Header Ads

Telefilem Misteri Mona Kuserumu Kembali

Misteri Mona Ku Seru Kembali, sebuah telefilem kesinambungan drama Misteri Mona yang akan ditayangkan pada raya ketiga, Sabtu ini 15 Mei 2021 jam 10:00 malam di slot Cerekarama TV3.

Telefilem Misteri Mona Kuserumu Kembali Cerekarama TV3

Drama Misteri Mona sebanyak 8 episod pernah ditayangkan dalam slot Samarinda TV3. Ending misteri Mona episod akhir, terjawab sudah siapa Mona dalam Misteri Mona yang sebenarnya. Masih ingat lagi? Tak sangka macam tu plot twist dia.

Menampilkan barisan pelakon yang sama iaitu Janna Nick, Elisya Sandha, Ruzana Ibrahim serta beberapa pelakon lain lagi seperti Iman Suhana, Ruzana Ibrahim, Balkisyh Semundurkhan, Melanie Tan, Alexis SueAnn, Kween Keela, Tony Eusoff dan ramai lagi.

Telefilem : Misteri Mona : Keserumu Kembali
Waktu siaran : 15 Mei 2021 (Sabtu), jam 10:00 malam
Siaran TV : TV3
Penulis skrip : Abdul Nasir
Pengarah : Raja mukhriz
Produksi : Aquila emas

SINOPSIS MISTERI MONA KUSERUMU KEMBALI

Selepas berjaya ‘mengurungkan’ Mona, Anom terpaksa melepaskan dia sekali lagi untuk menyelamatkan anaknya yang dikatakan sudah meninggal dunia itu. Anom pula sedang menjalani rawatan di sebuah pusat psikiatri dan kini dia dapat mengawal Mona sepenuhnya. 

Anom berasa sangat sedih kerana Mona telah membunuh ibunya dan bayinya. Tapi, doktor menjelaskan hasil pencarian pihak berkuasa di rumahnya itu mendapati bahawa tiada mayat seperti didakwa. Ia hanyalah sebuah anak patung yang ditanam di belakang rumah dan mungkin ia adalah halusinasi Anom semata-mata. 

Ahh sudah..pening nak hadam misteri Mona ni. Apakah Kebenaran disebalik kecelaruan delusi Mona itu sebenarnya?

PELAKON MISTERI MONA KUSERUMU KEMBALI

Janna Nick
Elisya Sandha
Ruzana Ibrahim
Iman Suhana
Balkisyh Semundurkhan
Melanie Tan
Alexis SueAnn
Kween Keela
Tony Eusoff
Irshad Has

19 comments:

  1. Adoii yg drama bersiri aritu punx smpt tgk... Yg bakal tayang ni 1 eps s je la kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tengok, klik link tulisan drama misteri mona tu KakRet :)

      Delete
  2. Macam banyakkk je cerita yang seram seram niii.

    ReplyDelete
  3. Raya² ni tak pergi ke mana, dah boleh layan drama di rumah... Zaman kecik² dulu layan sarkis je masa raya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, bolehlah layan sesekali bila ada masa. Seriuslah layan sarkis. Dulu dulu ada sarkis eh kat TV? :)

      Delete
  4. Harap boleh faham apabila tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heehe..cerita berat macam ni kena fokus sikit tengok baru faham :)

      Delete
  5. wahhh..can't waittttt... nak tengok!

    ReplyDelete
  6. Tak sabar! Tapi nak tengok cerita seram kat Astro gak nanti ... Fuh.. banyak cerita Menarik nih! Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita seram tu menarik juga tapi tak best kalau jalan cerita tak berapa nak faham

      Delete
  7. huaaa, yg 1 pun tak tgk lagi hari tu.. ni dah nak kluar yg baru huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini telefilem Atie, yang sebelum ni drama. drama tu pun pendek 8 episode je :)

      Delete
  8. Drama sebelum ni pun xtgk fiza hehe mcm mana nk tgk yg ini. Mcm terlepas train

    ReplyDelete
  9. wahhh cerita janna nick lg? mmg laku dia both astro and tv3 ya

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.