Header Ads

Kebaikan Blackmores Evening Primrose Oil (EPO) Untuk Wanita

Blackmores, produk supplement atau makanan tambahan yang mengandungi kombinasi vitamin, mineral dan nutrisi yang diperlukan untuk kesihatan dan juga kecantikan. Blackmores salah satu produk multivitamin yang terbaik dipasaran dan terdapat bermacam-macam jenis produk supplement yang ditawarkan.

Saya tertarik untuk mencuba Blackmores Evening Primrose Oil (EPO) 1000mg yang dikatakan memberi banyak kebaikan untuk wanita dan jenama evening primrose oil yang terbaik.

Kebaikan Blackmores Evening Primrose Oil (EPO) Untuk Wanita

Di botol pun ada dilabelkan, beneficial for women's health and wellbeing. Sebelum membeli, saya akan survey dan baca dulu review yang pernah mengamalkan Blackmores Evening Primrose Oil (EPO) ni. 

Dari review yang saya baca, banyak review positif yang membuatkan saya rasa nak cuba dan amalkan Blackmores Evening Primrose Oil (EPO). Bukan untuk kesihatan je tapi untuk kecantikan juga. Menarik bukan? 2 in 1.

Blackmores Evening Primrose Oil (EPO) 

Evening Primerose adalah sejenis bunga yang berwarna kuning. Terdapat juga warna violet/pink. Evening Primrose Oil dihasilkan daripada biji benih bunga Evening Primrose yang memiliki banyak khasiatnya. Kemudian daripada minyak tersebut dihasilkan dalam bentuk kapsul Evening Primrose Oil.

Kebaikan Blackmores Evening Primrose Oil (EPO) Untuk Wanita

Kapsul EPO ni banyak kebaikannya untuk wanita. Mengandungi natural source omega-6, khasiat lemak asid omega-6 yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  • Membantu mengawal atur kitaran haid
  • Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) jika berlaku iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
  • Mengurangkan simptom putus haid seperti panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.
  • Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri serta bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit.
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.

Jika ada masalah hormon, kitaran haid tak teratur, senggugut, masalah kulit berjerawat, kulit kering, rambut rosak dan kuku mudah patah, bolehlah cuba amalkan Blackmores Evening Primrose Oil (EPO).

Saya pun baru nak cuba amalkan Blackmores Evening Primrose Oil (EPO) untuk kesihatan dan kecantikan luar dan dalaman. Dalam lambakan produk makanan tambahan yang ada, kena pilih yang sesuai dengan permasalahan dan tubuh badan kita.

Jangan beli produk sembarangan. Sebaliknya beli produk yang berdaftar dengan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan halal. 

Kebaikan Blackmores Evening Primrose Oil (EPO) Untuk Wanita

Saya beli Blackmores Evening Primrose Oil (EPO) 60 capsules sebagai pencubaan dulu. Siapa pernah amalkan EPO? Ada pantang larang makan EPO tak? Dari pembacaan, saya faham yang evening primrose oil boleh gemuk. Betul ke?

Tapi ada juga yang tak alami perubahan kenaikana berat badan selepas amalkan EPO. Bergantung pada badan masing-masing kot. Setiap orang penerimaan dan kesan dia berbeza. Kena faham jugak tu. Ada juga yang sapu evening primrose oil di muka untuk jerawat.

Kebaikan Blackmores Evening Primrose Oil (EPO) Untuk Wanita

Banyak juga kegunaan dan kebaikan Blackmores Evening Primrose Oil (EPO) untuk kesihatan dan juga kecantikan. Harap berkesan lah pada saya juga.

Untuk maklumat tambahan tentang Khasiat Blackmores Evening Primrose Oil (EPO), boleh baca dibawah.

HURAIAN KHASIAT EPO

1. Kebaikan EPO pada kulit

Membantu mengurangkan masalah kulit seperti keradangan, kegatalan, kulit kering dan berkeruping (scaling) serta alahan. Kajian saintifik telah membuktikan Evening Primrose oil (EPO) mampu mengurangkan symptom eczema dan dermatitis iaitu sejenis penyakit kulit. EPO baik diamalkan oleh kanak-kanak dan dewasa yang menghadapi masalah kulit.

2. Diabetic Neuropathy

Diabetic Neuropathy merupakan masalah sistem saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/ kencing manis. Antara symptom diabetic neuropathy adalah seperti berasa kebas, sakit dan berdenyut serta pengurangan deria rasa terutama pada kaki dan tapak kaki. EPO merangsang peredaran darah pada sistem saraf dan berkemungkinan mampu mengurangkan risiko dan symptom ganguan saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/kencing manis.

3. Melegakan Symptom Prahaid (Pre Menstrual Syndrom)

Kajian saintifik membuktikan EPO mampu membantu wanita yang mengalami symptom pra-haid (premenstrual syndrom PMS) seperti kemurungan, perubahan mood dan ketidakselesaan payudara.

4. Osteoporosis

Kajian mendapati individu yang kekurangan asid lemak perlu (essential fatty acid) terutama GLA dan EPA lebih cenderung mendapat masalah tulang rapuh. Pengambilan makanan tambahan GLA dan EPA (Omega-3) yang seimbang secara berterusan berkemungkinan dapat menguatkan struktur tulang dan seterusnya mengelakkan masalah tulang rapuh terutama bagi wanita berumur 65 tahun keatas.

5. Kesihatan Jantung dan Paras Kolestrol

Kandungan GLA dalam EPO merupakan sejenis asid lemak dalam kategori Omega-6, kajian mendapati GLA mampu mengurangkan paras kolestrol dalam darah yang menyebabkan penyempitan saluran darah (atherosclerosis). 

Atherosclerosis adalah penyebab utama serangan jantung (heart attact) dan stoke. Oleh itu pengambilan asid lemak Omega-6 dan Omega-3 yang seimbang dapat mengurangkan risiko serangan jantung.

INFO TAMBAHAN EPO YANG WAJIB TAHU

Ketua Saintis Efamol Limited, Peter Clough, berkata antara petanda kekurangan EFA adalah kekeringan kulit, kehilangan air melalui kulit yang tinggi, penyembuhan luka yang perlahan dan lemah dalam melawan jangkitan kulit.

“Selain EFA dan LA, asid Gamma-Linoleik (GLA) penting untuk kulit. Bagaimanapun kulit adalah satu-satunya organ yang tidak dapat menghasilkan GLA. Bahan kimia yang kuat dan terkena pada kulit menyingkirkan lemak seperti LA dan GLA daripada permukaan dan merosakkan lapisan di bawahnya.

Bagi masalah lebih teruk, ia boleh berkembang menjadi masalah yang dipanggil ekzema yang biasanya bermula di tangan dan merebak ke bahagian lain apabila terdedah kepada agen tertentu. Masalah ini boleh berkembang menjadi dermatitis yang kronik dengan kejadian rekahan kulit yang besar dan jangkitan kuman.

“LA dan GLA adalah asid lemak yang ditemui dalam minyak Evening Primrose Oil (EPO). GLA menjadi semakin penting untuk kesihatan kulit kerana perubahan diet dan gaya hidup. Evening Primrose Oil EPO juga membantu masalah ekzema atopik dan ruam lampin yang dialami bayi,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kajian, menyapu GLA pada kulit mengurangkan kehilangan lembapan, meningkatkan kelembutan kulit dan mengekang kehilangan air daripada kulit.

“Evening Primrose Oil EPO, meningkatkan lembapan kulit sebanyak 13.9 peratus, menyekat kehilangan lembapan 10.2 peratus, ketegangan 19.2 peratus, keletihan 22.2 peratus, kelembutan 3 peratus dan keanjalan 3.5 peratus.

Evening Primrose Oil EPO boleh memperbaiki dan mengekalkan kerosakan kulit disebabkan penggunaan sabun pencuci dan lain-lain seperti radiasi matahari, bahan kimia, kosmetik, pendingin udara dan asap rokok,” katanya.

KHASIAT KEGUNAAN LAIN EPO

  • Mengurangkan radang dan sakit sendi
  • Melegakan sclerosis
  • Mengurangkan tekanan darah

Pengambilan Omega-6 (GLA daripada EPO) dan Omega-3 (daripada fish oil) yang seimbang meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan.

sumber : Farmasi Darlina-kebaikan evening primrose oil (epo)

Dengan izin Allah, mudah-mudahan bermanfaat pada saya juga. Yang ada pengalaman consume EPO, boleh share dalam kotak komen. Terima kasih.

13 comments:

  1. Pernah makan benda ni dulu. Orang rumah ke yang beli suruh saya makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye? bagus juga ye untuk lelaki yang EPO ni. ke blackmores yang lain.

      Delete
  2. saya juga pernah makai black mores,
    setelah abis
    itu botol saya masukin vitamin yang laen,hehe

    mau beli lagi cuman agak susah ya nyarinya dan harganya tingggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin di sana susah untuk dapatkan. Ya, harga dia agak mahal. Kena beli masa promo jimat sikit :)

      Delete
  3. Kak Amie pernah makan minyak ikan ni, lebih kurang 2 tahun. Awal tahun ini berhenti makan. Nak cerita kesan, macam tak rasa apa pula kesan yang macamana. Entah berkesan entah tidak, tak tahulah. Sama saja seperti sebelumnya. dah berhenti ambil pun, tak nampak kesan apa-apa...susah nak cakap heheheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke kak amie. kalau tak ada kesan better stop lah macam tu. saya pun cuba dulu ni. in case tak berkesan pun akan stop juga :)

      Delete
  4. Tak pernahh makannn, tapi selalu tengok banyak gak good review blackmores ni. Harga dia agak mahal kan kak fiza huhuhu.

    ReplyDelete
  5. Akak makan sebotol je lepas tu stop sebab dia besarkan payudara dan buat akak naik berat badan...sebab tu stop dan beralih ke fish oil...

    ReplyDelete
  6. Bapak sy makan.. salu belinkt farmasi.. tapi sy sendiri tak twrasa nak try pulak.. hahaa.. tapi bahus balckmores ni... ada mcm mcm kegunaan kan.. ada untuk otak, kurus dan mcm mcm

    ReplyDelete
  7. Setiap supplement ada kebaikkan tertentu . Asalkan konsisten baru dapat hasilnya

    ReplyDelete
  8. Pernah guna EPO tapi jenama lain. Tidak nampak kesan mungkin makan untuk sebulan sahaja.
    Tetiba rasa hendak cuba jenama yang Fiza guna sebab sekarang tidak makan apa-apa suplemen kecuali vitamin C yang guna sekali-sekala.

    ReplyDelete
  9. sekarang ni amalkan suplement vitamin c aje..yang lain macam primrose oil ni belum pernah try lagi..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.