Header Ads

Tema Warna Baju Raya 2021

Baju raya tahun lepas beli 2 pasang. Tapi hanya pakai sepasang je. Itupun kejap je untuk ambil gambar. Tahun lepas pun PKP, tak beraya kemana. Kononnya sepasang lagi tu dapatlah carry forward untuk tahun 
ni. Tak payah beli baju raya lah kiranya tahun ni. Jimat!

Tapi itu hanyalah sekadar kata-kata. Bagai menanam tebu di tepi bibir. Tanpa membelek lagi baju yang belum di pakai tu muat lagi ke tidak, dia dah beli baju baru dah! Ish ish ish perempuan oh perempuan. 

Saya sempat beli sepasang bulan Mac haritu. Tak nak kalut lah cerita dia. Konon beli baju raya awal dapatlah buat persiapan raya awal. 

Baju husband pun sempat juga shopping beberapa minit sebelum dihalau tu. Lega bila dah ada baju raya masing-masing. Sekali hujung hujung diumumkan PKP pulak. 

Terus rasa malap mood raya. Tapi tak mematahkan semangat untuk beraya. Raya perlu diraikan. Meraikan kemenangan kita berpuasa selama sebulan. Raya is not cancelled.

Tetap juga ada baju raya sepasang dua. Syukur lah ada juga persiapan raya saya. Satu-satunya persiapan raya saya tahun ni menjelang hari raya esok. Kuih, biskut raya, hand bag, kasut, selain baju non hado yang baru. 

Baju Raya Baru Tetap Ada

Tema warna apa baju raya tahun 2021? Tahun ni saya pilih warna yang paling saya tak suka sebenarnya. Tak tahu lah kenapa berkenan pulak dengan warna ni. Lari jauh dari warna favourite saya dan warna yang biasa yang pilih. 

Manusia berubah, kan? Kadang apa yang kita benci tu lah kita akan suka one day. Esok je lah kita reveal warna tema baju masing-masing. Warna tema baju raya 2021 ni tak berapa nak sedondon sangat. Takpe, ala-ala pun bolehlah.

Kita pakat ambil gambar berbaju raya di pagi hari. Pagi hari je lah mood raya kita. Lepas tu tukar uniform, acara bebas. Walaupun baju pakai sekejap je. Tetap gosok baju ambil mood raya sikit. Barulah cantik gambar di pagi raya esok. Tak gitu?

Apapun, ada hikmahnya juga bila raya PKP ada penjimatan yang banyak. Betul tak? Boleh lah buat simpanan sikit.


12 comments:

  1. Akak teka warna oren ke baju Fiza?

    ReplyDelete
  2. Bagusnya Fizah. Semangat beraya tu ada. Akak dah malap dah ni. Tapi demi anak-anak, merendang jua. Hehe..

    ReplyDelete
  3. Walaupun pkp raya kena sambut juga sbb dh penat berpuasa sebulan. Raya mesti diraikan bersama keluarga

    ReplyDelete
  4. Ok gak tu Fiza, buat kelainan dengan pilih warna paling tak suka..hehe

    Akak pulak dah beberapa tahun tak beli baju raya, sebab tak kerja di luar kan. Tak terpakai baju kurung yang sedia ada.

    ReplyDelete
  5. Tak dpt teka warna baju raya fiza thn ni hehehe

    ReplyDelete
  6. Style sungguh ambil gambar macam tu.. Cantik.

    ReplyDelete
  7. tema family tahun ni warna navy blue.

    ReplyDelete
  8. sy byk kaler hitam taon nih. huhu.. berkenan dgn corak corak baju yg berwarna hitam ni.. huhu..sy teka baju akak..warna....red or dark green??

    ReplyDelete
  9. Saya takde baju raya pon thn ni. Guna baju lama je…

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.