama macam Cik Sun kena lah harini, Cik Sun baru update ada orang pakai gambar dia untuk lesen terbang. Jahat punya orang. Patutlah kemain besar watermark kak fiza hahaha. Dah pernah kena dah ye sebelum ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, dah baca kisah ciksun. sama macam kes saya juga tu.
      saja letak watermark banyak tu, biar susah nak padam watermark.

      Delete
  13. Scammer ni.. mcm mcm.. kan...
    Betul kak... lelama drive.. malas pulak.. awal awal dpt lesen je excited kemain.. Hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bilalah nak pupus scammer di muka bumi ni kan. tak faham betul.
      tahu takpe, sekarang lansung dah lama tak drive.

      Delete
  14. Akak pun tidak suka memandu tapi kena perbarui lesen mana tahu ada kecemasan. Terpaksa baru memandu. Perbarui terus 5 tahun. Malas fikir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting lesen tetap kena renew. betul tu, in case ada emergency kena jugalah drive :)

      Delete
  15. baca post ni teringat saya pun belum renew lesen. aduiii

    ReplyDelete
  16. Akak pun kurang suka memandu, Fizah. Tapi sejak suami accident, ke hulu ke hilir, kita la driver. Takut pun, buat-buat berani la. Hehe..
    Jahatnya orang tu, salah guna gambar lesen Fizah.

    ReplyDelete
  17. saya pernah baca juga musim pkp ni kalau lewatkan renew lesen pun boleh. bila kakak saya cakap dia renew lesen awal dekat utc boleh je. baru saya ada kesedaran. sebelum ni pun saya renew dekat jpj je. haaa lesen saya pun dah mati ni. haha

    ReplyDelete
  18. masalah sy, da lama x drive. terus hilang lesen kete nyaaa.. tapi bulan nii lesen mati.hehe

    ReplyDelete
  19. gambar novel kat blog saya pun ada yg guna kononnya dia jual novel tu. scammer ni memang tak kira benda, asal boleh je dia nak scam orang..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.